Dugaan Business Kedai Makan – Part 2

Sambungan daripada part 1
Boleh baca disini untuk cerita part 1
Part 2 – Coretan suka duka mencari rezeki.

Kedai MULA dikenali.

Bermula 2019 lah sedikit demi sedikit gerai kami mula dikenali dan dikunjungi oleh penggunjung dari kawasan sekitar. Alhamdulillah bermula 3 set meja kerusi menjadi kepada 10 set meja dan kerusi. Penambahan untuk menampung jumlah pelanggan yang datang serentak diwaktu kemuncak. Walaupun telah ada jalan keluar masuk yang cantik, tetapi masalah tempat letak kereta masih tiada penyelesaian.

Kami di perkenalkan pula dengan Dato MK Ibrahim salah seorang ahli majlis MBS. Dato telah membantu saya dan sahabat untuk membuat satu perjumpaan bagi membincangkan issue tempat letak kereta ini. Persetujuan telah dicapai. Akan ada penambahan lot parking disana dan sebahagian petak parking yang berwarna kuning adalah petak parking yang disewa khas oleh pihak pengurusan kilang Sunrich Integrated Sdn Bhd. Alhamdullilah setelah beberapa bulan, segala perancangan tersebut terlaksana. Ingatkan masalah selesai, tetapi sehingga kini masih tiada penyelesaian, mereka tetap penuh meletakkan kenderaan disetiap sudut tempat letak kereta di kawasan medan selera. Kesemua petak parking, baik berwarna kuning (sewa khas kilang) atau berwarna putih (untuk kegunaan medan selera), kesemua nya di monopoli oleh kereta dari pekerja-pekerja kilang terbabit.Apabila dipersoalkan, mereka kuat mengatakan itu adalah tempat letak kereta awam, dan mereka juga adalah pelanggan tetap kami, dan kami bergantung juga dengan kehadiran mereka di gerai.



 

Kalau lah mereka boleh paham, macam mana kami tak bergantung dengan mereka, peluang kami untuk menarik pelanggan dari kawasan sekitar amat terhad. Rata-rata pelanggan luar yang datang sering berkata “NAMPAK KERETA PENUH PARKING KAT SINI, BILA MASUK KAWASAN MEDAN SELERA TAK DE ORANG PULAK”. Kini, setiap pelanggan luar yang datang singgah kami akan maklumkan kepada mereka. Double parking sahaja mana-mana area sini, janji jangan menghalang laluan keluar masuk sebab kenderaan yang parking disini, statik tidak bergerai dari jam 7pg sehingga 7mlm. Banyak kali buat aduan dengan pihak PBT pun, aduan akan tertutup dengan sendiri tanpa ada sebarang tindakan.

Apabila kerap kali siti dan sahabat turun naik MBS untuk meminta kerjasama dari mereka berkaitan issue parking, ade plak suara-suara orang di Medan Selera yang mengata kononnya siti nie kuat report. Report hal peniaga-peniaga bersebelahan. Please lah uollls… Ape pun yang siti cuba usahakan adalah untuk kebaikan bersama. Siti cuba usaha untuk menaikkan tempat tersebut yang pada mula nya bak kate pegawai MBS macam tempat jin bertendang. Oleh kerana pelanggan yang datang semakin bertambah, kami buat keputusan untuk memasang khemah putih 15*15 dihadapan kaki limai gerai. Lebih baik susun segala susun meja di ruang berhadapan gerai tanpa perlu menggunakan kaki lima gerai orang lain.




Lepas beberapa bulan, siti dapat notis dari pihak PBT dan mereka mengarahkan kami untuk buka khemah tersebut. Siti dan sahabat cuba berbincang dengan pihak penguatkuasa kerana kami memerlukan khemah tersebut sbb kami berniaga waktu siang tiada tempat berbumbung untuk kami susun kerusi meja. Berbanding peniaga pada waktu malam, mereka boleh susun kerusi meja diluar kawasan berbumbung sehingga kawasan tempat letak kereta. Jawapan pihak penguatkuasa berikan adalah TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG KHEMAH UNTUK DIPASANG DIKAWASAN MEDAN SELERA. Alasan mereka, kehadiran khemah tersebut menyebabkan aktiviti-aktiviti tidak bermoral dilakukan dibawah khemah. Siti pun tak paham, orang lain yang buat masalah dengan kita-kita juga kene tempias. Time tuelah ada salah seorang peniaga disitu sering melakukan aktiviti karaoke, ladies night lah, ratu kebaya lah, penyudahnya gerai kami pun terbabit sama tidak dibenarkan untuk memasang khemah. Kami cuba memohon permit khemah pun tak dapat waktu tue.

Last sekali siti beritahu mereka, kalau tak boleh sangat nak pasang khemah, bantu kami naik taraf tempat tersebut dengan memasang awning dihadapan ruang kaki lima gerai. Bukan gerai kami sahaja yang boleh pakai, kesemua gerai dapat menikmati nya nanti. Tahun 2021 buat rayuan, alhamdulillah lepas PKP tempohari pihak majlis buat naik tarif Medan Selera nie dengan menukar semua siling yang pecah dan wiring baru. Yang penting medan selera ditambah dengan awning yang setiap ruang mempunyai lampu dan kipas.

Kisah sedih di Dugaan business Kedai Makan – Part 3

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*