MISI – PERJUANGAN KEPADA RAKYAT
Dulu saya seorang usahawan, so.. saya bangunkan company..
But sejak PKP, hati saya berbolak balik dengan keadaan orang2 susah.
Terlalu ramainya orang susah sehinggakan saya spent masa terlalu banyak fikirkan apa yg boleh dibantu..
Akhirnya sy tak dapat fokus bisnes.. sy terus lantang bersuara waktu tu hingga akhirnya ditahan polis.
So bisnes terus hilang dari fikiran saya.. yg ada dlm fikiran saya waktu tu hanya cari jalan utk bantu rakyat.
Wife saya, keluarga saya masing2 nasihat untuk kembali pada realiti.. jaga bisnes semula.. tapi saya gagal fokus..
sebab sy tidak bina semula bisnes.. malah sy ubah bisnes jadi Misi.. semua staff saya serap utk berjuang bersama..
Staff sy yg dulunya printing baju dan packing.. tiba2 buat sesuatu yg baru di dalam misi.. Dan akhirnya semua staff berhenti serentak..
Mereka berhenti kerana sy dah hilang fokus dan income company semakin habis guna untuk misi dan gaji staff..
Tapi, harini semua dah mula nampak apa sebenarnya Allah jentik pada fikiran saya dan kenapa saya kena buat juga sampai jadi..
Sy sebenarnya mengalihkan segala struktur company pada rakyat..
Sebagaimana sy bangunkan company sebelum ni.. sy sedang membangunkan struktur rakyat yang bersistem dan berdiri sendiri..
Sebab itu namanya Misi Rakyat kerana ampa semua yang saling bekerjasama selama ni..
Setiap MISI membuatkan ampa bersatu selesaikan masalah.. jgn lagi berharap atau menunggu perubahan..
Misi Rakyat adalah ampa semua..
Misi rakyat dan ampa bukan dua perkara yg berbeza..
Ampalah rakyat yg ada Misi dalam hidup ini
Ampa jangan jadi hanya penyumbang.. ampa kena jadi rakyat yang mahu grow bigger, yg menyeru penyatuan, yang welcome everyone, even all millionaires and every races..
Imagine this.. selama manakah kita perlu selesaikan masalah dengan duit?
Dengan kuasa rakyat yg kita bina bersama ni, kita boleh mula betulkan sistem, betulkan ekonomi, betulkan harga ubat, harga barang, dan malah bangunkan sendiri ladang2 rakyat, kilang2 rakyat, dan apa sahaja.
Kita tak perlu jadi parti politik utk usahakan semua ni.. cukup hanya kesatuan antara jiwa yg sedang kita rasai skrg ni..
Di saat ini ampa baca akan rasa impossible.. too ideal.
Tapi, sudah berapa kali kita “misi rakyat” buat kerja gila ni dan berjaya.. ampa yg buat kan?
So, sebab tu saya sangat berharap ampa mula membina Misi rakyat bersama dan fahami my perspective..
Sy ada sebab kenapa sy menarik jutawan2 bersama kita, kenapa saya tarik semua bangsa bersama kita..
Sudah sampai masanya kita kembalikan kemanusiaan, keadilan, dan berjuang untuk semua.
Nak tahu siapa Founder Misi Rakyat boleh baca disini
Leave a Reply