KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU MACAM MANA BENGKEL2 DAN LONGKAI (CALLMAN) BOLEH MENIPU KORANG DAN TERLEPAS DENGAN PENIPUAN DIORANG – Baca ni.
LINK BHGN 6 – https://www.speedvending.com.my/?p=2033
Kisah Benar Bahagian 7 – BERGELUT DENGAN KEMENANGAN DAN KEKALAHAN
22 Feb 2021 – JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD
Aku bergerak sendirian ke IPK Shah Alam dengan kereta pinjam. Status Covid hari tu masih lagi dalam CMCO Diperketatkan. Jadi kalau aku kena tahan polis kerana rentas daerah, memang aku petik je la nama Puan Pegawai yang suruh aku datang tu.
Sesampainya aku kat IPK tu aku tengok masih ada beberapa Longkai-Longkai bersidai tepi longkang, atas tembok dan kat tempat hisap rokok. Adeiiii…. Bila lah masalah ni nak selesai yer?
Masuk dalam IPK, serah IC di pondok pengawal dan ambil kad pelawat. Pengawal tu tanya, nak kemana? Aku jawab Jabatan Integriti. Dia suruh aku pegang balik IC, nanti Puan minta katanya, sambil menyuakan kalung Pelawat. Besar gedabak ha kalung pelawat pon. Takpe, when in rome… So aku pakai je lah. Terus naik ketingkat 2 dan cari Bahagian Pengurusan – Jabatan Integriti. Kerani bertugas tu tanya “Nak jumpa Puan **** ye?” Aku angguk je. Dia suruh aku tunggu kejap kat sofa.
Dalam 10-15 minit menunggu, aku dipanggil masuk dalam bilik Puan tu. Berkenalan semua dan sebagainya, bagi IC. Dia menaip-naip details aku sambil berbual ringan. Tanya pasal traffic jem, tanya pasal itu ini dulu. Nyatakan tujuan pertemuan dulu… Ice breaking yang bagus juga. Aura sang saka biru tu tak nampak macam nak menggigit aku. Tak nampak defensif, tak nampak agresif. Cuma nampak concerned dengan confident. Syukur… ada jugak Pegawai yang macam ni dalam PDRM Selangor.
Soon, aku nampak dia kemaskan duduk dan uniform dia – sesi interview rasmi bermula lah kot.
Mula-mula Puan tu tanya, macam mana sesi interview dengan AIO tu bermula. Macam mana AIO tu interview aku, macam mana dia nak bagi no longkai kat aku. Dia suruh aku cerita dari awal balik apa berlaku dan sebagainya. Aku cerita je dengan telus apa yang aku ingat. Bukan aku ada recording pun masa tu sebab takkan lah nak syak ditipu di Balai Polis lagi – fatalistic betul dah tu.
Aku send kat Puan tu Kronologi Kes aku dan maklumat-maklumat tambahan lain yang boleh membatu dia membina kes dan menyiasat hubungan AIO ni dan Longkai dengan lebih berkesan. Dia berterima kasih dan janji akan cuba buat yang terbaik.
Aku juga ada maklumkan dekat dia berkenaan dengan Laporan aku yang di Tai Chi ke Tribunal tu. Aku bagi dia salinan apa yang patut. Aku bangkitkan juga, kenapa hal penipuan ni tak disiasat dan tak diambil keterangan terus saja nak keluarkan Rujuk Lain Agensi? Dia kata dia akan cuba bantu walaupun bukan dalam skop kes yang dia handle ni (Skop AIO bersekongkol dengan Longkai je), tapi dia tak janji. Aku angguk.
Dihujung-hujung interview, dia nyatakan yang memang dia tahu ada anak-anak buah dalam Kontinjen dia ni ada yang buat benda tak elok. Aku angguk-angguk. Dalam mana-mana agensi atau cawangan pun mesti ada ketidakpatuhan, kecik atau besar je. Aku angguk-angguk. Jadi memang tugas dalam jawatan dia nak kekang penyakit-penyakit ni dalam PDRM Selangor. Aku angguk-angguk.. Dia juga cakap yang dia percaya, uniform dia tu adalah satu amanah kelebihan kepada dia untuk tolong orang-orang yang memerlukan macam aku. Aku angguk-adeiii sakit tengkuk…. Aku rumuskan, attitude dan aptitude Puan ni memang bagus la dan sesuai dengan fungsi Jabatan yang dia ketuai. Bangga aku ada polis macam dia. Nasib baik dah berpunya. Hahahahaha.
Akhir sekali aku tanya, kalau ada apa-apa tindakan, macam mana aku akan diberi maklumbalas? Dia jawab, samada dia sendiri akan bagi tahu, atau SPRM atau BPA akan contact untuk maklumkan kes dah selesai dan apa keputusan. Tapi mungkin makan masa sikit sebab siasatan dengan tindakan disiplin ni memang ambik masa. Okey, roger Puan.
Terubat sikit luka-luka dihatiku yang tergores dek permainan-permainan semua ni. Okeyyyyyy. Seleshai satu bab.
13 April 2021 – KEPUTUSAN KES TTPM
Hari yang ditunggu-tunggu. Hari Keputusan dibacakan. Aku hadir macam biasa dengan sahabat-sahabat aku, bagi IC dan scan MySejahtera dan ikut SALURAN YAND TEPAT mendaftar diri di TTPM. Belum nampak kelibat mana-mana Penentang. Tangan aku dah standby dengan telefon, nak rakam kalau-kalau dia ambush aku sekali lagi dengan lain-lain offer yang mengancam jiwa atau menghina undang-undang.
Aku ambik tempat duduk didepan dalam Tribunal, malas nak lawan-lawan mata dengan sesiapa. Kebanyakan usaha aku dalam melawan penipuan, kezaliman dan penghinaan kedaulatan undang-undang semuanya bakal berakhir disini, sekejap lagi. Aku rasa agak drained. Aku jarang nervous sebenarnya. Masuk gelanggang ke, masuk hutan ke masuk bengkel penipu ke, memang aku jarang sangat nak nervous. Tapi kali ni aku just letih. Mungkin mental aku dah exhausted kot. Apatah lagi hari ni hari aku kena menerima kekalahan. Aku tak harap pun nak menang award apa-apa. Cuma cukuplah kalau dapat balik kereta aku dan sedikit sebanyak kedua Penentang aku diberikan pengajaran sebagai token bahawa undang-undang masih berkuasa, bukan duit atau pangkat atau apa-apa lagi.
Aku tak sanggup kehilangan keyakinan aku pada undang-undang. Kalau dah hilang keyakinan pada undang-undang ni, lagi baik aku pindah Zimbabwe buat bisnes bengkel dengan longkai kat sana. Tarik kereta-kereta lembu yang eksiden masuk bengkel pokok ceri aku secara tipudaya supaya aku boleh overclaim insurance dia. Aku terer dah kot bab ni sebab dah banyak pengalaman belajar menipu dari penentang-penentang aku. Lepas tu pakcik kayo jadi trillionaire Zimbabwe.
Tapi serius la… Hilang keyakinan pada KEDAULATAN UNDANG-UNDANG ni bawah dua tangga je daripada HILANG KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN bagi aku. Kalau dah tak percaya kat undang-undang ni dah baik pindah je kenegara lain, bagi aku untuk aku sendiri. Hilang kepercayaan kepada PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG tu lain cerita. Memang diserata dunia ada berlaku, besar kecik je kesnya.
Kedua-dua Ideal Globe Auto dengan Lon-G Auto dah hadir.
Bila sampai giliran kes aku, aku dan wakil Penentang-Penentang dipanggil duduk di meja depan Presiden. Presiden pun membacakan mukadimah keputusan, tentang kes, setelah diteliti itu ini bla bla bla dan bla kemudian
JENG JENGG JENGGGGGG
Tribunal memutuskan seperti berikut;
1. Tuntutan terhadap Penentang Pertama (Lon-G) dibatalkan.
2. Penentang Kedua hendaklah memulangkan sepenuhnya kereta ****** kepada Pihak Yang Menuntut tanpa kos dalam tempoh 14 hari dari tarikh award dikeluarkan.
3. Tuntutan Pihak Yang Menuntut mengenai ganti rugi kerugian langsung RM10,000.00, gantirugi hilang guna kereta RM100.00 sehari bagi setiap hari kehilangan guna kereta bermula 14 November 2019, ganti rugi teladan dan lain-lain ganti rugi serta relief lain yang Tribunal fikir perlu sebanyak RM5,000.00 dan ganti rugi kos pindah kenderaan ke Proton Authorise Service, Bukit Jelutong sebanyak RM1,000.00 adalah ditolak.
4. Tuntutan balas Penentang Kedua ditolak.
Kontrak antara Pihak Yang Menuntut dengan Lon-G dibatalkan. Tribunal memutuskan tiada bidangkuasa untuk membenarkan tuntuan gantirugi Pihak Yang Menuntut tetapi Pihak Yang Menuntut boleh membuat tuntutan itu di Mahkamah Sivil, lebih kurang macam tulah maksudnya. Aku tak dapat dengar sangat alasan penghakiman yang dibacakan sebab Setiausaha Tribunal masa tu lah sibuk nak print beberapa dokumen depan kitaorang dengan menggunakan printer laserjet paling bising dalam dunia.
Waw.
Satu bengkel dah terlepas dengan cemerlang. Bersama-sama bengkel tersebut, LONGKAI pun terlepas dari hukuman. Tapi aku masih lagi ada kes jenayah SALAHNYATA DALAM SUBMISSION dengan Pengurus Lon-G tu. Dan LONGKAI pun masih menunggu dia hubungi oleh Jabatan Integriti PDRM utk siasatan.
Yang betul tak puas hati kat sini adalah Ideal Globe Auto la sebab dia tetiba saja terlepas kereta aku, KENA SERAH SEMULA TANPA KOS. Dah la siap dah repair, kan? Dalam 14 hari bekerja, serahkan kat aku balik yer….
Kami keluar, untuk beratur depan Kaunter Tribunal. Nak ambik satu borang yang dipanggil Borang 10. Borang 10 ni adalah borang award keputusan kes, yang dikeluarkan bila kesemua pihak-pihak yang bertikai tu hadir dalam pendengaran sendiri dan menerima keputusan award di Tribunal.
Kalau Pihak Yang Menuntut dah serahkan Borang Tuntutan kepada Penentang, dan Penentang tak hadir dalam pendengaran, Tribunal akan keluarkan keputusan secara otomatik Pihak Yang Menuntut dapat Award. Tapi Award tu dikeluarkan dengan Borang 8 kalau aku tak silap, hanya dikeluarkan bila Pihak Yang Menuntut menang tanpa kehadiran Penentang kesnya. Borang 8 ni kena diserahkan pada Penentang dia dengan syarat serahan sama Borang Tuntutan disampaikan dalam tempoh 14 hari award dikeluarkan. Lagi pulak, kalau Penentang failkan bantahan terhadap Award Borang 8 tu di Tribunal dalam masa 14 hari, kena buat pendengaran semula.
Macam kes aku, Borang 10 sebab kedua-dua penentang gentleman, hadir dalam pendengaran. Serahan Borang 10 ni disempurnakan oleh Tribunal sendiri.
Aku standby jugak menghadapi segala kemungkinan yang Ideal Globe Auto ada merancang kejutan apa-apa kat aku sebab dia kalah kes. Aku nak kata menang kes tu taklah juga. Half-half.
Yang menang dan terlepas ni Lon-G Auto. Jadi diorang ambik award baliklah dengan senang hati dengan precedence bahawa pindah randah kereta orang yang dihantar ke bengkel dia tanpa pengetahuan dan izin dari pemilik ni tak akan diadili. Aku marhaen bukan kayangan dan undang-undang itu berdaulat. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG! Aku kena patuh dan respect keputusan ni.
Lagi pun musuh aku bukan Lon-G atau Ideal Globe Auto mahupun wakil-wakil dia. Diorang ni semua hanyalah contoh apa yang selalu berlaku bila sistem dan penguatkuasaan lemah. Dan aku buat mereka sebagai contoh. Tengoklah, Lon-G sendiri terlepas kan? Adakah dia akan terlepas kalau PDRM atau KPDNHEP siasat betul-betul sebelum benda ni ke Tribunal? Barangkali boleh dituduh di mahkamah jenayah entah-entahnyalah.
Musuh aku yang sebenar aku adalah ketidaktelusan agensi-agensi, kelemahan agensi penguatkuasaan, kelemahan integriti agensi dan serta kereputan perkhidmatan agensi-agensi awam. Bengkel menipu, towkey menipu dan longkai menipu ni sampai kiamat pun akan wujud. Tapi tanpa agensi ni semua, diorang akan berleluasa macam sekarang.
Tujuan aku seterusnya adalah nak kurangkan maharajalela diorang ni, adalah dengan cuba menunjukkan dan membuktikan KEPADA RAKYAT bahawa adanya kelemahan parah dalam agensi-agensi penting tu semua,… dan kemudian rakyat YANG BERKEHENDAKKAN AGENSI YANG SIHAT dan berfungsi tu mestilah mengambil tanggungjawab menjalankan tugas masing-masing macam aku tulis dalam Bahagian 6 lepas, barulah akan pulih agensi ni semua. Kalau berkehendak agensi-agensi reput ni semua, pulih dengan rakyat tak buat apa-apa, itu dah macam minta berlaku keajaiban. Pakai makin lingkup je lah.
Nak diharapkan menteri saja-saja mengoverhaul agensi dan memperkasakan integriti agensi-agensi reput ni sebagai aktiviti masa lapang diorang – TIDAK AKAN TERJADI TANPA TEKANAN RAKYAT. Menteri pun tak mau ambik risiko overhaul jabatan-jabatan ni semua selagi boleh tutup dan hias bagi nampak macam cantik dan berfungsi.
“Encik!..”
Alapak, aku termengelamun rupanya.
Aku bingkas, bangun, ambik Borang 10 dengan mengisi Borang Terima Award. Sempat aku ternampak nama penerima award bagi kedua-dua penentang. Selesai menerima Borang 10, penantian kereta aku bermula.
Dalam Surat Bersama Award yang dikepilkan bersama-sama Borang 10 tu ada menyatakan;
……………………………………………………………….
(1) Tuan/puan hendaklah mematuhi award ini dalam masa 14 hari daripada tarikh
award ini diterima oleh tuan/puan atau hendaklah mematuhi award ini mengikut
tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam award.
(2) Kegagalan tuan/puan mematuhi award ini dalam masa 14 hari daripada tarikh
award ini diterima oleh tuan / puan atau dalam masa yang telah ditetapkan dalam
award, adalah menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 117 Akta
Pelindungan Pengguna (APP) 1999 seperti peruntukan yang berikut:
(a) Seksyen 117(1) APP 1999
Kesalahan Pertama – Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara
selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
(b) Seksyen 117(2) APP 1999
Kesalahan Yang Berterusan – Sebagai tambahan kepada penalti di
bawah seksyen 117 (1) di atas, didenda tidak kurang daripada satu
ratus ringgit dan tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau
sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
……………………………………………………………….
Oooooo Jenayah rupanya. Seksyen 117 Akta 599. Baca punya baca aku kalau tak salah, WALAUPUN MANA-MANA PIHAK INGIN MENCABAR KEPUTUSAN TRIBUNAL DALAM MAHKAMAH MENERUSI SEMAKAN PENGHAKIMAN, PENENTANG HARUSLAH SEMPURNAKAN AWARD DALAM TEMPOH 14 HARI DULU. Lepas tu nak buka kes kat mahkamah, buka.
Zassssssss, Tunggguuuuuuuu…
26 April 2021 –
Dei…. kereta aku mana daaaaaaaa….
Dah beruban segala ceruk aku menunggu. Diorang ni nak cari pasal tak nak hantar kereta aku langsung ke. Gila confident nak lawan perintah Tribunal?
Aku decide nak buat amal jariah kat Ideal Globe Auto – bagi peringatan untuk mengingatkan diorang, takut-takut diorang lupa kereta aku masih bersama diorang. Mana tahu diorang tak boleh move on lagi ke apa ke. Tempoh serahan dalam 14 hari bekerja akan tamat pada 3 Mei 2021. Dah dekat ni.
Aku hantar mesej whatsapp kepada semua contact phone no Ideal Globe Auto yang aku ada. Aku send sekali softcopy Borang 10 dan Surat Bersama Award, aku bagi lokasi dan aku bagi arahan penghantaran. Aku bagitau dia aku akan hantar kereta tu untuk buat inspection lepas dia serahkan.
Tekan send, BLUE TICK. Okey done. Tunggu reply diorang.
3 Mei 2021 –
Dei…. reply aku mana daaaaaaa….
Memang dah nekad dah kot diorang ni hendak INGKAR PERINTAH TRIBUNAL? Reply le paling tidak pun. Ni rasa macam aku bertepuk sebelah tangan dah ni. Memandangkan hari ni tarikh akhir 14 hari, aku decide nak ikut arahan dalam Surat Bersama Award tu untuk buat laporan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP KL.
Hadoi… kena pinjam kereta lagi nampaknya.
Bersambung Bahagian 8…
LINK BHGN 8 : https://www.speedvending.com.my/?p=2039
Leave a Reply