
Untuk dijadikan rujukan saya dan siapa2 yang baca posting ini…
Petikan ini saya ambil dari FB milik Cikgu Tuan Mohd Fadli Salleh
Soalan kepada diri saya….. Dimanakah level business kita berada sekarang?
Kita merasa tinggi kerana berdiri atas busut sedangkan kawan kita di atas tanah. Pandangan kita dilindungi dengan hutan tebal dan pokok yang tinggi. Kita tak tahu diluar sana sangat ramai orang berada dipuncak bukit bukau yang tinggi tidak pun bermegah-megah. Yang dipuncak bukit tahu, diluar sana sangat banyak gunung ganang yang sudah ditakluki mereka yang berani. Dan penakluk gunung ganang tahu, ada orang lain yang sedang terbang tinggi diawan bahkan sampai ke angkasa raya. Maka mereka tetap tunduk dan tidak menyombong diri. Yang menyombong ini biasanya hanya mengenal busut yang disangka puncak segala kejayaan.
Mereka belum pernah duduk semeja dan berborak dengan orang yang istiqomah sedekah 10 juta setahun. Sedekah beb, bukan bayar zakat. Zakat tu entah berapa jumlah kalau sedekah pun 10 juta setahun.
Tolong besarkan circle anda. Lihat dari mata penakluk puncak. Buka mata luas-luas. Belajar dan jangan malu bertanya.Kita tak pernah jumpa bukan bermakna mereka tidak ada. Bukan bermaksud benda tu tak wujud.Ia bermaksud kita masih dikelilingi dengan pemain yang bermain di liga yang rendah.Ia terpulang pada diri sendiri. Hendak terus begitu atau naik ke tahap yang lebih tinggi.
Salam Ahad. Ok go!
#MFS
OK… Ini tips yang saya kena buat…
Circle aku ramai yang kaya dan jutawan. Ada yang berjaya jadi jutawan dari muda, ada yang ambil masa lama. Semua mereka sangat merendah diri, tidak sombong dan senang didekati. Sangat suka berkongsi ilmu dan tips. Laluan business mereka berbeza beza.
Lima ilmu paling mahal yang majoriti mereka berkongsi dengan aku :-
1) Tidak berhutang. Kebanyakan mereka membangunkan perniagaan, bisnes dan empayar tanpa hutang, atau meminimakan hutang. Mereka bermula dengan berapa yang ada ditangan. Bahkan ada seorang brother aku ini, kerjanya hanya jual produk orang. Tapi buat duit juta-juta. Dia jual kek orang pun rm15 juta setahun tau. Katanya,”Cikgu, tak perlu pun jadi founder produk untuk kaya raya. Bahkan ramai yang tersungkur sebab terburu-buru nak jadi founder. Cari produk yang mudah jual, terbukti elok, cari ilmu menjual, jual saja.”
2) Tidak memberi hutang. Ini antara tips agung mereka yang berjaya. Memberi hutang hanya menambah beban. Bukan setakat beban pada kewangan diri dan syarikat, bahkan bebanan pada fikiran. Asyik fikir bila orang nak bayar hutang kita boleh jadi migrain juga.
Bila orang minta berhutang, mereka akan jawab begini,
“Kerana aku sayang hang sebagai kawan aku tak bagi hutang. Bila bagi hutang, kita pasti hilang kawan.”
Padu kan jawapan tu? Padu dan tepat sekali. Jadi, jangan beri hutang pada orang. Kalau nak bagi, niat sedekah terus.
3) Jangan niat berniaga, bekerja atau berbisnes untuk kaya. Jangan, Niatkan untuk membantu orang lain, tarik orang lain sama-sama berjaya dan bayar zakat lebih banyak setiap tahun agar lebih banyak asnaf dapat dibantu oleh pusat zakat. Seorang sahabat aku selalu berpesan,
“Mula-mula kita target sale kita sejuta setahun. Kemudian sejuta sebulan. Kemudian kita set dalam kepala kita nak bayar zakat sejuta setahun.”
Tu dia. Dia dah tak target gaji yang banyak, dia target zakat yang besar. Kalau dah zakat sahaja sejuta setahun, agak-agak gaji dia berapa sebulan? Haa, kira sendiri!
4) Fokus. Buat sampai jadi. Jangan cepat mengeluh, cepat berputus asa. Untuk berada di puncak gunung ia perlu usaha yang banyak. Peluh yang tidak terkira akan keluar. Jatuh dan terluka itu biasa.
Namun kena tetapkan fokus. Terus dan terus buat sampai jadi. Jika tak jadi, cari punca. Sentiasa fikir bagaiman untuk hasil hari esok lebih banyak dari hasil hari ini. Kena set goal kita di mana, berapa dan bagaimana hendak capainya.
5) Power of sadakah. Berkongsilah rezeki. Itu punca rezeki mengalir tanpa putus. Seorang sahabat aku jutawan terkenal pernah berkata,
“Aku belum pernah kenal dan tahu mana-mana kawan aku yang kaya raya dan jutawan tetapi kedekut untuk bersedekah.”
Nampak? Tiada orang kaya kedekut untuk bersedekah. Mereka sentiasa ada cara untuk menyalurkan sumbangan mereka. Yang kalian tidak nampak dimata. Kalian nampak mereka enjoy sakan sedangkan sedekah mereka yang disorok itu tidak terkira banyaknya.
Cukuplah dulu tips untuk berjaya, kaya dan power. Semoga tips ini boleh dijadikan panduan buat kalian yang ingin seperti mereka.
Dapat sesuatu?
Kongsilah. Jangan makan seorang. Takkan pernah rugi mereka yang suka berkongsi. Percayalah!
#MFS
– Jalan kejayaan tidak mudah, namun tidak juga terlalu payah. Jalan terus. –
Boleh baca lain2 article tentang business di sini
Leave a Reply