Peringatan untuk diri saya.
Pertamanya saya rasa terpanggil untuk baca dan simpan kronologi kes ini untuk rujukan diri saya.
Saya ambil di rujukan facebook Tuan Jungle Man : https://www.facebook.com/gemcutting.man.
Terima kasih kepada Tuan Jungle Man kerana sudi membongkarkan PENIPUAN ini.
Diharapkan kita semua sedar dan ambil iktibar dari kes ini.
KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU MACAM MANA BENGKEL2 DAN LONGKAI (CALLMAN) BOLEH MENIPU KORANG DAN TERLEPAS DENGAN PENIPUAN DIORANG – Baca ni.
Kisah Benar Bahagian 1 – BERGELUT DENGAN BENGKEL
1 Nov 2019– Kereta aku dihentam dari belakang oleh sebuah kereta lain. Tadak la teruk sgt. Ringan pun tak. Rosak bonet, lampu belakang segala, dengan bumper depan tapi kereta boleh jalan walaupun leaking sikit coolant. Longkai makin ramai tempat accident dan dah mula approach dgn agressive. Kepala aku pon tengah berdenyut, tangan pun sakit terhempas stereng cover sampai relai. Aku malas layan longkai ni semua dan mmg tak percaya Longkai2 ni sbb dah penah kena tipu. Aku decide utk terus blah. Terus ke Balai Polis Trafik PJ nak buat report. Dari tengahari sampai lewat petang tak boleh report sebab sistem tgh update. Kemudian dapat tahu area aku kemalangan tu jurisdiction Balai Shah Alam pulak.
Aku balik dulu, mandi, makan segala. Aku check berapa banyak nak kena bayar sbb kereta aku dah la kereta lebih 10 tahun, 3rd Party insurance pulak tu. Tgk budget, mcm lepas.. Double check kat website PIAM semua, kereta yg pakai 3rd Party insurance ni owner kena bayar dulu kos repair, lepas tu baru claim kos repair dekat Insurance pihak yang salah. Alang-alang dah kena bayar duit sendiri dulu, aku nak buat bagi elok balik ikut piawaian Proton – so, aku decide nak hantar repair kat Proton terus.
Malamnya terus aku ke Balai Trafik Shah Alam. Report kes, mcm biasa. Terus dipanggil masuk sebab AIO Trafik nak interview. Interview pun biasa, terang2 aku tak salah sbb kena hantam belakang. AIO trafik ada tanya, nak hantar kereta ke mana? Aku jawab nak hantar proton la sebab kereta aku proton. Dia ckp, nak bagi nombor org proton kat aku. Aku ok kan je la, apadehal kalau dia bg nombor Longkai kat aku pon, kalau aku tak pakai. Kereta aku nak hantar Proton jugak.
Belum sempat aku keluar balai, tetiba ada Longkai sorang ni dah whatsapp aku. “Aikk? SJN AIO tu bagi no phone aku kat longkai? Longkai ni kroni baek dia kot?” Longkai ni siap ckp SJN AIO yang bagi no aku kat dia. Dia bagi gambar kereta aku accident dan business card – “Consultant Supervisor – Lon-G Auto Sdn Bhd, Authorize Repair Dealer Proton”, oooo Longkai Proton rupanya. Nak ambik kereta dari aku lah ni. Pendek cerita, aku tak percaya Longkai mana-mana sgt. Walaupun Longkai yg dipercayai AIO Polis tu. Aku insist nak hantar ke Proton repair jugak. Standard and Spec semua terjamin. Dia mengaku memang akan hantar Proton repair mcm yang diminta.
2 Nov 2019 – So esoknya dia datang. Tapi tak bawak surat atau resit menunjukkan dia dah terima kereta aku, so aku suruh dia tunjuk jalan, aku drive hantar sendiri – nak tgk workshop Proton tu mcm mana. Mana boleh percaya kat orang sampai nak serah kereta buta je?
Sampai workshop dia kat area Kg Melayu Subang, aku tgk mmg penuh lambang proton, semua org pakai baju berlambang Proton dan kereta kat situ mmg kereta proton majority. Aku perati dan teliti cara diorgbbuat kerja. Ok puas hati. Jumpa kerani dan kerani pon mcm kenal sgt dgn Longkai ni. Aku check review dlm Google Maps, review bengkel ni mcm so-so, normal la. Short search, jumpa registration bengkel Lon-G Auto dalam Senarai Pendaftaran Bengkel Pembaikan Kenderaan Kemalangan JPJ Negeri Selangor. So mmg legit la bengkel ni Authorized by Proton dan pihak berkuasa. Menurut Longkai lagi, “Proton Berhad tak buat repairs sendiri bang, Sales, Sevice dgn Spares je, utk repairs ada Authorize Repair Dealer” – makes sense la bagi aku lepas check semua. Aku pon bagi kereta, dan kerani diorg bagi checklist dokumen menandakan diorg dah terima kereta aku dan diorg menunggu dokumen. Settle. Diorg minta dokumen semua diemelkan, so aku hantar dengan email. Lepas tu aku tunggu quote harga repair dari bengkel tunggu bengkel panggil Adjuster. Longkai tu hantar aku balik. Byk kali jugak aku cakap aku harap Proton buat elok2 kereta aku.Take time, takpe jgn rush, janji elok.
14 Nov 2019 – Tetiba dapat text whatsapp dari satu bengkel bernama Ideal Auto Workshop dkt Jalan Bukit Kemuning Shah Alam, suruh ambik kereta. Aku dah suspek ada something very wrong – aku hantar kereta kat Lon-G Kg Melayu Subang, bukan kat bengkel Shah Alam . Takpe, aku investigate dulu. Aku cari bengkel ni dalam Senarai Bengkel PIAM, Senarai Pendaftaran Bengkel Pembaikan Kenderaan Kemalangan JPJ Negeri Selangor, dan lain-lain senarai akreditasi yang aku boleh cari. Dalam insurance punya list panel pun tadak. Satu habok pun tak ada. Dlm Google Maps aku jumpa review yang mencurigakan. BAIKK… Nampak gaya aku dah kena con dengan Bengkel dan/atau Longkai. Rupa2nya bukan Consultant tapi Con-Sultan.
15 Nov 2019 – Aku gerak ke bengkel Ideal Auto Workshop dengan berbekalkan soalan-soalan waras. Sesampainya aku kat Bengkel tu, wau… memang suspicous bengkel dia. Bukan menghadap jalanraya tapi menghadap jalan kecik tak berturap. Kereta aku ada diluar bengkel, tak berjaga dan tak berkunci. Dari jauh nampak macam bonet dah boleh tutup dan ada selayer cat yang fresh. Dari dekat, nampak dalam kereta kotor, penuh minyak kat seat. Selepas pemeriksaan lebih kurang aku dah boleh rumus, repair dia cap ayam. Ekzos kereta aku yang kena henyak dari belakang menyebabkan kerosakan kat manifold dan kat piping tak direpair. Lampu belakang dengan body kereta ada senggang yang boleh selit empat jari menandakan keyuk body yang senget tak dibuat. Pintu tempat isi minyak tak boleh buka. Dahsyat diorg punya repair cap ayam. Memang semata-mata kosmetik je repair – nak bagi nampak macam dah repair tapi hakikinya body bengkang bengkok dan structural pun questionable. Lining plastik dalam bonet yg sebelum ni fit cantik sekarang dah lekang kiat-kiut tak dibaiki. Wiring pun terkeluar sana sini.
Aku masuk, jumpa kerani – tanya dia macam mana kereta aku boleh hantar sini sedangkan aku hantar kereta kat Proton (Lon-G)? Macam mana boleh siap repair sebelum aku approve parts lists dan costs? Mana adjuster report? Mana senarai parts yang ditukar dan workmanship yang dah dibuat? Mana dia perkiraan kos betterment dan kos loss of use? Kenapa repair mcm cilaka? Mana kebenaran aku untuk kereta aku direpair? Pendek kata dia satu pun tak bagi jawapan kecuali suruh aku tanya Longkai Proton, tanya mekanik dan tanya boss dia.
Dia bagi Business Card boss dia. Aku cakap terang-terang, aku takkan ambik kereta selagi kereta tak repair betul-betul dan jawapan soalan aku semua tadi tak dibagi. Untuk legal purposes, aku whatsapp benda yang sama kat dia lepas tu. Dah selesai tanya dan dah boring dgn jawapan yang dia bagi, aku blah sebab dia tak ada sebarang jawapan untuk aku.
Aku frust jugak, sebab rasanya mcm aku dipermainkan seolah aku ni IQ level kangkung tepi longkang. Aku dah check segala sana-sini, siap ada bukti penghantaran kat Lon-G dan dah check semua registration dan dah check legitimacy Lon-G sendiri. Dokumen pun semua aku serahkan melalui Email ke LonG – ada rekod semua. Tapi TERKENA jugak. Musykil, bila aku hantar kereta ke Lon-G dan dia dah terima kereta aku, satu kontrak telah berlaku. Macam mana dia boleh berani lepaskan keluar kereta aku ke bengkel cap ayam tanpa maklumkan aku atau minta kebenaran kat aku langsung? Bukan kah dah pecah kontrak atau pecah amanah tu?
Aku mula sembang dengan beberapa kawan yang lebih cerdik dari aku dan yang aku percaya – What did I do wrong to deserve this – Muhasabah diri. Akhirnya diorang conclude dengan objectivenya, shit happens – no matter what precaution u take. Kawan baik aku ada cakap – “Ko takpelah, ko lelaki, tahu selok-belok undang-undang dan prosedur sikit sebanyak, ko tahu kereta ko dalam luar sebab dah pakai lama. Kalau kena kat ibu tunggal beranak sekolah dan kancil buruk dia accident dapat kat bengkel macam ni, apa jadi. Bagi borang jual buah pinggang pun dia sign sebab terdesak nak pakai kereta. ”
OK. Aku decide untuk fight back. Aku yakin dengan undang-undang dan rule of law. Dah clear kot bukan ada legal standing bengkel Ideal Auto Workshop tu nak tahan kereta aku, aku takde kontrak dengan dia pon.
17 DIS 2019 – Setelah cukup lama menunggu dan bersabar dalam menuggu jawapan segala, aku buat report polis. Aku nyatakan terang-terang dlm report polis tu, aku hantar kereta ke Lon-G dan kereta aku muncul di Ideal Auto Workshop di Bukit Kemuning tanpa pengetahuan atau kebenaran aku. Aku nyatakan terang-terang keengganan bengkel Ideal Auto Workshop bagi aku segala maklumat yang perlu diberikan kat aku dan juga nyatakan sebab aku buat report ni adalah kerana ada unsur penipuan dan jenayah dalam hal ni.
HARI YANG SAMA jugak, aku dapat respon dari AIO Polis. Dahsyiattt, Malaysia’s finest. Dia call aku pasal kes ni. Dia tanya aku “Ni pasal kes tak puas hati pembaikan kereta kat bengkel tu ye..” Aku terkedu, tapi reply “Ni kes penipuan ni sebab saya tak hantar pun kereta kat situ saya hantar bengkel lain,”.. nampak tak trick polis tu dekat situ? DIA UBAH NARATIF AKU. Seolah-olah aku ni bangang sangat buat report polis sebab tak puas hati dengan urusniaga biasa kat bengkel. AKU REPORT SEBAB UNSUR JENAYAH, BUKAN SEBAB TAK PUAS HATI DENGAN HASIL KERJA BENGKEL. Aku cuba nak explain, tapi hati aku luluh, dia cakap keputusan Polis, kes ni kena rujuk kat Tribunal Pengguna KPDNHEP. Aku disuruh pegi kutip surat Rujuk Lain Agensi di sebuah Pondok Polis dekat Shah Alam. Takde ambik statement, takde minta kemuka bukti apa semua, takde siasatan hapa pon. Cuma Tai Chi je sebagai laporan orang bangang yang tak layak untuk Polis siasat.
Aku dah mula rasa tak sedap hati. Macam game passing-the-buck je. Korang semua ingat kalau buat laporan, pihak penguatkuasa ni KALAU dia tak mau buat kerja, dia BOLEH BUAT TRICK tukar naratif kita. Dia interpret ikut kehendak dia jer. Kalau korang explain dia boleh buat-buat susah nak paham, tak paham atau persoal naratif ko sampai ko give up nak explain dan ko kena terima je interpretasi dia terhadap laporan ko. Mengubah naratif pengadu dan buat-buat bangang ini rupanya adalah TRICK POLIS dalam kes ni, cuma persoalannya, kenapa dia orang tak nak buat kerja ni.
Aku ambik waktu sikit untuk fikir dan kerja. Takde kereta, kerja pun susah. Mujur sangat ada sahabat-sahabat baik membantu.
20-30 Dis 2019 – Aku bukak website eTribunal, untuk buat laporan kat Tribunal mcm yang diarahkan Polis. Aku register dulu dalam tu untuk buat tuntuan. Bila bukak untuk register tuntutan je, WEBSITE CLOSE FOR MAINTENANCE PULAK. Kena pergi Kaunter TTPM sendiri jawabnya. Pulakdahhh..
Di timeline tu juga, aku ada tanyakan kat Longkai asal ni, siapa bawak keluar kereta aku dari Lon-G Proton untuk bawak ke Ideal Auto Workshop. Dia mengaku dia yang hantar dari Lon-G ke Ideal Auto Workshop. Aku tanya dia sapa bagi kebenaran? Dia cakap aku yang bagi. AITTTTTT. Aku tak pernah bagi kebenaran hapa pun. Apa jadah logik ke, aku bagi kebenaran pergi bengkel takde accreditation atau piawaian kalau aku sendiri dah tekankan dari awal-awal lagi yang HANYA PROTON REPAIRS yang bertauliah sahaja aku nak kereta aku dibaiki. Alasan dia – MEMANG PROSEDUR, KERETA BAWAH INSURANCE 3rd PARTY WAJIB REPAIR di BENGKEL 3rd PARTY. Walaupun aku bayar sendiri seblum claim insurance? Ini mengarut.
Aku call out bullshit dia. Insurance Party Berapa takde kena mengena langsung dengan bengkel mana yang aku nak amanahkan untuk buat pembaikan. Kalau Lon-G tak mahu repair, sepatutnya Lon-G call aku untuk cancel contract dengan aku bukan suruh Longkai angkut bengkel lain senyap-senyap. Kalau Lon-G tanak buat, AKU YANG BERHAK sebagai pengguna pilih mana bengkel yang aku nak hantar bukan hak Longkai nak decide tu. Dia marah plak kat aku sebab buat report polis sedangkan benda boleh bincang. Bincang jubur apa dah gitu. Ini jenayah penipuan dan aku mau jenayah ni disiasat dan diambil tindakan.
8hb Jan 2020 – Aku pergi ke Bengkel sekali lagi dalam waktu tak kerja. Jumpa kerani dia. Banyak la dia bullshit aku termasuklah bengkel ni panel kepada semua insurance third party. Aku tunggu boss dia datang. Sambil-sambil ditenung secara agresif oleh mekanik-mekanik yang mengancam sanubari. Tapi nekad la. Apa nak jadi, jadi.
Boss dia datang dan secara rasminya bermula la pertengkaran. Dia cakap aku yang salah sebab ambik insurance 3rd Party kena hantar kat bengkel 3rd Party tak boleh hantar kat bengkel 1st Party mcm Lon-G. Aku jawab ini semua mengarut, mana ada bengkel 1st, 2nd, 3rd party. Aku tanya dia soalan yang sama, dia tak jawab tapi bebel kat aku tak ambik kereta, lama sangat tinggal kat bengkel sedangkan kereta dah siap(konon). Aku tanya macam mana boleh repair, belum begitau owner, tak ada kebenaran owner semua?
Dia jawab selamba “Kita sini bengkel kereta, kereta masuk mesti mau start repair maaa.”
Aku dibagi lima keping surat suruh sign sebagai syarat nak ambik kereta. TAK SIGN TAK BOLEH AMBIK KERETA!!!!
1. WARRANT TO ACT – to MESSRS DAV******in matter of road accident involving Vehicle no (no kereta aku),
2. AUTHORISATION AND INDEMNITY LETTER TO LEGAL FIRM – MESSRS DAV******,
3. AUTHORISATION TO INSURANCE COMPANY – to issue cheque in favor of MESSRS DAV******,
4. STATUTORY DECLARATION – to authorize MESSRS DAV****** to act as advocate,
5. AUTHORISATON AND CONSENT TO WORKSHOP – written authority and consent to repairer pertaining to matters in relation to pursuing a third party property damage claim.
Aku baca sekali lalu. Dua kali lalu. Tiga kali lalu sambil Boss Ideal Auto Workshop terjerit-jerit memekak nak menggerunkan dan mengalih perhatian aku sambil dibackup dengan kerani melayu dia dan ditenung mekanik-mekanik dia yang mula berkerumun ala-ala gangster dalam filem Hong Kong. Lepas tu aku call-out dia punya bullshit – Aku cakap yang surat-surat ni menyerahkan kuasa undang-undang kepada Lawyer diorg untuk bertindak bagi pihak aku. Iaitu bila aku sign saja, aku dah lantik lawyer bengkel untuk mewakili aku dalam semua benda berkenaan kereta aku termasuklah jual kereta aku untuk cover kos lawyer dan bengkel. Lawyer bengkel boleh pura-pura bertindak bagi pihak aku, saman syarikat Insurans untuk claim sebanyak yang boleh. Dokumen ni semua ibarat bagi dia kuasa guaman penuh berkenaan kereta aku kepada lawyer dia.
Inilah MODUS OPERANDI BENGKEL PENIPU dalam kes aku. Diorg upah Longkai “berkawan baek” dengan AIO Polis untuk dapatkan contact owner kereta kemalangan, Longkai atau bengkel lain bawak kereta kat bengkel penipu dengan tipudaya ataupun dalam kes aku tanpa pengetahuan owner, bengkel penipu ni repair kereta tu cacamerba tanpa sebarang agreement/authority dan kemudian TAHAN KERETA SEBAGAI TEBUSAN untuk dapatkan tandatangan owner keatas Surat Kuasa Guaman dan authority berkenaan. Selagi owner tak sign semua dokumen ni, diorang takkan lepas kereta. Lepas owner dah terpaksa sign sbb polis akan pass kes ni ke lain department (polis tak menganggap kes ini jenayah penipuan), bengkel akan saman syarikat insurans, mungkin dengan jumlah yang lebih besar dari nilai kerosakan sebenar. Sedangkan pembaikan yang dibuat tu cacamerba dan seminimum mungkin.
Aku cakap yang dokumen ni semua, sign bunuh diri namanya.
Aku pulak berleter pulak kat dia dalam bahasa omputih (sebelum ni aku cakap Melayu). Aku suruh dia baca dokumen tu dan dia cakap dia tak pandai Inggeris. Tak sekolah rupanya. Aku ambik dokumen tu dan aku tunjukkan pulak skill aku berleter dan aku cakap kereta repair macam c*b*i. Dia cabar aku pergi tgk kereta. Aku reply “JOMMMMMM CHECK, AMBIK KUNCI, START KERETA”.
Masa berjalan ke kereta, Mekanik-mekanik diorang dah tenung aku ala-ala style tenungan gangster dari kumpulan Naga Bermisai Bercangkung atas Jongkang Jongkit. Aku tenung balik sekor-sekor dan pancutkan aura warna lavender yang membawa mesej “Kalau korang cari fizikal dengan aku hari ni, iyer, memang aku mati. Tapi dua tiga ekor korang pun akan ikut aku kekubur.” Aku pancutkan aura tu sampai basah kepala otak diorang dengan keyakinan yang memang aku akan lawan dengan nekad kalau diorg try untuk fizikal dengan aku (konon – cewah).
Dia buka pintu kereta, jump start sbb battery mampus. Kereta kotor nak mampus, Habuk penuh. Aku tunjuk satu-satu-satu-satu dan ntah berapa banyak salah baiki dan tak ikut piawaian diorang tu secara mendalam sampai boss dia tadi tak tahan dan jerkah nak panggil Polis, ditambah dengan “lu tak tau husband saya siapa ha?” husband dia sepupu sepapat Latok Seli Nicky Liow kot? Aku cabar dia call polis sekarang tu jugak beberapa kali. Chief mekanik dia yang tua sekali tenangkan kitaorang. Agaknya dia sedar taktik ancaman pasif tak berkesan lagi kat aku. Mekanik tua tu janji nak settle kan kereta aku yang aku tunjuk tu. “Boss sama kerani mana tau pasal repair, kita tau repair, lu cakap sama kita, moleh repair maaa” Katanya memujuk. Dia suruh aku rileks dulu.
Aku tersedar sekejap dan take stock of the situation. Dokumen sign mati yang dia bagi ada dalam tangan aku. Rakaman suara dari tadi dah berjalan ntah berapa lama menangkap semua perbualan dan pertengkaran. Dah ada bukti. Lebih untung kalau aku blah sebelum phone aku overheat atau hang dan takde rakaman langsung. Kereta dah gerenti tak bleh diambil sbb ditengah bengkel dan diapit kereta-kereta mangsa lain.
Aku berstrategi dalam kepala – dari cara dia bercakap tadi dan dengan bersandarkan fakta betapa cepat dan sewenangnya laporan Polis terhadap jenayah diorang ni downplaykan sebagai bukan jenayah, wujud satu kebarangkalian yang towkey besar bengkel ni dengan Polis kawasan tu “kawan baek”. Kalau betul kebarangkalian tu, dan kalau polis datang – walau aku tak salah tapi tentu boleh dibuat cerita bagi jadi aku yang salah. Keterangan aku vs keterangan Polis + keterangan konco-konco bengkel + boss dia, siapa yang Majistret dan IO Polis akan percaya?
Berapa kebarangkalian diorang ni ada police protection? 1% 2% 20%? Apapun nisbah dan peratusan kebarangkaliannya diorang ni ada protection dari polis – its not zero, dan aku akan kalah juga dari mata “undang-undang” dan tak ada strategic sense jika aku terus berkeras disitu…
Whats the point of this meeting? Nak siasat, nak ambik kereta. Kereta tak boleh ambik dan siasat dah selesai, dah nampak Modus Operandi dia. Kalau aku blah pulak, aku blah dengan bukti kecurangan bengkel ni dari segi undang-undang ditangan, dan rakaman semua bullshit boss bengkel yang membuktikan modus operandi bengkel tu. So aku berundur dulu. Blah dulu sebelum jadinya apa-apa yang tak dikehendaki.
15 JAN 2020 – Aku ke Tribunal Tuntutan Pengguna macam yang diarahkan oleh Polis dalam Surat Rujuk Lain Agensi dengan niat nak tahu permainan Jabatan-Jabatan Kerajaan ni semua macam mana pulak. Aku tunjuk je report polis dan surat Rujukan Lain Agensi kat kaunter Tribunal Tuntutan Pengguna tu. Explain punya explain dia dah cakap “Tribunal Pengguna TAK BOLEH AMBIK kes ni sebab ada kena mengena tuntutan insurans” AITTTTTT…. Insurans belum libat lagi kot… apa-apa tuntutan belum dibuka. Bengkel penipu tu pun tak boleh buka tuntuan sbb tandatangan aku tak ada dekat dokumen dia. Aku nak tuntut kereta aku dari bengkel penipu ni bukan nak tuntut duit dari insurans. Kata kerani tu, kes melibatkan insurans ni kena ke Ombudsman Kewangan. Tak lama kemudian, aku disuruh naik tingkat atas bangunan yang sama untuk buat laporan ke Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP. Aku pun isi borang. Kepilkan laporan polis tu dan Surat Rujuk Lain Agensi segala. Bagi statement dekat seorang pegawai KPDNHEP ni yg memang nampak bersimpati dan empati dan lain-lain pati.
Selesai tu aku disuruh tunggu 21 hari bekerja untuk siasatan dibuat dan dihubungi. Aku pun dibagi nama dan nombor sorang pegawai ni – Pegawai Penyiasat KPDNHEP, iaitu pegawai yang kena menyiasat kes ni untuk aku. Beressss. Aku balik. Tak lama kemudian aku call Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (Ombudsman of Financial Services) kat Bangunan Takaful KL untuk tanyakan boleh tak aku nak buka kes dengan diorang, sebab Kaunter Tribunal Pengguna ada mention Ombudsman haritu masa reject. Ombudsman cakap flat out, diorang TAK BOLEH HANDLE sbb belum ada pihak buka tuntutan dengan insurans. Ombudsman mandate dia hanya untuk handle kes-kes company insurance REJECT tuntutan.
Ok dah confirm Ombudsman tak boleh handle. Next step….
Sambung Bahagian 2 : https://www.speedvending.com.my/?p=2010
Leave a Reply