Ramai yang berangan angan nak buat bisness mesin air tin tanpa memikirkan apa yang berlaku di kemudian hari…
indah kabar dari rupa…. last-last berhenti separuh jalan.
Sebelum anda membuat keputusan, kami sarankan anda baca dahulu untuk pertimbangan dan barulah membuat keputusan.
Survey harga dan seller (INI PENTING)
JANGAN MALAS, sila selidik dahulu penjual mesin supaya anda tidak tertipu dan boleh mendapatkan harga yang berpatutan dengan mesin yang anda mahu beli. Jangan kerana dijanjikan bulan dan bintang anda tertipu. Sedihnya ramai yang “terkena” dengan penjual penjual yang tidak bertanggung jawab. Panjang nak huraikan di sini tapi cukuplah pihak kami bagi tahu “jangan malas”. Ramai sahaja yang seller yang ok dan ramai ramai juga yang “terkena” kerana dijanjikan bulan dan bintang. Jika anda pikir bahawa buat bisness vending ini seperti duduk diam dapat duit, boleh lah anda abaikan nak buat business ini… boleh baca sampai habis posting ini untuk faktor-faktor lain.
Lokasi mesin
Pastikan jarak atau tempat mesin anda tidak jauh dari rumah anda atau anda MAMPU untuk anda berulang alik untuk top-up air atau check mesin. Faktor jarak akan membuatkan anda rasa malas dan tak sempat nak pergi akan membuatkan sale anda drop.
Sewa tapak mesin sebulan
Agak subjective untuk bab ini, cuma apa yang saya boleh kongsikan adalah harga semasa sewa vs tapak hot area semasa post ini ditulis untuk dijadikan rujukan.
- Free rental >> mana-mana tempat (dicadangkan untuk mesin anda yang ke dua) .
- Sekolah @ Uni>> RM200 ~ RM350 bergantung kepada jumlah pelajar. (kalau dah ada mesin di sekolah, sila dipertimbangkan dahulu)
- Kilang >> RM150 ~ RM250 bergantung kepada jumlah perkerja. (Sila ambil kira dah ada mesin ke belum atau ada kantin)
- Bangunan kerajaan >> RM150 ~ RM250 Bergantung kepada fungsi bangunan tersebut seperti menjadi tumpuan orang ramai berurusan atau tidak seperti Pejabat Pendaftaran atau Hospital, (tapi kalau hati tak kering, tak payah mimpi lah nak letak tempat macam nie)
- Masjid @ Surau >> RM150 ~ RM200, Pilih pada lokasi Masjid atau surau seperti Masjid @ surau Utama, tumpuan @ aktif dgn aktiviti dan ada Sekolah Agama ke tidak. (kalau kene tempat sale memang BOOM, kalau tak kena tempat, ermmm…)
- Lain-lain >> RM100 ~ RM250 seperti kedai dobi, lot kedai, Apartment @ condo atau lain2, atas nasib kalau sale ok mmg ok betul, kalau sale sendu nak bayar sewa tapak pun tak lepas.
Saiz mesin atau jumlah slot vs harga mesin
Jumlah slot dalam mesin adalah berbeza untuk setiap mesin. Biasanya bermula dengan 20 slot air sehingga 42 slot air.
makin banyak slot akan boleh simpan lebih banyak air. Selepas kita mengambil kira lokasi mesin kita dengan lokasi tempat
tinggal kita, barulah kita boleh pikir saiz apa yang sesuai untuk mesin kita.
Contoh 1. kita ambil slot mesin air 20 slot, tetapi lokasi mesin agak jauh dari rumah, kita kene datang dan top up air berulang kali
ia akan membuang masa kita kerana kita nak kene layan mesin kita pulak, hati jadi tak senang asik pikir air habis je dalam mesin.
Contoh 2. Kita ambil mesin iar 42 slot, tapi mesin tak jauh dari rumah, 15 min dah boleh sampai. Ia akan merugikan duit kita beli mesin dan pulangan modal akan jadi lambat.
Kat mana nak beli air (stock) murah…
Disini agak subjective sedikit kerana bergantung kepada lokasi mesin dan tempat tinggal.
Masa itu emas
Ya, masa itu emas, banyak faktor bergantung kepada masa.
Technical support after sales (INI PENTING)
To be update >> minta maaf busy skit nanti free2 saya update
Kalau nak tengok contoh scammer vending mesin dan cara modus operandi mereka boleh baca disini
kalau nak dapatkan tips macam mana nak tingkatkan sale mesin Tin boleh baca disini
Pls Goole
38 Jln Lim Yew Leong
83000
* Need one unit
Ask someone to wassap
0166018933
OK noted … Already whatapps.
Salam saya Hj Samsudin mempuyai mesin air ni tapi dah tak berpunsi lagi sistem dia dah tak boleh baca sejak PKP lepas jadi saya nak mencari teknesin yg boleh betulkan
Waalaikumsalam Tuan Haji,
Boleh tahu lokasi mesin dimana?
@ boleh terus Whatapps Kami di 0196361717
Terima Kasih