WAKIL IDEAL GLOBE AUTO
“Betul” (masa ni dia dah slow down dah. Habis adrenaline atau kesan sirih pinang dah abis kot)
PRESIDEN
“Ada buat pembaikan?”
WAKIL IDEAL GLOBE AUTO
“Ada, tapi owner tak puas hati. Dah buat, dah baiki dulu.”
PRESIDEN
“Hari keberapa start baiki?”
WAKIL IDEAL GLOBE AUTO
“Kita proceed cepat-cepat, dalam masa 2 hari dari 3 november. Itu prosedur syarikat dan tak boleh sangkal ”
(ting-ting-ting! Jackpot – Prosedur syarikat dia menyalahi undang-undang dalam Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002 )
PRESIDEN
“Lepas baiki, Ideal Globe Auto ada maklumkan kat owner?”
WAKIL IDEAL GLOBE AUTO
“Semasa pembaikan, owner terus datang cakap tak puas hati sebelum siap pembaikan. Belum siap repair, tapi owner dah mengamuk.”
(DAH TU KORANG WHATSAPP AKU SURUH AMBIK KERETA TU KENAPAAAAAAAAA. Bangang. Kenyataan pun tak seiring dengan bukti yang dah ada dalam prosiding. Diorang jugak yang text aku suruh pegi sana ambil kereta dalam bahagian satu dulu. )
PRESIDEN
“Anggaran jumlah pembaikan tu ada?”
WAKIL IDEAL GLOBE AUTO
“Untuk buat anggaran kena ada dokumen. Baru Ideal Globe Auto akan buat anggaran.”
(Aku berdekah gelak – dalam hati dan paru-paru aku je. Takde IC owner takleh buat anggaran tapi boleh siap repair dah. Agak-agak bagus tak argument ni? Aku letak pen kejap lap air mata jantan dan air-air lain aku yang mengalir dengan tali leher. Aku terdengar hembusan nafas sahabat-sahabat aku kat belakang tahan gelak. Aku tunduuuuuk jer – tak berani tengok Presiden atau Setiausaha Tribunal, karang aku ternampak dia org gelak, aku takut tergelak kuat-kuat. Terhina prosiding ni karang.)
PRESIDEN
“Kereta masih dibengkel Ideal Globe Auto?”
“Ya ada. Ideal Globe Auto kerugian setiap hari sebab kereta Pihak Yang Menuntut tu menggunakan ruang Lot dalam Ideal Globe Auto.”
(Lain ditanya, lain ko jawab adik…)
PRESIDEN
“Kereta tu dah siap dibaiki sepenuhnya?”
WAKIL IDEAL GLOBE AUTO
Sekarang sudah siap dibaiki sepenuhnya, seperti dalam Lampiran A2 depan belakang (bukti diorang la).
Presiden tengok kejap Lampiran A2 tu lepas tu terus tengok aku. “Encik ada nak cakap apa-apa? Ini keterangan yang last. Lepas ni saya nak keputusan je. Dah banyak bercakap-cakap ni.”
Aku cakap ada. Aku serahkan text hujah balas aku – 6 mukasurat dan 21 perenggan semuanya. Presiden pun terkebil kejap. “Saya minta izin nak bacakan hujah balas ni dalam Tribunal, Presiden..” Selepas beberapa saat dia tgk sebeban hujah aku, dia jawab. “Dah banyak sangat dah keterangan ni. Saya ambik keterangan yang bertulis ni saja.”
Alamak, plan aku spoil. Presiden dah letih dengar kes ni kot.
Dah macam tu aku minta nak sampaikan surat Permohonan Pinda Tuntutan aku dan ada satu perkara aku nak mohon secara lisan. “Ok, tapi cepat sikit ye, dah panjang ni kes ni.”
Aku pun serah surat tu kepada semua pihak dan aku pun bacalah permohonan lisan aku tu kuat-kuat ala-ala budak sekolah lelaki Tingkatan 3 dalam pertandingan debat dekat sekolah perempuan.
Aku tunjuk Otoriti dan kesalahan Penentang 1 dalam borang 2 itu adalah satu jenayah menurut Seksyen 199 Kanun Kesiksaan, dan aku kuat-kuat cakap, aku MOHON TRIBUNAL UNTUK BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KESALAHAN INI. Terbelalak jugak la mata Pengurus Lon-G tu kata kawan aku. Tetiba pulak nak suruh Tribunal report polis pasal aku ni apa hal? Kanun Kesiksaan? Hahahaha
Presiden hangguk je. Tak tau lah dia nak report ke tak benda ni. Lepas tu terus dia tetapkan tarikh baru untuk Keputusan kes. Ditetapkan dalam tu, 17hb November 2020 untuk tarikh keputusan kes aku. Habis perbicaraan kedua. Aku tak sempat nak pangkas hujah hujah Ideal Globe Auto. Dalam serahan kenyataan bertulis aku tu cuma ada hujah-hujah melawan kenyataan Lon-G saja. Apa nak buat, rezeki aku macam ni. Prosedur TTPM macam ni.
Selesai perbicaraan, aku nampak Pengurus Lon-G bersembang dengan bisik-bisik halus yang mencurigakan dengan seorang lelaki ni, diikuti rapat dengan Wakil Ideal Globe Auto juga dekat luar Bilik Tribunal. OooOo ni lah dia boss sebenar Ideal Globe Auto kot. Aku identify dia Boss Besar Ideal Auto buat sementara waktu ni.
Aku dengan kawan-kawan aku bergerak turun ke tingkat bawah untuk ke Sunway Putra Mall. TTPM Kuala Lumpur ni lokasi dia di Sunway Putra Tower. Jadi turun tingkat bawah tu ada mall, diorang ada nak shopping agaknya.
Aku keluar ikut lobi depan nak isap vape – satu tabiat yang aku pun masih gagal nak berenti. Hahaha. Takpelah, aku tengah down lagi sebab tak diberi kesempatan nak pangkas hujah-hujah Ideal Globe Auto so aku ke depan lobi. Tak biasa dengan aircond kuat dalam mall sebab aku orang kampung, marhaen dan biasa kerja di hutan.
Baru aku nak check-check nota aku dalam telefon, tiba-tiba firasat (sumpah tak tipu) menyuruh aku toleh ke pintu Lobi. BIG BOSS IDEAL AUTO RUPANYA DAH 10 TAPAK LAGI NAK SAMPAI KAT AKU.
Aku berdebar sikit. Pasang kuda-kuda ke tanah, matikan screen telefon cepat-cepat. Dia tiba-tiba panggil aku “Abang… Bang… Bang…!” Bukan macam pondan kat Chow Kit tu, tapi lagi seram nadanya. Aku mengadap dia direct, dah dua tapak lagi jarak.. aku mencari kelibat pergerakan kaki depan dia dan siku dia. Tak nampak macam nak bertumbuk. Tapi orang laki-laki tak boleh sesekali lepa, trick orang ni macam-macam.
Aku buat-buat tak cam dia.
Dia datang dekat sambil kata, “Salam dulu bang, salam dulu..” dengan muka tersenyum-senyum. Aku salam dengan dia.
“You keje ape..” Dia tanya tetiba. Soalan yang boleh aku baca nak menterkejutkan aku dan letak aku off guard. Tapi dalam mod berlawan ni kita tak mudah terkejut. Tanya lah siapapun yang ada pengalaman dalam gelanggang tomoi. Kalau tidak memang jenuh makan acah.
“You cikgu…, you salah paham la.. takpe. Saya nak cari orang keje, u nak keje sama saya tak?” Lagi satu soalan untuk aku drop guard dan terkejut secara mental.
Aku hembus asap vape sambil jawab, “Tak mau!” – Ala-ala heroin merajuk dengan hero dalam citer Tamil. Dalam kepala aku, dia ni nak apa sebenarnya nih? Aku sedapkan kuda-kuda aku. Dia ni tgh prepare nak attack ni, agressive dah ada. Deceptive dah ada. Macam style seekor pemangsa dia tengah setup attack dia. Yang aku tak tau, dia nak attack emosi ka, fizikal ka, atau mental? Papehal pun siapkan kuda-kuda dulu. Sat lagi aku salah langkah, tertonggeng aku jugak yang kena dulu.
Dia ulang lagi yang aku salah faham dalam kes ni. Dia nak cari orang kerja macam aku sebab dia tengok aku kerja, bagus, prosedur cantik, salin sana sini apa Presiden Tribunal cakap dan apa pihak lawan (company dia ler) cakap. Dia puji aku melambung-lambung. Ni lagi satu deception nak drop guard aku. Tapi dalam pengalaman hidup aku sebagai orang yang tak hensem, pujian melambung-lambung ni bukannya bagi aku kembang bontot sampai pecah spenda – bagi aku lagi suspicious ada lah.
Aku bagi dia cakap apa dia nak cakap. Aku buat jinak-jinak merpati, tapi takdelah sampai nampak nervous. Apa dia ni nak sebenarnya?
Dia pun teruslah gebang kat aku yang dia selalu naik court, jumpa majistret segala.Dia cakap yang bukan satu workshop saja bawah dia. Dia tunjuk kat aku screen phone dia. Nak tunjuk betapa besarnya dia. Then dia cakap kita mau kawan bukan apa pun….
Aku tanya dia, “You ni sape?”
Dia jawab cepat “Saya OWNER! (Ideal Globe Auto)”
“You itu… C**** *** ah(Nama boss Ideal Globe Auto dalam kad yang kerani dia bagi dulu)?” Aku tanya lagi.
“C***** *** tu bini saye…” Kata dia. “Saya K****, itu workshop saya.”
Leave a Reply