Sebelum anda membaca posting ini saya sarankan anda baca dahulu
posting : Vending RO untung ke tidak?
Jenis material body mesin ro
kami menasihatkan buat masa sekarang ini anda membeli mesin ro body jenis stainless steel.
banyak kelebihan seperti lebih tahan lama dan menarik perhatian,
Body jenis besi (coating ) – boleh pakai tapi tak tahan lam
Body jenis Fibre – tak tahan lama dan tidak menarik
Soalan saya : kalau anda nak beli air ada dua mesin ro, satu stainless steel dan satu fibre,
mana satu mesin anda nak pergi?
Jaga kebersihan mesin.
Kebersihan mesin memainkan peranan penting. Biasa nya saya lihat customer x bersihkan tempat ambil air sampaikan berlumut. Tak susah mana pun, beli span basuh pinggan kasi cuci dan simpan dalam mesin, lain kali datang boleh terus cuci mesin, senang kan?
Tukar filter atau check filter sumbat tak?
Pastikan filter anda ditukar mengikut jadual, supaya boleh membekalkan air dgn kualiti dan kuntiti yang terbaik, kalau filter sumbat akan menyebabkan jumlah tapisan air masuk ke dalam tangki lambat dan tidak berkualiti. Orang ramai beli air tapi air filter masuk lambat. mesin akan menyebabkan mati.
Check fungsi coin acceptor berfungsi atau tidak?
Sediakan sample syiling dan test fungsi coin accetor setiap kali datang service, coin acceptor ada masalah @ susah nak terima duit akan menyebabkan pelanggan fedup dan beralih ke mesin lain. Pernah terfikir ke kanapa setiap mesin ro ada dua coin acceptor? dah lepas test simpan je sample syiling kat dalam mesin tak payah bawak balik. Lain kali datang mesin senang nak test coin acceptor.
lihat DISINI macam mana nak resetting semula duit syiling.
Lebih baik OFF mesin dari ON mesin tapi mesin masalah..
Ini nanti saya cerita – stay tune
Leave a Reply