Bengkel kereta dan CallMan menipu dan terlepas dengan penipuan – Part 2

KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU MACAM MANA BENGKEL2 DAN LONGKAI (CALLMAN) BOLEH MENIPU KORANG DAN TERLEPAS DENGAN PENIPUAN DIORANG – Baca ni.
Kisah Benar Bahagian 2 – BERGELUT DENGAN KPDNHEP
Jeng Jeng Jenggg…
26 FEB 2020 – Tunggu punya tunggu punya tunggu, takdak sebarang contact dari penyiasat KPDNHEP. Bila dah lepas dengan lama tempoh 21 hari bekerja, aku pun text dia bertanya. Dia reply balik, cakap aku dah boleh daftar tuntutan kat Tribunal Pengguna TTPM. Orait, aku pegi buat. Menurut arahan boskurrrr.
10 Mac 2020 – Aku pegi balik ke kaunter Tribunal Tuntutan Pengguna Shah Alam. Dan jeng jeng jeng….. KENA REJECT LAGI! Atas alasan sama, Tribunal Pengguna tak boleh sentuh kes berkenaan dengan insurans. Kena pegi Ombudsman. WAW! Aku pun call Pegawai Penyiasat tu dan minta dia datang explain kat Kaunter Tribunal. Ombudsman takkan ambik kes ni melainkan aku dah buat tuntutan insurans dan syarikat insurans tu tolak tuntuan aku. Polis tolak kat Tribunal, Tribunal tolak kat KPDNHEP, KPDNHEP tolak kat Tribunal balik, Tribunal tolak kat Ombudsman, Ombudsman tolak balik KPDNHEP, lepas ni nak tolak ke bomba pulak ke? Ke nak tolak ke Jabatan Kajicuaca?
Agaknya dia pegi buka fail tgk kes aku tu kot. Pastu dia turun bawak fail laporan aku. Dia cakap, lepas tengok kes ni semula, takde kuasa nak buat apa-apa dalam kes ni. Sebab kes ni salah aku. Salah aku sebab ambik insurans 3rd party jadi kena pergi bengkel 3rd party. Macam tu lah ayat dia dengan konfiden.
Aku bengang atas jawapan dia, suruh dia keluarkan undang-undang mana yang sebut bengkel ni semua diklasifikasikan ikut Insurans. Dia asyik jawab dia tak tahu, tak tahu, tak tahu, tak tahu.Aku tanya dia dah siasat ke belum? Dia cakap, dah siasat. Dah pegi bengkel tu semua dan dah cakap dengan Longkai dah. Decision Jabatan adalah tak boleh buat apa-apa sebab KPDNHEP tak ada kuasa nak buat apa-apa dalam hal ni.
Satu hoon je lagi aku nak terlepas tanya, “Berapa ribu ko dapat dari Longkai dengan bengkel-bengkel tu?…” Nampak sangat ketidaklayakan dia menyiasat. Mana pergi hak pengguna memilih pembekal perkhidmatan? Mana ada bengkel boleh tukar alat ganti apa-apa atau melakukan sebarang pembaikan tanpa persetujuan owner? Kontrak apa yang ada antara aku dengan Ideal Auto Workshop? Takkan la hang jadi pegawai PENYIASAT (penyiasat besar ni) dalam Kementerian ni hang tak baca undang-undang dan akta dan peraturan yang diamanahkan kepada hang kot? Tu semua ada dalam Akta Perlindungan Pengguna – Akta 599. Kalau tak caya boleh cari tentang Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002. Perlindungan pengguna macam mana yang hangpa jaga kalau tak ikut undang-undang pengguna?



Aku tak tahulah dia ni makan rasuah ke sebab dia memang tak cukup kemudahan mental nak jadi Penyiasat tapi yang aku tahu, dia memang tak berapa cerdik la sebaik dia bagi reasoning tu tanpa minta bukti, penerangan bagi tu dari aku. Tanya pihak yang kena adu je tapi tak tanya pengadu langsung dan tak refer dalam undang-undang bila nak buat klasifikasi kes. Statement dia ni memberikan isyarat kat aku yang KPDNHEP main putuskan sedaaaap je kes ni kena dikuburkan dalam kesunyian malam dengan hanya disaksikan bulan bisu dan bintang bintang nan buta. Tanpa kapan dan tanpa hitam putih. Lebih teruk lagi KPDNHEP officer sendiri defend the perpretrators action?????? Blame the victim????? Bravo, KPDNHEP, BRAVO!
Dia bercakap macam aku ni tak paham hak dan undang-undang dan hak seorang warganegara langsung, aku pun tertanya -adakah bagi jabatan kerajaan ni semua aku nampak macam seorang bangla atau rohingya yang tak mengetahui hak-hak sivik seorang warganegara Malaysia tercinta? Memang aku tahu yang diorang tahu, rata-rata rakyat Malaysia ni tak tahu hak-hak sivik dan undang-undang seorang warnanegara sebab subjek ni tak diajar pon kat sekolah. Macam-macam dah dalam kepala aku masa tu. Tapi aku tak de lah nak lancang sangat, aku nak tahu jugak permainan apa yang bermain dengan jabatan-jabatan kerajaan ni, utamanya untuk kebaikan masyarakat la. Alang-alang they throw me in the game, i might as well play.
Next step, aku tanya dia- “dah kalau tak boleh buat apa-apa, mana surat keputusan siasatan ke, surat rujuk lain agensi ke apa ke… Bagi la hitam putih yang menyatakan KPDNHEP dah give up dah berkenaan kes ni.” Paper trail kannnn, paper trail… Air liur, air mata mahupun segala air tubuh badan tak laku dalam undang-undang kecuali kes liwat. Surat Hitam Putih laku. Dia kata takde, memang habis macam tu sahaje. Ewahhh ewahh… Kes ni dah macam Kes Hotel California. U can check in anytime you like but u can never leave.
Aku cakap kuat kuat, “kalau aku nak pergi komplen pasal Penguatkuasaan KPDNHEP tak kompeten ni kat Menteri ke, kat Karam Singh Walia ke, kat paper ke, aku nak bawak apa?” Bawak borang laporan biru haritu? Karang KPDNHEP jugak yang masalah, dituduh tak buat kerja. Ada report kan, mesti ada result. Ada buka ada la penutup.
Dia give up. Muka dah macam ayam dipaksa togok toyu dalam camca. Aku imagine dlm kepala, mungkin abam pegawai PENYIASAT tgh pertimbangkan masa depan dia kalau dia kungfu kepala aku kat situ kot. Aku baru Middleweight, tapi ingat lagi la buah-buah tapak tiga yang aku pernah belajar dulu. Dia tadak2 Heavyweight, selop kera gakla aku kalau dia balun aku sedas dua.
Dia tangkas mengangkat tepon, call boss dia pulak… Boss dia suruh dia bawak aku naik atas… Jeng Jeng Jeng….
Lepas dah kena tarah dengan yours truly kat depan kaunter Tribunal Pengguna tu, Pegawai PENYIASAT tu bawak aku naik aras – office KPDNHEP, jumpa boss dia. Kiranya Officer level lah. Kalau ibarat polis tu barangkali ada paku, crown atau keris bersilang penuh epaulette lah kot, aku pun taktau sgt. Boss dia ni awal-awal play nice and cool. Siap bawak kitab suci dia – Akta 599 yang di cetak kecik comel.
Aku persoalkan, ada ka undang-undang yang membenarkan kereta aku ditahan oleh bengkel tu? Aku tak pilih pun bengkel tu. By procedure, by right and by rule of law bengkel tu tak boleh mula pun repair kereta aku tanpa kebenaran aku apatah lagi terima penghantaran kereta aku tanpa sebarang kebenaran aku dan menahan kereta aku bila aku tak setuju dia baiki. Ini dah menahan hartabenda aku secara tak sah.
“Itulah… ini kes tahan hartabenda, kes tipu..bukan bawah kementerian pengguna dah.” Dia kata kat aku benda ni sepatutnya Polis yang handle. So KPDNHEP tak boleh handle sebab takdak kuasa. Aku jawab, aku pon tau polis yang sepatutnya handle. Aku DAH PON REPORT POLIS, yang bagi surat suruh aku rujuk ke Tribunal Pengguna dan seterusnya Tribunal Pengguna dah Tai Chi aku ke KPDNHEP. Lepas ni nak tai chi aku ke mana pulak? Jabatan Bomba dan Penyelamat ka? Ar least gentleman la, macam Polis – bagi la surat makluman “anda telah di Tai Chi ke…. Jabatan Bomba..” Ini tadak ending. Sekurang-kurangnya Polis ada bagi aku surat, ni KPDNHEP bagi air liur semata-mata, mana boleh jadi. Apa process flow complaint di KPDNHEP? Ada input mesti ada output.
Pasal kerugian aku pulak, dia suruh aku ke Mahkamah Sivil. Tuntut pakai Lawyer. Adei, brader.. Lawyer tu paling takde belas-belas ribu lah dei. Kereta aku baru value 10 ribu. Lagipun lets not deny the fact, ini SINDIKET JENAYAH, bukan conspiracy penipuan utk merugikan aku sorang je. Aku nak mangkuk ayun ni semua disiasat dan didakwa? Ke ada sebab apa Polis dan KPDNHEP seolah-olah menyebelahi sgt bengkel-bengkel mcm ni? I have plenty of evidence, kenapa tak mintak langsung?
So aku desak lagi minta surat merujuk aku ke Polis, sebab dah dia sendiri mengaku Polis yang sepatutnya handle complaint ni. Dia refuse – bukan prosedur KPDNHEP issue surat macam tu. Aku bengang. So aku nak bawak air liur pergi mengadap polis? Karang aku dok tekan punya tekan kat Polis aku jugak kena jerkah, macam la polis nak percaya semburan aku yang KPDNHEP suruh aku bawak benda ni ke Polis dengan berbekalkan air liur dan lampin dewasa pakai buang beli sendiri. Mesti Polis akan tanya – “Surat mana, surattttt????” Salah silap haribulan kalau aku pi mengamuk kat polis aku kena tembak sedas kat dahi, masuk tong dram. Tak pun kena bom sampai hancusss. Bagi la Hitam Putih untuk bekalan aku mengadap polis.
Selepas kena bebel dengan aku sedikit sebanyak, dia sedar yang perbualan aku dengan dia dirakam. So? Kalau hang tak salah hang nak takut apa? Dia ada bagi warning, merakam di pejabat kerajaan ni kalau jadi apa-apa dia boleh ambik tindakan. Ambik la. Aku nak takut apa? Nak kata takut terkena, aku DAH PON TERKENA – dengan bengkel-bengkel penipu, Longkai penipu bersama broker Polisnya dan JABATAN KERAJAAN sendiri. Aku bukan melawan bengkel-bengkel penipuan lagi dah sekarang ni aku tgh bergomol dengan Cabang Eksekutif Kerajaan – Jabatan-jabatan sendiri yang sepatutnya melindungi aku sebagai Law Abiding Citizen dan pengguna. Im not getting f*cked, im getting gangf*cked here, at least give me lube mannnn.
Teringat Menteri sorang tu cakap lepas kes Judi Haram dan Rokok Seludup diviralkan oleh abang Hot Burger Malaysia di Sungai Buloh hari tu. Dengan bergayanya pak Menteri bilang “LAPOR IKUT SALURAN TEPAT BILA LAPOR JENAYAH…” Aku ni pi ikut saluran bengkok atau saluran haram kah buat report sampai kena kongkalikong macam ni dengan kerajaan sendiri? Ka memang tak wujud saluran tepat? Atau pun paip-paip dalam saluran tu semua tersumbat dengan duit? Adehhhhh.
Takkan lah KPDNHEP tak tau penipuan macam ni berlaku, Polis tak tahu? Tak pernah ada orang report ke kes ni? Berapa orang kemalangan sehari, berpuluh kereta aku nampak di bengkel-bengkel penipu tu. Ini bagi aku la samada Penguatkuasaan bodoh sampai tak reti menyiasat atau memang sengaja tak mau ambik tahu atau korup. Semuanya salah besar dalam governing a country.
Berapa orang dah buka report sana-sini dan ditunjal jabatan sana jabatan sini? Berapa orang yang senasib dengan aku, diperkotak-katikkan? Aku dah accept takkan ada pembaikan dalam mana-mana jabatan yang reput mcm ni melainkan ada rakyat yang rock the boat. Paling-paling pon masuk jel sebab merakam perbualan dengan pegawai kerajaan dalam office kerajaan (agak-agak BAR nak tak pro-bono defend aku?). Tapi kalau aku tak rakam mcm ni, katok mampuih pon rakyat atau sesiapa takkan percaya perbualan ni berlaku dan takkan ada apa-apa yang berubah dan rakyat terus diperkotak-katikkan macam aku dan entah berapa ramai sebelum aku. Jabatan kerajaan kan sangat terer deny dan be defensive dalam apa-apa yang salah diorang? Apa-apahal, sapu bawah karpet dulu. Cover-up is first and foremost. Image is more important than justice and making things right. Kan imej jabatan kerajaan ni semua kena perfect, seperfect pelakon korea dan melambangkan track record menteri-menteri yang mengetuai jabatan ni semua? Menteri mana boleh tak perfect, mana boleh salah? Jadi untuk membuktikan kelemahan dalam cabang eksekutif kerajaan, ni je la method dan outlet yang aku ada. No safe outlet, just unsafe outlets.



Macam adik Ain Husniza Saiful baru-baru ni, korang rasa kenapa dia resort to social media utk resolve something wrong? Sebab dia dah ke safe outlet, cakap dengan counselor sekolah dia tapi di Tai Chi, dismissed as invalid complaint. Tinggal lah unsafe outlet option – Social Media. Macam la dia tak tahu akan ada kecaman dan risiko ancaman keatas dia sendiri. Tapi dia terpaksa ambik risiko tu. The final form of justice is Public Justice and it exists because the justice system is rotten, especially at the Executive Branch level in my case. Kalau pegawai penyiasat malas atau bengap atau korup atau kesemua sekali, macam mana kes nak pass ke Penolong Pendakwaraya? Tak sempat masuk dalam justice system pun dah di pangkas oleh pegawai PENYIASAT macam ni.
Options aku, daripada aku gerenti masuk jel sebab bakar bengkel-bengkel yang menipu aku dan rakyat negara aku dan merampas hak aku sewenangnya, baik lagi aku mengadap kebarangkalian tinggi masuk jel sebab merakam percakapan pegawai kerajaan yang konon maksum dan suci murni ni semua, dalam usaha aku nak membetulkan keadaan. Ada gak faedah mcm ni. Yang pasti, option nak dapatkan keadilan dan hak melalui jabatan kerajaan dan “saluran tepat” bak kata pak Menteri kerajaan perfect hari tu ni tak wujud dah. Just going through the motions je nih.
Akhirnya Pegawai Besar KPDNHEP tu mengalah. Dia suruh Pegawai PENYIASAT KPDNHEP tadi hantar email kat aku rujuk kes aku ni ke Jabatan lain secara rasmi. Agaknya dia dah bingit dan nak suruh aku blah. Memandangkan Email rasmi boleh dianggap sebagai bukti Mahkamah, aku terima je lah. Dah Letih pun aku. Sebelum aku blah, aku bagi email kat Pegawai PENYIASAT tadi melalui SMS lengkap dengan Delivery Report. Bukti tu PENTING! Paper trail tu PENTING!
Tak lama kemudian aku dapat email rasmi dari abam pegawai PENYIASAT seperti diarahkan oleh abam Pegawai Besar KPDNHEP yang berbunyi;
“Merujuk perkara diatas, No aduan ******* telah di siasatan dan hasil siasatan MENDAPATI PIHAK PENGADU TIDAK BERPUAS HATI BERKAITAN BAIK PULIH KENDERAAN yang mengalami kemalangan dan di baiki oleh pihak bengkel ideal glob sdn bhd. pihak pengadu ingin membuat tuntutan ganti rugi di (TTPM) Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. Jawapan kepada pengadu : siasatan telah dijalankan dan tuntutan ganti rugi kepada pihak bengkel boleh di buat di TTPM (Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia).”

Aku gelak besar… Nampak tak DIORANG UBAH NARATIF TU??? Diorang ni pun pulas naratif jadi kes tak puas hati repair jugak. Seolah-olah memang aku decide Ideal Auto Workshop tu lah pilihan aku yang

terbaik

dan aku hantar kesana secara sah dan legalkemudian aku tak puas hati dengan repair dia orang buat. Takde sebut pun aku laporkan bengkel tu terlibat dalam penipuan dan sedang menahan harta benda aku secara tidak sah. Dalam perjumpaan dengan Pegawai BESAR dan tuan PENYIASAT KPDNHEP tu aku tekan dah benda ni salah sebab tak dak dasar perundangan bengkel yang takde kena mengena dengan aku nak PAKSA REPAIR dan TAHAN KERETA AKU. Dalam perjumpaan jugak kuat dia suruh aku bawak semula ke Polis, sedangkan dia pun takut nak Tai Chi balik ke Polis…Oh nehi, nehi, nehi… Kabhi Nehi. Hahahahaha.. Apa nak jadi dgn Jabatan-jabatan ini semuaaaa…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*