Nak buka business? baca dahulu…

Satu perkongsian daripada FB saudara Ir Kyo
mesti baca,

Bismillah.

Seorang sahabat saya baru diberhentikan kerja dari syarikat penerbangan negara. Beliau tanya saya apa yang beliau boleh buat untuk jana pendapatan dalam waktu-waktu mencabar ni.

Beliau bagitau nak guna wang simpanan RM20k untuk mulakan bisnes. Saya larang sebab pantang besar bagi saya kalau orang yang baru nak mulakan bisnes dengan modal lebih RM500.

Saya bukan pakar, tapi saya nak berkongsi beberapa pengalaman saya dan teman-teman sepanjang kami membangunkan bermacam-macam bisnes dalam pelbagai bidang.

Ramai orang termasuk saya dulu menyangka yang bisnes-bisnes high end seperti construction dan oil&gas mampu menjana pendapatan tinggi. Dari satu sudut, memang betul. Tapi dari satu sudut yang lain, bisnes sebegini mempunya risiko yang sangat tinggi. Kita boleh membuat keuntungan berjuta ringgit dalam satu masa, tetapi di masa yang lain kita mungkin akan menanggung kerugian berjuta ringgit. Ramai di kalangan sahabat-sahabat saya yang mampu membeli kereta ferrari semasa bisnes berkembang baik, tetapi terpaksa menjual balik segala aset untuk mendapatkan balik cashflow bila syarikat dilanda situasi mencabar. Sampai ada yang terpaksa lelong rumah, tanah dan kereta, dan ada juga yang sampai jatuh muflis.

Sebab itu saya selalu nasihatkan kawan-kawan yang baru mula nak berniaga, bermula dengan modal yang paling minimum. Kalau boleh bermula dengan modal kosong lagi baik. Belajar untuk menjual produk-produk orang lain dulu, jadi agen, reseller atau dropship. Tak salah untuk bermula kecil. Start small, kemudian baru grow big. Grow secara organik, mungkin akan ambil masa sikit tapi Insha Allah selamat.

Dalam bisnes, kita wajib untuk bercita-cita tinggi. Tapi tolong mulakan dengan modal yang seminima mungkin. Rugi dalam bisnes itu pasti, tapi untung belum tentu. Jangan sesekali “try and error” dalam bisnes, tapi “try and adjust” sampai kita jumpa produk dan “tune” terbaik untuk kembangkan bisnes ke tahap seterusnya. Buat step by step. Jangan terlebih melangkah takut terkoyak paha.

OK… Ini tips yang saya kena buat…



Saya ada ramai sahabat yang berjaya dengan bisnes yang nampak kecik. Jual kerepek, ikan pekasam, buah potong. Ada yang mampu jana pendapatan RM10k-20k sebulan. Ada sahabat saya yang beli kerepek dari kilang dan repack semula guna jenama beliau sendiri, pos ke seluruh Malaysia dan menjana keuntungan sehingga RM5k seminggu. Asalkan kita menjual produk yang orang suka, Insha Allah kita boleh menjana pendapatan. Jangan sesekali obses untuk jual produk yang kita suka, tapi tiada permintaan di pasaran.

Saya sendiri ada sedikit pengalaman dalam membangunkan bisnes berasaskan kejuruteraan, manufacturing dan agriculture. Setiap bidang ini ada pro and con masing-masing. Sesiapa yang mampu boleh diversify. Yang tak mampu fokus saja pada satu bidang. Tapi nasihat saya pada yang baru, tolong bermula dengan modal yang paling minimum, bermula dengan bisnes yang low risk.

Bila bisnes dah berkembang, stay humble. Tak perlu terlalu terpesona dengan kereta mewah, villa yang mewah, aksesori mewah. Kita hidup bukan untuk impress sesiapa. Sampai masa bila bisnes dah kukuh, baru fikir pasal “reward” untuk diri sendiri, bagi contribution untuk masyarakat dan orang lain.

Saya sendiri bila jumpa kawan-kawan lama, mereka akan berseloroh, “bos besar pakai kereta apa sekarang?” Saya jawab, “lori”.

Lastly, sepanjang saya dalam bisnes dan bergaul dengan orang-orang hebat, saya tak pernah jumpa lagi orang yang berjaya sebab kerja keras. Kebanyakan mereka yang berjaya sebab mereka tak putus asa. Allah akan bagi rezeki pada saat dan waktu yang tepat. Mereka berjaya sebab jumpa “right bisnes at the right time”. Bagi sesiapa yang belum jumpa, just keep searching. Jangan putus asa. Nak jadi orang bisnes, hati kena kental. Rata-rata orang bisnes yang berjaya, kalau belah dada akan nampak ada batu di hati mereka. Visi mereka jelas, hati mereka kental. Orang yang berjiwa kucing tak sesuai untuk berbisnes. Always work smart, never ever give up and stay humble!

Sekian.

P/s: Bukan marah tapi nasehatttt😁😁😁

#StartSmallGrowBig
#NasihatUntukAdinda

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*