Bengkel kereta dan CallMan menipu dan terlepas dengan penipuan – Part 8

KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU MACAM MANA BENGKEL2 DAN LONGKAI (CALLMAN) BOLEH MENIPU KORANG DAN TERLEPAS DENGAN PENIPUAN DIORANG – Baca ni.
Kisah Benar Bahagian 8 – BERGELUT DENGAN NIAT
8 April 2021 – FLASHBACK..
LAPORAN KEDUA SPRM..
Sebelum tarikh perbicaraan, aku mula buat report pasal Big Boss Ideal Auto nak rasuah aku untuk bantu dia buat tuntutan insurans palsu melalui saman mahkamah. Aku buka sistem aduan online SPRM lagi sekali. Aku semak nota-nota dan isi maklumat berkenaan sehinggalah part pentingnya;
**** (Boss Ideal Globe Auto) telah memberikan tawaran kepada saya untuk membaiki kereta saya secara percuma DAN memberikan kickback wang tunai (dalam bentuk peratusan kemenangan saman kes) kepada saya sekiranya saya ******* bekerjasama dengannya dalam menyaman syarikat insurans kereta yang sepatutnya menanggung kerosakan kereta tersebut, dengan menuntut jumlah yang lebih besar daripada sepatutnya daripada insurans melalui mahkamah. Dia juga mengakui dia adalah King of 3rd party insurance claims kepada saya.”
Okey.. Short and sharp. Tak macam kesilapan aku mengadu pada BPA dulu – terlalu panjang sampai dia berjaya spin ayat aku jadi naratif lain. Tekan send. Dapat Emel pengesahan dari CMS – Complaints Management System SPRM mengatakan aduan aku akan diproses. Saya suke, saya suke! Best betul dapat sistem yang responsif.
19 April 2021 –
Kes dah selesai (tengok bahagian 7). Dah seminggu kes selesai, aku redha je sebab KEDAULATAN UNDANG-UNDANG! Aku sibuk sekejap membanting tulang empat kerat, cari modal. Aku memang cikgu tapi bukan cikgu kerajaan atau cikgu sekolah swasta. Takde gaji tetap dan cuma kutip yuran kelas, tu pun kalau murid aku hadir kelas. Aku mengajar ilmu hutan dan ekosistem, subject tu tak masuk dalam sekolah. Pendek kata, tak de kelas, takde lah rezeki aku. Tapi aku takkan komplen pasal MCO menyebabkan aku takde pendapatan. Keselamatan dan nyawa aku, anak-anak murid aku dari bahana Covid lagi penting dari kewangan aku. So, bila ada masa yang dibenarkan aku pun buka kelas semula – rindu pada kajian aku, suasana hutan, anak-anak murid dan rindu nak membayar bil-bil tertangguh.
Tolonglah jangan kesian kan aku bila aku cakap macam ni. Bukan salah korang pun aku pilih nak mengabdikan diri dengan mengajar ilmu hutan pada anak-anak. Aku pilih sendiri. Ada je kerja-kerja yang lain di offer pada aku tapi aku masih pilih kerja susah macam ni so aku tak terima. Kalau aku nak kaya aku tak buat kerja ni, tapi aku nak ketenangan dan kewarasan. Kerja ni mengajar aku erti kemurnian kanak-kanak yang tak kira bangsa dan agama. Aku tengok diorang bermain bersama-sama dalam sungai dan denai ditengah hutan tanah air diorang. Aku ajar diorang macam mana mengenali diri, mengenali pokok-pokok dan binatang, hidup dalam hutan tetapi diorang mengajar aku kesabaran dan kemurnian. Bahagianya rasa bila tengok masa depan Malaysia dalam diri anak-anak macam ni yang tak prejudis, tak boleh digambarkan.
So jangan kesian kat aku bila aku sendiri nak jadi cikgu marhaen! Aku tak mengadu pasal takde duit nak bayar bil semua, aku mengadu pasal kepincangan sistem dalam kerajaan – CABANG EKSEKUTIF kerajaan. Done rant.
Kes dah tamat tapi aku ada beberapa lagi loose ends yang aku “hutang” untuk diambil tindakan. Aku dah niat nak teruskan selagi daya dan to my suprise, i think somehow still have the strength.
……………………………………………………………………………
OMBUDSMAN PERKHIDMATAN KEWANGAN
Pertama-tama sekali, aku nak ke Ombudsman. Aku nak dengar pengesahan “from the horse’s mouth sendiri”. Sebab berulang kali pihak Tribunal dok ulang, Ombudsman, Ombudsman… Aku pinjam kereta lagi, dengan drebar sekali. Hahahaha. Sampai je aku kat sana, bagi salam dan terus tanya “Where’s your horse, i need to hear something from him.”
Brader yang dekat kaunter tu pun dengan penuh sopan santun dan tatasusila bak tertulis dalam Rukun Negara mengajak aku duduk dan berstory mory. Aku pun bukak cerita, siap beterbangan dengan isyarat-isyarat tangan sekali. Agaknya kalau ada yang boleh baca hand signs tu apa menatang la yang aku cakap sebenarnya eh? Habis cerita, brader Ombudsman pun senyum pahit dan bagi tahu aku apa yang aku dah tahu selama ni..
1. Ombudsman Perkhidmatan Kewangan ni inisiatif Bank Negara saja, bukan Bank Negara sendiri.
2. Ombudsman Perkhimatan Kewangan tidak boleh masuk campur dalam kes ni sebab belum tuntut pun lagi kos kemalangan,
3. Menurut pendapat dia, aku nak tuntut insurans pun dah susah dalam kes ni, kena upah lawyer ribu riban. Sebab Insurance adjuster report tak ada kat aku, tak tahu pun company adjuster mana yang buat.
4. Cuba sembang dengan PIAM dan kalau PIAM tak nak masuk campur jugak, cuba try approach Bank Negara.
Aku ucapkan terima kasih kat brader Ombudsman yang bagi pengesahan. Dalam kepala aku, TAKKAN LA TRIBUNAL TAK JELAS APA BIDANGKUASA OMBUDSMAN?
……………………………………………………………………………
20 April 2021 –
PERSATUAN INSURANS AM MALAYSIA
Esoknya, lagi sekali aku dengan sahabat aku pinjam kereta, bergerak ke PIAM pulak. Now i want to hear from PIAM’s horse. Sahabat setia aku pun zzzZZZoooomm drive… ke Jalan Tun Sambanthan. Aku naik tingkat 3, cakap kat kaunter PIAM tu aku nak jumpa sesiapa yang boleh aku refer untuk penipuan insurans kemalangan kereta.
Aku disuruh turun tingkat 2 sambil dia menelefon seseorang untuk jumpa dengan aku. Aku turun lah tingkat 2. Kat tingkat 2 PIAM tu ada seorang lelaki bernama A jumpa dengan aku. Aku pun tarik nafas panjang-panjang, mula cerita lah. Tetiba dia overtake aku…
“Wait.. wait.. Ini story pasal bengkel tipu you?” Dia kerut dahi.
“Bukan macam tu, I nak tanya you pasal nak lapor penipuan insurans – Ombudsman yang suruh I kesini. Lagi satu I nak tanya, KALAU I NAK BANTUAN CHECK KERETA LEPAS DIHANTAR OLEH IDEAL GLOBE AUTO TU, I NAK MINTA PIHAK MANA CHECK?” Aku cakap lagi, bila Ideal Globe Auto tu serah kereta kat aku, dua persoalan akan wujud – Kerosakan kemalangan yang boleh claim insurance berapa RM? Kerosakan pembaikan tidak betul yang dilakukan Ideal Globe pulak berapa?
Jadi membawa pulak kepada persoalan; Siapa pihak berkuasa teknikal yang akan tentukan benda ni dan boleh diterima di mahkamah? Kereta aku masih entitled untuk claim insurance, tapi damages kereta aku dah tampered dengan pembaikan tak sah dan pembaikan cacamerba dari Ideal Globe Auto.. So kalau benda ni masuk mahkamah; macam mana aku nak buktikan kerosakan mana yang di terima dalam kemalangan (untuk di tuntut dari Syarikat Insurans) dan bahagian mana pulak pembaikan salah tak ikut piawaian yang aku kena tuntut dari Ideal Globe Auto? Kalau ada pihak berkuasa teknikal macam ni yang terima penyerahan kereta aku bagi pihak aku, boleh lah terima pendapat sebagai pihak tidak berkepentingan yang tak menyebelahi mana-mana pihak.
Karang ada rosak itu ini sebab ada SABOTAJ ke apa ke selepas penyerahan, KALAU AKU YANG TERIMA SERAHAN SENDIRI Ideal Globe Auto akan tepis kata aku yang rosakkan sendiri. Risiko sabotaj dan tepis ni hanya boleh dikesampingkan dengan penyerahan kereta aku kepada pihak teknikal yang kompeten, yang boleh check kerosakan kemalangan mana, kerosakan pembaikan tak ikut piawaian yang mana. Suruh aku check sendiri pulak karang kata tak adil.
Pengalaman mengajar aku jangan mudah percaya dan selalu PASTIKAN kedudukan kita dari segi undang-undang itu sebagai solid.
“Itu bengkel semua ada (Pendaftaran) PIAM ke tak?” Katanya merujuk kepada Lon-G dan Ideal Globe Auto. Dia ni dah lost plot kot..
“Itu you nak kena check la sendiri. Yang I tahu Lon-G tu ada registration JPJ, memang legit Proton Body & Paint. And tak kira lah dia ada PIAM ke tak, tapi Proton dah approve dia jadi authorised workship so I hantar sana lah, kereta I kereta Proton.”
“PIAM tak ada kena mengena dalam ni. Kita Persatuan la.. We cannot do anything. So u should talk to insurance company lah.”
Aku menghela nafas panjang, bersabar. Dia mati-mati cakap PIAM tak masuk campur dan aku kena ke syarikat insurance. Aku pulak mati-mati cakap, syarikat insurance tak kenal pun aku sebab aku belum submit apa-apa claims disebabkan tak ada adjuster report dan anggaran pembaikan. Dia belit punya belit, last-last aku mengalah lah.
“Okay, can u write a letter to refer me to the insurance company?” aku tanya lagi.
“Bro, tadi u cakap nak tanya PIAM pasal pendaftaran PIAM bengkel, apa pasal pulak PIAM nak kena keluar surat refer you ke insurance? ” Dia balas sinis.
Aku meletus, “DON”T TWIST MY WORDS! U jangan nak belit. I datang sebab nak buat pertanyaan pasal penipuan insurans dan nak tanya pasal siapa yang i nak minta tolong untuk check kereta I lepas serah – PIAM ada accident forensic ke, ada pihak berwajib yang boleh check ke.. I TAK CAKAP I NAK CHECK PIAM REGISTRATION. YOU YANG TANYA PASAL REGISTRATION. I MINTA YOU SURAT REFER I SEBAGAI PEMUDAHCARA NAK MENGADAP SYARIKAT INSURANCE SUPAYA I BOLEH TANYA SOALAN YANG YOU BELIT TANAK JAWAB!”
Dia sentak sekejap.
Dia jawab pendek. “No we are an association, we don’t write referral letters to our members (syarikat insurance).”
Aku tarik nafas lagi dalam-dalam sambil tenung carpet lantai… Aku tersentap! Aku terkejut yang aku tersentap. Pusing muka ke kanan, aku nampak sahabat aku terbeliak mata tgk aku.
“Okay.. Thank you..”
Aku dgn sahabat bangun dan blah. Apa kena aku ni???? Kenapa aku lost cool NI?
Aku dah tahu dah dia akan belit, tepis dan defensive dan deny. Memang itulah kerja dia. Dia kan orang Persatuan INSURANS AM Malaysia yang dibiayai oleh ahli-ahli dia iaitu syarikat-syarikat insurans sendiri. Secara logiknya MEMANG LA DIA TAK PERLU SOKONG aku. Dia perlu sokong ahli-ahli dia lah, jaga kepentingan ahli dia bukan jaga kepentingan marhaen macam aku ni. Nak kata aku ni customer ahli-ahli dia pun, road tax insurans kereta aku kat bengkel tu dah lama mati, dikapankan dan ditanam. Dah jadi fosil pun. NCD segala benda dah burn dah pun jadi 0% balik agaknya sebab tak hidupkan insurans lama. Tentu sekali kereta dah tak boleh hidupkan roadtax, kena masuk PUSPAKOM balik.
SO KENAPA AKU NAIK ANGIN BILA AKU DAH TAHU SEMUA NI????
……………………………………………………………………………
Perjuangan aku ni untuk merubah sistem korup kah atau aku yang diubah oleh sistem korup ni? Buat pertama kalinya dalam kisah aku ni, aku rasa takut. Aku rasa depress. Apahal.. Kes dah pun berakhir kenapa pulak baru sekarang stress ni semua datang. Will i be a monster when i fight a monster?
Dalam perjalanan kereta kemudiannya tu, sahabat aku bertanya.. “Bro.. so nak ke syarikat insurance? Aku dah ambik cuti penuh harini. Cancel separuh hari.” Baiknye lah sahabat aku sorang ni. Agaknya dia nampak aku bertindak out of character tadi. Tergezut dia.
“Aku rasa aku tak kuat harini. Jomlah kita balik.. Lagipun, marhaen 99% dah giveup pun sebelum sampai peringkat ni kot..” Aku balas.
“Ala.. kan haritu Presiden cakap boleh ambik tindakan sivil pulak. Dia bukan ada kuasa nak bagi pampasan-pampasan tu dalam Tribunal. Dia dah bagi jalan dah tu bagi ko bukak sivil” Dia memujuk..
Aku marhaen. Dia marhaen.. aku berlawan untuk dia jugak, dan berlawan supaya hak-hak rakyat untuk dilindungi oleh kerajaan daripada pemangsa-pemangsa berduit. Tapi marhaen tak ada belas-belas ribu ringgit nak bayar fees lawyer. Nak pergi bersembang konsultasi tu pun by right dia boleh charge kita ratus-ratus. Marhaen macam aku, mak long-mak long, kakak-kakak ibu tunggal, pak cik-pakcik pencen keja gomen era 80an ni biasanya takde kenal lawyer. Aku sumpah belajar sendiri ikut keperluan. Aku takde kawan lawyer yang rapat. Setakat kenal-kenal nama je, tapi takde no telefon. Lawyer ni pun perniagaan, satu business. Bukan satu kewajipan nak tolong aku, lainlah aku disabitkan kesalahan jenayah ke apa ke… itu BAR mungkin tolong. Tu pun tak wajib dia tolong. Kes jenayah ni setahu aku yang wajib tolong bagi pihak memerlukan cuma Jabatan Bantuan Guaman je. Tapi aku nak tanya pasal sivil, bukan jenayah. Sivil = lawyer kena bayar ribu riban.
Aku marhaen takde duit macam tu, JADI TAKDE DUIT KAYANGAN = TAKDE JALAN KEADILAN?
“Jom kita ke BAR Kuala Lumpur. TANYA JE DULU. Tak yah suruh diorang saman ke apa ke. Just tanya nak ambik kereta tu tanpa menghilangkan hak-hak insurance ko je.. takkan lah tu diorang tak tolong..” Dia pujuk aku lagi.
Aku angguk-angguk. Mak, ayah.. saya minta izin mengemis simpati orang. Sedih aku fikir sampai aku terpaksa minta tolong pihak yang tak berwajib nak bantu aku. Macam mengemis! Mak ayah aku tak pernah ajar mengemis. Dia cuma ajar aku jaga hak dan jaga tanggungjawab. Apa dah jadi niiiiii….
……………………………………………………………………………
BAR LEGAL AID
Kereta kawan aku berhenti disebelah bangunan di Lebuh Pasar Besar dekat Padang Merdeka. Aku berjalan sendirian ke kaunter pengawal dan bagitahu nak ke Bar Legal Aid. Dia angguk. Aku angguk.
Aku pun naik ke Bar Legal Aid, Scan mySejahtera dia dan segala dengan guard kat tingkat atas pulak.
Berjalan ikut anak panah berbeli-belit dalam lorong antara bilik-bilik pejabat sehinggalah aku sampai ke tingkap kaunter dia. Macam kaunter ambik ubat kat klinik pulak.
“Salam.. I’m here for some legal aid questions. 🙂
Kerani bertudung tu tengok aku. “Nama lawyer?”
“Takde, saya cuma datang je nak tanya beberapa soalan undang-undang dalam kes saya.” Aku balas.
“Ada surat apa-apa daripada Polis?” Dia tanya lagi.
“Tak, kes saya kes Tribunal, kes sivil.. saya nak tanya beberapa soa…”
“BAR sini cuma buat kes jenayah saja ye cik.” Dia balas ringkas then terus sambung buat kerja dia.
“This is probably criminal also, I am the victim but thats why i nak tanya BAR legal aid – just legal opinions je bukan nak suruh wakil kan saya.” Aku merayu lagi.
Dia tengok muka aku beberapa saat tanpa emosi… “Cik boleh hubungi bantuan guaman lain. Jabatan Bantuan Guaman ke.. BAR Legal Aid cuma counsel untuk tertuduh je cik”… Ada nada tegas tak berganjak dan ada terselit ketidakinginan dia untuk dengar apa-apa penerangan lanjut disitu.
Aku senyum pahit dan berterima kasih.
Aku turun dengan tangga sambil mesej kawan aku bagitahu dah selesai. “Eh, cepatnya! Very competent.” Dia balas.
Aku senyum pahit lagi sebab terlintas dalam hati aku, KALAU AKU BENGKEL ATAU LONGKAI YANG MENIPU DAN DITUDUH POLIS UNTUK PENDAKWAAN, MESTI DIORANG NAK BANTU AKU KAN?
Bukan salah diorang pun. Aku tak kecewa pun sebab memang takde harapan dah nak datang tadi. Tapi kawan aku pun marhaen, jadi dia usulkan tu aku pergi jugak mencuba tagih simpati dari diorang sbb aku pun mewakili kawan aku. Dia ada hak untuk suruh aku terus mencuba.
…………………………………………………………………………..
22 April 2021 – Dapat email dari SPRM..
[SPRM-CMS] Maklumat Terkini Bagi Aduan SPRM/INFO/2021/035116
Assalamualaikum ….
Salam Sejahtera,
Untuk makluman, maklumat tuan telah diterima dan dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) pada 21/04/2021 dan diputuskan maklumat tersebut DALAM TINDAKAN SPRM.
Notifikasi ini dijana secara automatik oleh Complaints Management System.
“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA” “ABHOR CORRUPTION, UPHOLD PRIDE”
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Yeayy… satu progress kecil. Aku senyum
……………………………………………………………………….
Aku risau sebab takde tanda-tanda Ideal Globe Auto untuk menghubungi aku, jemput ke atau berunding ke… Dalam Award Tribunal, disebut –
“PENENTANG KEDUA hendaklah MEMULANGKAN SEPENUHNYA KERETA ****** kepada Pihak Yang Menuntut tanpa kos dalam tempoh 14 hari dari tarikh award dikeluarkan.”
Dia tak suruh aku yang ambik. Dia suruh Ideal Globe Auto yang pulangkan,… CHUPPP… bukan suruh, ini perintah. Sama taraf dengan perintah mahkamah. Tapi aku kena bertimbangrasa la sikit agaknya. Bengkel tu di area Shah Alam nu. Aku pilih lokasi separuh jalan dari Shah Alam ke alamat aku untuk lokasi serahan – Kelana Jaya macam okey la tu. Kalau Presiden tu perintahkan aku ambik kereta aku akan ambik, walaupun susah payah meminjam duit untuk bayar tow truck heret kereta aku.
Kalaulah jadi keputusan lain..dan kalaulah korang baca ni semua, jika Tribunal putuskan aku sebagai mangsa kena dedahkan diri kepada tohmahan dan bahaya nak mengemis semula kereta aku dari bengkel, mesti korang berapi jugak kan? Tapi Presiden Tribunal tu kesian tgk aku dia nak bagi sedikit kelegaan dari sudut undang-undang maka dia perintahkan Ideal Globe Auto yang serahkan. Diorang ada duit, ada tow truck segala. Aku tau, tangan Presiden Tribunal pun terikat dengan undang-undang. Sedikit sebanyak aku nampak niat dia nak bantu aku dalam perintah ni walaupun dia sakit kepala tgk statement kes aku berlambak-lambak.. hahahah… KEDAULATAN UNDANG-UNDANG!
Salah seekor enam jahanam kawan-kawan aku pun datang.. Sebagai wakil rasmi daripada sahabat-sahabt lain menyampaikan satu berita buruk.
“Bro.. I think u should go see a psychiatrist.” Kata dia terus terang lepas dia duduk. Aku terpana.
“Why?” Aku tanya dia.
Dia duduk rapat sikit. Dengan nada serius dia cakap kat aku yang dia dan kawan-kawan lain aku semuanya risau sangat dengan keadaan aku. Kes dah berakhir tapi nampak macam aku semakin tak settle down. Kerap muntah-muntah. Tak tidur malam baca sana sini. Bilik kecik aku bersepah dengan Akta – Akta dan print-out procedures.
“Aku rasa ko tak habis lagi berlawan. Kes ko dah habis tapi aku tak rasa ko akan settle down walaupun ko dah dapat kereta. Ko tengok, muka pun dah macam ikan pekasam…. tak terurus..”
Aku diam je kena leter. Dia leter sebab sayang aku. Aku terima je.
“So kitaorang dah setuju nak kutip-kutip duit sorang sikit nak tolong bayar lawyer fees ko untuk saman Ideal Globe Auto dapatkan balik kereta ko dan kerugian yang ko tanggung. Ada la 3-4 ribu minimum kitaorang mampu. Aku ada dengar sorang lawyer ni macam sanggup fee discount.Takpe, ko takyah risau kalau kalah kena bayar balik.” Dia selamba cakap. Aku berderau darah dengar.
“NO lah! Aku tak mau duit korang.”
“Apsal la ko degil ni bro. Selesaikan kes ni cepat-cepat, supaya semua kembali normal dan ok. Dah ko takde sebab nak depress dah.” Dia pujuk lagi.
“Ko tak paham part ni.. aku tak rasa aku sakit hati pasal Penentang-Penentang aku tak dihukum… Mungkin juga la aku tak senang hati sebab ada tanda-tanda kes ni nak melarat sampai ke Mahkamah dan aku masih tak dapat balik kereta. Tapi kalau korang kutip duit, tolong aku upah lawyer dan tolong aku lawan kat court, korang cuma tolong selesaikan masalah aku.. Masalah pokok nya tak selesai jugak… Aku rasa aku stress sebab aku tau benda ni takkan berakhir. Kes aku selesai, beratus kes lain kena benam dan tak selesai. Ko nak tolong Akak jual Nasik Lemak hujung simpang cari lawyer? Ko nak tolong semua orang yang kes kena tai chi? Sampai bila bro.. tu lah aku stress.”
Dia sandar dan ambik nafas panjang. “AKU TAU NAK TOLONG ko macam mana … Tapi ko ambiklah lawyer dulu, bab masalah pokok tu kita selesaikan kemudian. ”
“No, im sorry bro. Aku tak mau duit sapa-sapa. Bila kereta aku dah dapat balik nanti, aku boleh jual dan boleh buat modal nak saman. Kalau ko buat aku berhutang gini aku yakin aku lagi stress.”
“Kalau benda yang berlaku semua ni menyebabkan aku hilang kereta, biarkan hilang. Eh bro.. kita semuanya keje freelance, kecuali 2 orang je keje gaji tetap. Lepas MCO ni, korang bukan ada duit pon, korang pinjam kan duit tu semua kan? Kan?”
Member aku tu geleng-geleng kepala. Susah nak bertengkar dengan aku ni rupanya. “Gini lah… kalau ko tak setuju pasal duit pun, paling kurang ko pegi sembang dengan si ****. (Nama sorang psikiatris yang berkawan dengan kitaorang). Aku tak mahu la ko depress macam ni bro. Karang melarat susah.”
Aku angguk-angguk. “Toksah nak meminjam atas nak tolong aku macam ni. Lagi aku stress karang.” Aku tutup perbualan. Dia angguk dok sibuk-sibuk text orang, entah sapa la tu. Report kat 6 jahanam lain le tuh. Apa punya kawan, nak tolong kawan susah tapi sampai menyusahkan diri nak meminjam-minjam duit bini lah, duit abang lah… apa punya kawan. Sobs….
Esoknya… aku dengan dia gerak jumpa Dr ****. Dia tinggal aku kat depan restoran. Jumpa pun tak rasmi sebab aku bukan patient dia. Cuma aku pun setuju nak jumpa psikiatri sebab nak tahu, apakah punca dia yang sebenarnya menyetresskan aku. Itulah sahabat. Aku bersyukur dengan sahabat-sahabat macam ni.. Bersahabatlah yang membawa kepada kebaikan.
Apa yang Dr tu cakap dengan aku beberapa jam tu biarlah P&C.. banyak cawan jugak kopi menjadi mangsa kitaorang.
Take home message dari pertemuan tu adalah… selagi aku tak faham sistem korup berdekad ni, dan tak yakin ia boleh diubah selagi tulah aku tertekan. Macam aku takut dengan ular, jadi aku belajar tentang ular sampai faham semuanya dan tahu mana yang bahaya dan mana yang tidak. Semakin aku faham tentang ular, semakin hilang herpetofobia aku.
Akhirnya dia bantu aku tetapkan nawaitu aku (niat). Niat sebenar secara tak sedar ni kadang-kadang tak jelas dalam minda sedar kita. Apa niat sebenar aku berjuang melawan? Aku tak nak depress! Aku nak memahami semua ni supaya aku boleh proses dan supaya aku boleh tidur.
Aku cerita semua tu kat kawan aku lepas dia datang ambik aku. Macam budak sekolah cerita kat abah dia apa yang dia belajar kat sekolah tadi.
——————————–
5 MEI 2021
PEJABAT KPDNHEP Kuala Lumpur.
Aku tulis surat laporan kepada KPDNHEP berkenaan Ideal Globe Auto tidak patuh perintah Tribunal dalam Award.
Buat 4 copy. Dalam Surat Bersama Award ada arahan untuk buat laporan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP dan harus bagi salinan kat Tribunal. EMPAT salinan, sebab dua tempat nak kena hantar pemberitahuan dan dua-dua kena ada bukti penerimaan.
Kalau korang buat surat kerajaan ke apa ke yang kena serah dari segi undang-undang, adalah amat kritikal kena ada satu copy kat korang. Copy korang simpan ni KENA ADA BUKTI PENERIMAAN pihak yang dialamatkan tu. Bagi dia dua-dua copy korang, dan suruh dia sain satu copy bubuh tarikh. Copy yang dia sign tu AMBIK SEBAGAI SALINAN DAN BUKTI PENERIMAAN. Kalau tidak pihak yang dialamatkan tu boleh tepis dan tai chi je macam “Eh… takde terima apa pun???” Aaaaaacana tu? Tak pun dia cakap, “Ade terima Pos Daftar, tapi sampul kosong jer dalam. Takde surat pun?” Haaaa pishaaaang.
Sampai je kat KPDNHEP tu, aku bagi petugas kaunter tu dua-dua copy. Dia baca kejap. Aku terangkan yang kes aku ni Penentang tidak patuh arahan Tribunal. Lepas beberapa lama, dia paham. Dia pun tunjuk satu QR Code kat meja tu. “Encik snap QR Code ni, dan isi borang dalam tu.” Aku pun yer kan je lah. Surat tu dia tak cop terima lagi.
Aku isi Borang tu.. UMANG AI… Panjang nye lah soalan-soalan.
Bagi korang yang nak buat aduan Penentang tak patuh arahan Tribunal macam aku ni, siapkanlah semua maklumat-maklumat berkenaan kes korang macam masa mula nak buat aduan dulu… Daripada tarikh korang failkan borang tuntutan TTPM, Nama syarikat Penentang, No Syarikat dia, sampai la macam mana korang kenal dengan Penentang, kenapa buat tuntutan TTPM kat Penentang, No telefon penentang, bila last korang contact Penentang.. hadei….
Takde sistem yang bersepadu ke diorang ni dgn TTPM? Ke diorang ni nak redundant utk check consistency keterangan maklumat Pengadu je?
Dah siap aku isi borang Google Form aduan tu aku maklumkan kat akak petugas kaunter tu. Aku Screenshot semua keterangan yang aku bagi kat situ, supaya nanti aku ada copy dan bukti. Aku takut kalau keterangan aku diputarbelitkan. Lepas screenshot baru aku submit. Aku dah serik dan tinggal dua kali bersin je lagi nak sampai level paranoid berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan nih. INI KALI LAHHHH.
Akak tu call sana sini cakap dengan seseorang pasal kes aku ni. Rupanya Ketua Pegawai Penguatkuasaan tu takde kat pejabat. Seorang lagi petugas dalaman KPDNHEP bawa keluar satu surat, yang ada keterangan-keterangan aku tadi dari google form. Suruh aku baca dan sign. Sikit je berbeza dia. Rupa-rupanya google form tu sistem keterangan automatik! Fuhh… Dia terus import je dari google form tu ke kertas keterangan. Aku baca semua dan takde masalah sangat. SNAP gambar dulu keterangan dalam surat ni semua. Kang diputar alam pulak.
Lepas sign je surat keterangan KPDNHEP tu aku terus je dapat satu surat lain yang mengesahkan aku dah buat aduan tersebut. Copy keterangan aku tak dapat. Ini memang aku dah tahu, sebab tu aku snap gambar dulu semua tadi.
Aku pujuk pulak kakak petugas kaunter tu tadi nakkan bukti penerimaan copy aku. Dia cakap yang surat ni tak perlu hantar dah, sebenarnya. Aku cakap je nanti kalau nak libat lawyer dia nak bukti aduan kukuh dah hantar. Akak tu akur jer. Dia cop, aku check tarikh dan aku blah.. Misi berjaya!!!!
Aku beredar dan rendezvous dengan sahabat aku yang tolong aku hantar salinan kat Tribunal dalam masa yang sama. Kan aku marhaen takde kereta?
————————————————————
*hb Mei 2021..
Seorang sahabat lama aku whatsapp call aku. Terkejut beruk ai. Dah lama dia ni menghilang atas sebab kerja. Dulu dia ni pun sebahagian dari geng-geng 6 jahanam.
“Elo, beruk.. demo ado rumoh?” Dia buka ayat..
(Hello sayang, U ada kat rumah ke?)
“Aku ada.. awatnya?”
“Haaa… standby kopi. Kawe dekat doh ni.” Dia balas, terus letak telefon.. haihhhh apa hal ni?
10 minit kemudian aku jemput dia kat bawah. Pakai jaket tebal, tapi aku nampak dia pakai uniform. Pegawai polis ni memang dia tak suka tunjuk pangkat dia kat public. Ada peraturan diorang lah kot nak elakkan salahguna kuasa. Tak panas ke bhai….
Nak salam peluk tak boleh, so aku bawak dia kat atas sambil jinjing beberapa tin Kopi Wonda dalam beg plastik.
Lepas dia dah duduk, baru dia buka jaket. Terserlahlah uniform dengan paku-paku segala. Dah makin lama dah paku-paku tu, bila nak membiak agaknya.
“Hang nak gari aku ka bhai?” bertanya nakal.
“Kecek supo bodo, demo..” Dia berseloroh. “Kawe kijo harini. Meeting”
(Ko jangan cakap macam orang bodoh) (Aku kerja la harini, meeting.)
“Kawe buleh tahu, demo nok nulih pasa kes demo..”Dia direct to the point.
(Aku dapat tahu ko nak viral kan kes kau.)
Aku angguk je. “Ya.. tengah kumpul nak tulis cerita lah ni. ”
“Kalu demo keno gapo-gapo sanggup ko”
(Kalau ko kena apa-apa tindakan ko sanggup ke?)
Aku reply dengan senyuman je. “Hang kenai aku lama dah.. hang tau sendiri la.”
Dia mengeluh beberapa kali… “Payoh set gedebe ginih.. Kawe ado mendo nok royak ko teddy bear demo.”
(Susah lah dengan perangai kau ni. Aku ada benda nak cerita kat teddy bear engkau.)
AITTTTT….? Teddy bear? Aku tak paham.
Dia kenyit mata. “Pasa mendo ni kawe dokleh ceghito ko demo.”
(Sebab benda ni aku tak boleh nak bagitahu engkau.)
Aku faham.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*