Dugaan Business Kedai Makan – Part 3

Sambungan daripada part 2
Boleh baca disini untuk cerita part 2
Part 3 – Kisah Sedih di Dugaan Business Kedai Makan
11/03/2022 – Terpaksa Tutup Kedai.
Dgn perasaan kesal, dan sebak sedih akhirnya tamat cerita mencari rezeki disini. Terima kasih sahabat karib siti Norhidayah Zainal yg selama nie beri aku tompang cari rezeki di kedai ko. Aku percaya ada hikmah disebalik apa yg terjadi. Byk suka duka kami disini . Dr mula tempat yg tiada sambutan sehingga dah mnjadi cantik dan mula mndapat sambutan. Aku belajar mengenali sikap2 manusia yg berada disekeliling aku. Life must go on.. Buat sementara waktu siti akan berniaga dr rumah dulu, sehingga siti buka kedai yg lain. Insyallah…. Doakan urusan siti dipermudahkan….
15/04/2022 – Berniaga dari rumah
Alhamdulillah Bulan Ramadhan nie siti beroperasi dari rumah.
Insyallah rezeki ada dimana-mana, yg penting usaha.
Untuk pengetahuan semua, siti dah tak berniaga di Medan Selera Tapak 1 Senawang.
Caras mencaras dari keluarga sendiri, malas nak bergaduh, kita undurkan diri.
Sepanjang berniaga di sana, sentiasa support peniaga-peniaga di sana. Tetapi kebaikan yg kita beri disalah erti.
Siti berusaha bertahun-tahun beri sinar pada medan selera tersebut, bukan utk sendiri, ttp utk semua yg ada.
Hasrat utk ajak berpakat bersama disalah erti apabila dah berkelip dikatanya kita ingin bolot semua kedai dan customer di situ.
Selama berniaga disana, apa pun jiran sebelah2 buat, kita x pernah report mereport pd MBS, x trpikir utk masuk campur urusan mereka.
Dlm mind set siti, just pikir mcm mana cara utk lebih maju dan tarikh lebih ramai customer dtg kat situ.
Bertahun usaha yg dilakukan, akhirnya…………
Allah s.w.t mengetahui apa yg trbaik utk diri ini.
Mngkin DIA ingin beri yg lebih bersinar lepas nie.
Insyallah akan ada sinar yg lebih menyinar selepas ini.
Doakan segalanya dipermudahkan.
Insyallah…….




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*