Dugaan Business Kedai Makan – Part 1

Kedai Makan VS COVID-19

Sedikit perkongsian daripada FB milik Puan SITI NURIL AZIMAH yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua untuk bangkit semula
selepas musibah COVID-19 melanda. Banyak pengajaran yang saya dapat daripada perkongsian ini seperti…
1.
2.
3.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca perkongsian penuh dibawah, somoga bermanafaat.

 

Dugaan semasa COVID-19 dan PKP

Siti percaya ramai yang terkesan selepas negara dilanda Pendamik Covid-19 semenjak 2 tahun lepas. Diri ini tidak terkecuali di berikan dugaan. Mata pencarian dari hasil berniaga di gerai sahabat baik saya hilang gara-gara PKP tempoh hari. Duit simpanan habis digunakan untuk menyara hidup sepanjang tempoh itu. Disaat ketandusan duit simpanan, Allah s.w.t ganti dengan rezeki yang tidak putus-putus selepas kelahiran Amil Safwan. Alhamdulillah tidak lah mewah, tetapi kami sekeluarga dapatlah meneruskan kehidupan hasil dari rezeki tersebut untuk menampung perbelanjaan sewa rumah, utiliti dan perbelanjaan dapur sepanjang tempoh PKP.
Siti baru hampir 3 bulan mula berniaga semula di gerai yang sama. Allah s.w.t beri siti nikmat dengan menambah rezeki apabila siti diberikan tawaran untuk menyewa kedai lain di lokasi yang sama bersebelahan dengan gerai sahabat baik saya. Tercapai hajat untuk memiliki gerai sewaan atas nama sendiri di lokasi yang sama.

2018, kami adalah peniaga jalanan menjual Nasi Bajet Berlauk di kaki lima berhadapan rumah org. Pada tahun tersebut, Seremban telah di naik taraf menjadi sebuah bandaraya. Pihak PBT pada ketika itu giat menjalankan aktiviti merobohkan gerai-gerai jalanan yang tidak mempunyai lesen. Mujur sahabat baik saya pada ketika itu memberi saya peluang untuk menumpang sementara di gerai sewaan majlis nya pada waktu itu, disamping menolongnya menguruskan gerai waktu itu.




Alhamduillah hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui betapa bersyukurnya siti waktu itu mempunyai sahabat sepertinya. Sentiasa bantu siti sewaktu siti didalam kesusahan. Pada waktu itu, masih ingat lagi kata-katanya “Betul kew Nurul ko nak meniaga kat situ?? tempat tue tak hidup aku takot ko tak dapat survive nanti”. Siti beritahu dia “Insyallah, aku tgk tempat nie boleh maju geng, aku akan cuba berniaga kat sini dulu tumpang gerai ko, insyallah bila ada kekosongan aku akan cuba mohon dan kita akan sama-sama cuba cari rezeki kat sini”. Setahun juga berniaga di sana, hasil jualan setiap hari tidak sampai pun RM10. Mujur masa tue siti dan suami masih lagi berniaga Nasi Bajet Berlauk di lokasi tepi jalanan yang sama ( 5 tahun berniaga jalanan), dan pendapat dari berniaga Nasi Bajet tersebut dapat menampung sewa gerai pada waktu tue. Masak di gerai, siti dan ayah akan jaga di gerai, suami pula berniaga di Nasi Bajet. Setahun survive disitu, setiap hari sahabat siti akan bertanya perkembangan gerai. Risau sangat dia masa tue.

Nak story sikit pasal lot gerai kat sana. Time tue ade 4 lot sahaja yang berniaga termasuk gerai kami. 1 lot berniaga siang manakala lagi 2 lot berniaga pada waktu malam. Apa yang siti perhatikan pada waktu tue, waktu siang memang susah nak survive sbb tempat letak kereta dan setiap ruang dihadapan gerai penuh berhimpit-himpit dengan kereta-kereta dari pekerja kilang berhadapan dengan gerai. Masa mula-mula berniaga selalu jew bergaduh dengan budak-budak kilang. sbb die org park memang rapat mencium buntut kereta memasing, takde space langsung untuk kereta siti atau kenderaan luar lain nak masuk ke kawasan gerai. Setiap hari siti perhatikan jiran sebelah berniaga. Org yang dtg menjamu selera dari kilang depan setiap hari boleh dikira, x sampai 20 orang pun yang datang makan time tue. So kite org deside mmg x nak berniaga sepenuh masa, kami hanya jadikan gerai sahabat saya nie sebagai dapur masak untuk kami dan sediakan sedikit lauk pauk untuk berniaga waktu tengahari sbb jiran sebelah saya waktu tue hanya berniaga untuk sarapan pagi. Tengahari pula dia menjual nasi bajet ayam rempah kuah kari. Yang sedihnya walaupun kami buka masa tue mmg tiada pelanggan yang datang, kesudahan cerita semua lauk pauk di gerai siti akan hantar ke suami yang berniaga Nasi Bajet. Hari-hari selama setahun begitulah perjalanan kami hari-hari di gerai tersebut.


Tahun 2019, saya dan sahabat dikenalkan dengan Ahli Majlis En Kamarul Ariffin pada ketika itu. Siti dan sahabat menyuarakan masalah kami berniaga digerai tersebut. Masalah utama adalah tiada ruang untuk pelanggan luar masuk ke kawasan gerai dan tiada jalan keluar masuk yang sistematik. Alhamdulillah En Kamarul membantu kami menyuarakan suara kami dan beliau telah berjaya menaik taraf jalan keluar masuk disitu. Selepas ada nya jalan keluar masuk tersebut barulah gerai kami dapat sambutan pelanggan. Kami mula dengan 3 set meja kerusi pada ketika itu..

Siti stop sampai sini dulu. Mood nak menaip dah kelaut si kecil Amil dan mula pasang siren. Siti story disini untuk kenangan siti akan datang. Sbb terlalu byk dugaan siti dan sahabat disana.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*