Repair board vending ro

Control board mesin vending RO jenis PLC boleh repair, kita boleh jimatkan kos daripada beli baru kita boleh repair board dulu.

Untuk model PLC terdapat 3 jenis model iaitu
1. PLC – 135N, model ini boleh dikatakan model basic, display hanya ada satu sahaja tetapi menggunakan power supply 240AC direct terus kepada board. Pump menggunakan supply 240AC

2. PLC – 21N, model ini boleh dikatakan senang dan tidak merbahaya kerana  hanya menggunakan power supply 12VDC. Board ini kene sambungan power converter Pump menggunakan supply 12VDC.
Model ini ada dua display iaitu :-
i – Jumlah duit
ii –  Jumlah liter air

3. PLC- 234N, Model ini boleh dikatakan advance sbb ada jam display dalam keadaan standby mode, kalau customer masukkan air baru akan tukar kepada jumlah duit dan jumlah liter.

Alhamdulillah, untuk mengurangkan kos pemilik mesin vending, setakat ini kami boleh repair board ini. Kalau nak beli baru harga dia agak mahal juga, boleh check harga di kedai kami DI SINI




Antara masalah board yang kami boleh repair seperti :-
1. Air keluar tak berhenti
2. Board tiada power
3. Pump tidak boleh jalan
4. Display mati atau tidak lengkap.
5. Lain – lain

PERINGATAN,

Perlu di-ingat, kadang-kadang mesin masalah bukan masalah board tetapi masalah lain, boleh hubungi kami dahulu untuk nak pastikan apa masalah mesin anda.

Tak salah kalau dah pernah beli dan tukar board, board yang lama tu jangan buang hantar kepada kami, boleh buat spare, kalau lain kali ada masalah board boleh tukar on the spot. Tak de lah mesin off dan kita tak dapat income.
Ingat ye sekali customer datang ke mesin kita tengok mesin masalah, payah dah nak datang lain kali, kita mesti pastikan mesin kita dalam keadaan baik untuk pelanggan bila-bila masa. Nak dapat pelanggan payah, nak hilang pelanggan cukup senang.

Berapa kos repair?

RM200, anda beli terus board 2nd dari kami atau

RM150, Anda hantar board anda kepada kami dan kami repair dan pulangkan kepada anda.

>> Jika board yang kami repair ada masalah, kami akan tukar one to one, jangan risau.
INI JAMINAN KAMI.

APA LAGI… HUBUNGI KAMI UNTUK DETAIL

Untuk mengurangkan kos pemilik vending, kami menyediakan perkidmatan repair board, selain boleh jadi standby board, mesin boleh beroperasi sentiasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*