Duit gaji banyak tapi masih tak cukup?

“Gaji Banyak , Tapi Tak Pernah Cukup…”

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham tetapi ianya sentiasa tak pernah mencukupi untuknya.
Lalu Imam Syafie menyuruh lelaki itu untuk menemui majikannya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu terkedu dengan saranan yang diberi oleh Imam Syafie , Namun beliau tetap pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.
Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang hal yang sama , Dia masih merasa tidak cukup dengan gajinya itu. Lalu Imam Syafie sekali lagi memerintahkannya untuk kembali menemui majikannya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itu berfikir kalau 4 dirham pun tak cukup apatah lagi 3 dirham, Namun kerana imam syafie itu adalah orang yang arif dan alim , Lelaki itu hanya menurut perintah imam syafie dan pergi menemui majikannya untuk meminta dikurangkan lagi gajinya dari 4 dirham ke 3 dirham.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lebih lapang dan mudah . Lalu lelaki itu berkata “Wahai imam yang dimuliakan Allah , Mengapakah perkara ini sedemikian rupa , Mengapa bila gajiku banyak tapi aku tetap saja tidak cukup , Tetapi bila gajiku sedikit aku merasa cukup pula ?”

Cari punca kenapa

Ketahuilah, Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta dan rezeki yang dia miliki ketika bercampur dengannya.
Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya’ir:
جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره
“Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak , Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.”
Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerja yang kita lakukan tidak bersesuaian atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.
Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
Kenderaan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia, Harta dan harta. Akhirnya duit gaji setiap bulan habis begitu saja dengan berbagai perkara yang perlu dibayar. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.



Ketahuilah wahai sahabatku sekalian , kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan.
Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.

Ubah cara kerja

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” (HR Ahmad)
Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.
Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”(Surah Ali-Imran (3) ayat 102)
Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri. Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasai cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu di bayar dan merasai sentiasa tak cukup.
Sedangkan ada setengah orang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta dan mampu membiayai pengajian anak-anaknya ke universiti. Ini adalah petanda rezeki yang tak berkat dengan rezeki yang berkat.
“Banyak tidak semestinya cukup , Kurang tidak semestinya tidak cukup , Biar sedikit asal berkat daripada banyak tetapi melarat.” 😊
SEMOGA BERMANFAAT…
Article ini saya kongsikan daripada posting FB Anaa Sofianaa



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*