KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU MACAM MANA BENGKEL2 DAN LONGKAI (CALLMAN) BOLEH MENIPU KORANG DAN TERLEPAS DENGAN PENIPUAN DIORANG – Baca ni.
LINK BHGN 8 : https://www.speedvending.com.my/?p=2039
Bahagian 9 – BERGELUT DENGAN errr… TEDDY BEAR!
Member aku tepuk-tepuk Teddy bear aku yang tertonggeng sebelah dia atas lantai, macam tepuk anak dia tidur. Aku peratikan je. Jangan buat hal pegi sentuh Teddy bear aku pelik-pelik dah le.
Letih Teddy bear aku bertanya soalan-soalan. Susah kan nak jadi penyiasat macam Teddy bear? Tanya sana, tanya sini, lepas tu call sana, call sini… bukti susah nak dapat, sebab semua orang yang bercakap takut dikenakan hukuman berkata benar. Dua tiga orang dah Teddy interview hari tu. Interview dari Longkai, bengkel sampailah Polis. Teddy pun keletihan.. Aku tak masuk campur sebab ini luahan antara hati ke teddy.
Dalam sejam lebih dia berwawancara semasa dengan teddy bear, aku pun letih la jugak. Letih susun bahan-bahan nota, fakta dan lain-lain…. Aku biar je dia bercerita dengan teddy sambil teddy bear tu mengangguk-angguk
Gumpalan dalam hati member aku pun selama berbelas tahun kerja agaknya terlepas, bila dah luahkan semua kat Teddy bear. Aku syak ada yang tak kena dah tadi, rupanya memang banyak pun yang tak kena. Rupa-rupanya setan-setan 6 jahanam lain dok update dia pasal kes aku tanpa pengetahuan aku. Paaaaaaaaatutla konfiden je setan tu bagitahu aku ‘Aku tau nak tolong ko macam mana…’
Tapi, the 6 jahanam follow the gentlemen’s rules.. selagi tuan badan tak minta tolong, walau bersahabat pun tak boleh tolong. Offer boleh, show support boleh tapi jangan ditolong. Tak caya tanya la kaki-kaki gym mana pon masa dia tengah angkat besi. Hati jantan ni ego dia pelik sikit. Jadi bila aku setuju 6 jahanam tolong aku barulah diorang bingkas melaksanakan rancangan membantu aku cari maklumat. Hahahahaha.
Tapi still, ada benda tak kena. Dalam dok menghormati malaikat yang lalu kat situ beberapa minit, aku tengok riak muka sahabat aku. Ada riak muka macam lega sikit. Ni muka depress ni. Aku kenal la, muka aku pun macam tu jugak. Apa yang bermain dalam hati dan kepala dia ni? Agaknya dia perasan kot aku suspect something dengan mood dia. Dia bikin eye contact dengan aku. Aku kenyit mata kat dia sambil buat flying kiss.
“ B*BI nate nih.. hahahahahaha” Dia gelak pecah perut. Okey, malaikat lalu dah terbang pi, terkejut dengan gelak besar dia. Dia bangkit duduk, ambik tin kopi.
Aku agak, dah boleh shoot soalan dah ni pasai motif dia.“Hang mai bagi interview benda ni kat teddy bear aku pasai apa wei… tak dak ka teddy bear lain yang hang berkenan dah..”
“Ahh.. demo keno ni besabit nge Pulis gok asa dio tuh.. dah mendo dok beto.. (Sebab ko kena ni, asalnya dengan Polis jugak, dah benda tak betul..)” Dia menipu kering. Cilaka sungguh Cina sekor ni. Member baik pun nak tipu. Tadi boleh pulak cakap straight.
“Cakap terus terang la bhai.. Hang nak berenti dah kan, sebab tu kan?” Aku meneka.
Dia melunjur kaki sambil kemudian menggeliat tersengih-sengih. Mata sepet dia tu makin sepet, boleh di blindfold dengan getah urat bila dia senyum gitu. “I think so lah.. hahahaha. Toksey doh.. (dah tak nak dah lah).”
Dia sambung lepas menguap, “Tired…But also… if there is someone that can help changing things, you’d be the one with the balls to face consequences.”
Thank you for the compliment but.. Hurmmmm… Consequences.. Risks versus rewards.
Member aku bingkas bangun, angkat kening macam mencari sesuatu. “Sana tu, jamban tang tu.” Aku tunjuk dengan mulut muncung.
Dia seluk poket, KELUARKAN BERET LETAK ATAS MEJA baru berjalan laju ke tandas. Sebab kat beret tu ada cap badge (lambang polis) kot. Mungkin jugak disiplin dia yang diajar dari depot kot. Hahahaha..
Aku teringat betapa tabahnya dia masa dalam latihan dulu. Anak orang senang tapi murtad kepada tradisi keluarga, entah turun DNA sesat mana ntah timbul benih patriotik lepas membaca kisah pengorbanan operatif SB-SB lagenda yang menyelinap dalam kumpulan pengganas komunis dulu selama bertahun-tahun sampai mereka berkorban. Dia sedar dari awal yang sesiapapun dari kaum dia takkan jadi Ketua Polis Negara. Sama lah macam dalam perkhidmatan tentera ke apa ke pun…. Dekat depot latihan, dia la yang teruk berbanding orang lain, tambahan pulak sebab dah biasa hidup senang. Tapi dia mati-mati naaaak jugak jadi Polis. Kalau tanya dia sendiri, tobat takkan mengaku sampai mati yang dia patriotik. Tapi cap badge beret dengan kalimah “Allah” “Muhammad” yang di letak atas meja sebelum masuk jamban itulah saksinya. Kesukaan dan kefasihan dia dengan loghat negeri cek mek molek itulah buktinya, sehinggakan bila berdepan dengan dia aku pun terikut megah bercakap loghat utara. Puak puak dia ni kalau nak masuk Polis atau tentera sekurang-kurangnya kena DUA KALI GANDA PATRIOTIK berbanding bumiputera. Sebab masuk-masuk je dah ada disadvantages.
Sesuai dengan tenet geng 6 jahanam; KNOW ONE, BY ACTIONS AND DECISIONS. NOT BY WORDS. Sembang kari pung-pang-pung-pang siapa pun boleh. Tapi kita boleh kenal orang tu dengan keputusan yang dia ambil dan dengan tindakan yang dia buat. Keputusan dan tindakan seseorang tu tak pernah tipu, walaupun mulut dia tipu.
Sekarang apa jadi…? haihhhhh..
Pintu tandas berketak bila kunci dibuka. Lepas dia keluar tandas, dia pun nak balik dah. Kerja ke, balik rumah ke aku tak tahu.
Dia pesan kat aku supaya jaga diri elok-elok. Dalam dia bersalam dengan aku tu dia pesan dengan tagline kitaorang lama dari zaman lama dulu… “Always a f*cker, never a w*nker.” Giliran aku pulak gelak besar.. Lama tak dengar mutiara kata nih!
Maksudnya “Nak buat apa pun, buat betul-betul, jangan pura-pura buat yang betul.” – dalam bahasa kurang ajar kitaoranglah.. hahahaha..
“Goodbye, f*cker..” Aku tengok dia berlalu pergi. Seorang lagi yang jujur itu gugur tak lama lagi. Sungguh pun tak sedarah dengan aku tapi dia sanggup mengambil risiko dia demi mendidik marhaen dengan membantu siasatan Teddy. Syabas, 6 jahanam.. Teringat lagi satu mutiara kata “THE BLOOD OF THE COVENANT IS THICKER THAN THE WATER OF THE WOMB”
Teddy bear melambai-lambai kat dia.
……………………………………………………………………………
9 MEI 2021..
Aku nekad.
Polis akan datang cari aku.
Gangster Naga Misai akan datang cari aku,
Ayahanda, Abahanda, Nenda-nenda segala akan cari aku,
Lawyer-lawyer kayangan akan cari aku nak saman….
Aku pejam mata bayangkan keadaan dalam lokap. Meja soal siasat dan getah paip.
Aku bayangkan Pak Menteri “Saluran yang tepat” keluarkan kenyataan betapa bahayanya “menyebarkan fitnah” terhadap agensi kerajaan.
Aku bayangkan kenyataan IGP polis serta KSU KPDNHEP yang menidakkan perkara ini sudah endemik dalam pasukan dan hanya wujud KES-KES TERPENCIL macam ni, dan cliche Polis dah BUKA KERTAS SIASATAN.
Aku bayangkan ketua-ketua persatuan Longkai berkumpul membuat protes, mengutuk aku yang aku membuat fitnah pukul rata sampai terkesan rezeki orang melayu sendiri.
Aku bayangkan lawyer-lawyer plaintif kayangan yang menyaman aku tu behujah menentang aku dalam afidavit dan dalam mahkamah dengan kata-kata lincah dan dengan penyampaian yang membuatkan ayah-ayah mereka yang juga lawyer tua bangga.
Aku bayangkan aku bankrap. Tandatangan notis kebankrapan sebab dari kereta aku, sampailah motor buruk aku yang tak boleh jalan, hingga ke barang-barang camping dan jungle boot aku dijual sebab nak membayar kepada plaintif-plaintif kayangan yang saman aku.
Aku takut.
Kemudian aku bayangkan aku give up, dapat ambil kereta dan aku diam dengan kezaliman semua ini terhadap marhaen sehingga lah aku tua. Aku bayangkan yang aku mati tua dengan ‘aman’ tanpa di bankrapkan, tanpa diganggu oleh gangster, tanpa diugut-ugut oleh ayahanda dan anak-anak buahnya dan tanpa di kutuk-kutuk menteri. Tanpa facebook aku kena hack, tanpa orang korek semua rahsia sulit dan tak sulit aku didedahkan dan dicerca untuk balas dendam pada aku.
Dan setelah hidup “aman” sampai tua lalu aku mati, mengadap Yang Maha Esa, mengadap dengan mak ayah aku , aku akan nampak muka-muka kecewa dengan aku sebab AKU RAKYAT KORUP!.
Ini lebih aku takut!
Antara ciri Pihak berkuasa yang korup ni, ambik duit penjenayah membantu diorang dalam tujuan jenayah..
Antara ciri sistem keadilan yang korup ni, ia menyusahkan pencari keadilan…
Antara ciri kerajaan yang korup ni, adalah proses yang tak telus dan menutup aib sana sini…
Antara ciri kayangan yang korup ni, adalah membutakan mata memekakkan telinga dari masalah marhaen….
Antara ciri RAKYAT MARHAEN YANG KORUP ni apaa????
Ayahku akan jawab – DIAM DAN TAKUT DIDEPAN KEZALIMAN.
Aku sebak lagi… Aku tak mahu jadi rakyat yang korup. Dalam hidup aku berjuta kesalahan aku buat dan tak dapat aku tebus lagi dah, aku cuma mampu mohon ampun maaf pada diri sendiri sekarang ni. Tapi sekarang ni aku tak mahu menjadi sebahagian punca agensi-agensi berani menjadi korup. Aku mahu menjadi penyebab agensi-agensi ini di teluskan prosedurnya dan dibunuh korupsinya. Aku mahu menjadi secawan penawar dalam hal ini, bukan setitik racun macam rakyat korup yang lain. DALAM SATU PERKARA INI SAHAJA, biarlah aku jadi pembaris…
Biar marhaen lain korup. Aku tak mahu korup, jadi kena bangun menentang habis-habisan bila ‘diberi peluang sekali seumur hidup’ macam ni.
———————————————————
Aku memasang NIAT….
SAHAJA AKU MENULIS PENGALAMAN AKU DENGAN MAHARNYA HARTAKU DAN HIDUPKU DAN MASA DEPANKU KERANA MARHAEN…………..
BUKAN KERANA AKU NAK FRIENDS DALAM FACEBOOK UNTUK JUAL BARANG ATAU PERKHIDMATAN…
– aku tak nak jual apa-apa atau promote servis apa-apa kat korang. Aku tak approve pun kebanyakan FRIENDS REQUEST yang korang hantar kat aku. Aku minta maaf kepada ribuan orang ni, bukan aku sombong tetapi aku nak jaga kemurnian niat aku takut menyimpang. Aku nak jaga KEIKHLASAN aku supaya NIAT aku tidak diputar belit, dipersoalkan dan ditukar naratif oleh pihak kayangan dalam strategi defensif mereka.
BUKAN KERANA AKU NAK JADI HERO MACAM RAJINIKANTH DALAM CERITA TAMIL…
– aku tak nak jadi hero. Sesapa yang memerlukan seorang hero itu adalah seorang yang menyedihkan. A country that needs a hero means the countrymen are cowards. Jadi aku nak jadi cikgu kepada hero-hero negara. Cikgu yang mengajar marhaen melawan korupsi sebagai individu mereka sendiri. Kita semua perlu menjadi berani sehinggalah hero tak diperlukan pun dalam negara kita. Marhaen tidak boleh bergantung kepada agensi semata. Marhaen kini tidak boleh bergantung kepada ahli politik. Marhaen perlu bergantung pada satu sama lain dan pada ilmu pengetahuan dan PENGALAMAN. Maka inilah aku akan dedahkan semua pengalaman yang aku tempuh supaya bakal-bakal hero marhaen ini akan membiakkan hero-hero lain dan beranak pinak. A COUNTRY OF HEROES NEEDS NO HERO!
BUKAN KERANA AKU NAK BERTANDING POLITAIK…
– aku benci politik dan aku benci permainan politaik. Sembang lain buat lain. Moga aku dijauhkan dari politaik. Ya sungguh, aku kenal sangat dengan politik dan aku juga pernah dijemput menjadi sebahagian dari tangki-fikir untuk parti politaik. Tetapi aku MENCI MENCI MENCI! Kerana politaiklah negara ini menuju kehancuran. Aku tak mau menjadi sebahagian itu. Kalau korang nak tahu, guideline politik paling kerap sekali digunakan dalam negara ni adalah “POLITIC IS THE ART OF DELAYING AN IMPORTANT DECISION UNTIL IT IS NO LONGER IMPORTANT.” Delay, delay, delay until it no longer matters, then pretend to take action for political points. Tak kira lah parti mana pun. Harapan aku dalam politik Malaysia hanyalah disandarkan kepada golongan-golongan muda yang TELUS dalam pendirian mereka dan belum terjebak dengan mabuk kuasa dan sogokan wang-ringgit billion-billion dalam tu. Ahli politik yang takut kebenaran dinyatakan dan takut menyatakan kebenaran tu sepatutnya korang dah dapat cue dia ni bakal masalah, bukan pasal parti atau apa pun tapi pasal takut dengan kebenaran.
BUKAN KERANA AKU NAK ORANG NAMPAK NILAI AKU DAN BAGI AKU KERJA…
– aku dah ada kerja. Kerja aku adalah ibadah aku. Kerja aku yang aku bangga, suka dan sayang. Aku cikgu marhaennnn!
BUKAN KERANA AKU NAK POPULAR SUPAYA KELAS AKU LAKU….
– kelas aku hanya dibuka kepada anak-anak sekolah. Mereka lebih suci dan murni, senang dididik supaya menjadi manusia dan masyarakat lebih baik dari generasi aku. Bagi dewasa pulak, aku hanya mengajar ahli-ahli sains lapangan dan mereka yang membawa obor perjuangan aku untuk menyelamatkan hutan. Mereka inilah yang perlu masuk hutan, mengkaji, mendokumentasi dan menjaga hutan kita. Maka ilmu aku amat penting bagi mereka. Malangnya universiti-universiti di Malaysia sendiri pun tak berminat, kebanyakannya dari negara-negara barat yang berminat nak melatih ahli sains mereka dengan kompeten dalam ilmu hutan. Takkan nak harap agensi kerajaan jaga hutan? Orang lain aku tak ambil buat kelas, saya minta maaf.
BUKAN KERANA AKU NAK DISANJUNG ATAU DIPUJI…
– aku dah cakap dalam artikel lepas.. aku tak suka disanjung dan dipuji sebab tabiat aku sebagai orang tak hensem, aku akan lebih suspicious dengan pujian. Lagi satu aku tanak dedahkan aku siapa. Aku cuma Cikgu Jungle Man yang akan hilang selepas usai aku nyatakan semua yang aku nak nyatakan. Tak perlu kenal wajah aku. Tak perlu cari nama aku. Bagi sahabat-sahabat dan friends aku, tolonglah JANGAN DEDAHKAN IDENTITI aku. Aku tak mahu jadi sanjungan sebab itu boleh menjatuhkan NIAT dan KEIHLASAN aku. I am marhaen. Itu saja! Actions and Decisions, not by words.
BUKAN KERANA AKU NAK DUIT MARHAEN!
– aku mohon ampun dan maaf kepada setiap seorang yang aku tak layan kerana nak bagi sumbangan pada aku. Aku tidak boleh terima duit marhaen. Aku berjuang untuk marhaen. Menerima sumbangan dari marhaen boleh membawa kepada keruntuhan NIAT dan KEIHLASAN aku.
Aku nak duit bengkel-bengkel tu, bukan duit marhaen. Diorang masih BERHUTANG dengan aku! Aku nak tuntut setiap sen kerugian aku dari mereka sebab mereka tak paham benda lain, hanya duit sahaja lah sembahan diorang. Kalau aku tuntut permohonan maaf pun tak jadi apa. Jadi aku tuntut lah apa yang diorang puja-puja sangat tu supaya menjadi pengajaran bagi diorang dan makhluk-makhluk lain yang sewaktu dengannya. Melalui undang-undang, duit yang diorang kalah tu boleh bagi pengajaran besar kepada diorang. Hutangnya adalah kereta aku! Hutangnya adalah seratus ringgit setiap hari kos korang “sewa” kereta aku! Hutangnya adalah kerugian terus pembaikan salah dan hak pembaikan insurans aku! Hutangnya adalah gantirugi teladan, gantirugi emosi, fizikal dan mental aku dan lain-lain relief yang Mahkamah fikir perlu! Aku nak tuntut setiap sen sampai bengkel-bengkel lain semua TAKUT MENGGELETAR nak mengulangi taktik yang korang buat pada aku!
AKU NAK TUNTUT SEBAGAI MARHAEN!
AKU NAK MENANG DENGAN STRAIGHT AND CLEAN FIGHT!
AKU NAK BUKTIKAN KEPADA MARHAEN MALAYSIA YANG UNDANG-UNDANG BAGI MARHAEN ITU WUJUD DAN MASIH BOLEH DISELAMATKAN!
AKU NAK SELURUH INDUSTRI INI TAKUT DENGAN MARHAEN!
Dan aku akan ceritakan segala-galanya kepada marhaen supaya perjuangan dan pengorbanan bakal membiakkan beratus-ratus lagi marhaen yang akan mengubah industri dan agensi.
Berdasarkan niat dan kenyataan tersebut, aku nyatakan aku tak mau ada conflict of interest yang boleh menjatuhkan NIAT dan KEIHLASAN aku.
Bukan aku takut menerima sumbangan tu dijadikan bukti untuk mengenakan aku – aku memang akan dikenakan sesuatu oleh salah satu pihak-pihak yang tergugat dengan pendedahan ini. Aku pasti kerana di kala ini memang agensi-agensi dan menteri sekalian kita sangat agresif-defensif.
Tapi janganlah buka sekelumitpun ruang untuk kaum-kaum kayangan ni naratifkan pengajaran ini menjadi cerita “dia ada agenda kepentingan diri”. Memang la ada agenda… tapi agenda aku adalah mendidik rakyat marhaen yang kau biarkan bodoh dan lemah dan tanpa perlindungan. Kepentingan marhaen adalah kepentingan aku juga kerana aku marhaen.
Aku buat semua ini kerana marhaen. Jadi aku akan berlalu pergi dengan senyap dan tidak dikenali selepas selesai aku sampaikan kebenaran dan pengajaran tentang permainan mereka ini semua kepada marhaen, serta menunggu untuk membayar harga pengorbanan pendedahan ini.
———————————————————
Berbekalkan sebatang pena dan sebuah laptop Thinkpad T410i, aku pun mula menulis. Mula-mula tu senang menulis. Tulis je apa yang berlaku. Ok best, senang.. taip, taip, taip… Tengok Kronologi kes, taip-taip-taip… Lancar je.. Bengkel tipu aku, taip.. taip.. taip.. Longkai macam tipu aku, taip taip taip.. takde masalah langsung. Tulis je fakta apa yang berlaku dengan selitkan emosi amarah sikit, apa susah. Takde perasaan pun.
Buat police report pasal kena tipu Lon-G, Longkai dan Ideal Globe Auto, taip-taip taip….
Aku check nota-nota aku lagi. Lepas tu aku berhenti.
Nota kronologi, tertera; “Panggilan IO Laporan Polis penipuan…”
Aku teringat kata-kata IO yang call aku tu dan tai chi tanggungjawab dia kepada marhaen macam aku. Terbayang pulak marhaen lain yang dia call untuk tujuan sama dan kes sama. Kena tipu dan kena tai chi tanpa memperdulikan natijah perbuatan dia. Otak aku yang terlebih imaginasi ni terbayangkan pulak orang-orang tua yang nak tuntut hak mereka dari polis tu diketepikan dengan nada dan ketidakpedulian yang sama. Adeiiiii…. Aku sebak.
Aku stress agaknya ni. Tadi ok je menaip? Baca je, ikut kronologi dan tulis.
Aku sambung lagi, gagahkan jugak. Tapi bila sampai part nak tulis depan kaunter Tribunal, (bahagian 1, masa aku nak taip ‘AITTTT’). Aku breakdown. Semua emosi yang aku rasa sikit demi sikit, kecewa dan makin kecewa, harapan dan keyakinan aku pada undang-undang di hiris sikit demi sikit sepanjang perjalanan kes aku ni semuanya datang semula dengan serentak….
Masa kejadian sebenar berlaku, dari satu-satu pengalaman yang menyakitkan kepada lagi satu perkara yang mengecewakan, paling tidak pun ada la selang beberapa hari. Tapi bila menulis ni, semua emosi tu berulang semula tanpa ada selang masa, sekadar beberapa saat dengan beberapa minit.
Emotional roller-coaster, the most intense roller-coaster I’ve been on.
Dah dekat nak raya. Tapi aku tak ada mood raya. PKP pulak tu, tapi takpelah. Aku kunci semua pintu dan tingkap… Aku gagahkan juga tulis 3 bahagian. Daripada bahagian mula sampailah bahagian buat report dan hantar Borang 1 TTPM.. Banyak kali aku berhenti sebab bouts of pains dalam mental dan emosi terkenangkan betapa efektifnya SALURAN TEPAT pak Menteri.
9 MEI 2021.. 5.30PM – Selesai menulis 3 bahagian. Seksanya tak tahulah nak zahirkan. Macam-macam bergelut dalam kepala aku. Akhirnya selesai juga 3 bahagian untuk aku post di facebook.
Aku mula post 3 bahagian tu di facebook hampir pukul 6.
SENGAJA AKU TAIP PANJANG-PANJANG supaya hanya yang layak belajar dari pengalaman aku saja akan baca dan hadam. Ini syarat menuntut ilmu, mesti kena ada keinginan dan usaha iaitu membaca. Yang tak ada keinginan nak tahu, nak belajar dan yang ada keinginan tapi malas nak berusaha tidak layak menerima ilmu ini.
Pukul 6pm aku dah siap post semua. Sebahagian beban terlepas dari bahuku. Mental dan fizikal.. Aku berdoa supaya ilmu ini sampai kepada marhaen. Now it’s in the hands of God. Aku cuma postkan beberapa link dan share di beberapa page pengguna saja. Selainnya adalah urusanNya.
Aku berlalu masak dan makan, mandi dan lain-lain…
Masa tengah makan tu aku check ada beberapa komen dan mesej masuk hurmmm.. Berjaya mengumpul beberapa share. Sikitnya, hampeh. EHHHHH? Bila aku jadi TAK PERCAYA KEPADA TUHAN NI? Bila aku jadi obnoxious. Hahahaha… Muhasabah diri balik naaa…. Check balik dengan niat tu nak buat apa sebenarnya ni. Nak didik rakyat. Lupakan popularity dan obnoxionism. Persetankan jumlah shares dengan like.
Lepas makan, Aku terus menyambung lagi menulis. Dengan diperkukuhkan niat aku lagi sekali. Langsung tak tidur.. Setiap point dalam nota, aku ambil dan karangkan. Aku sulam sedikit sebanyak perasaan hati seorang marhaen menghadapi semua kenyataan hidup berjalan dengan liku-liku SALURAN TEPAT mendapatkan keadilan di Malaysia masa kini..
Bila letih, aku tidur sekejap.. Bangun-bangun, terus aku bersihkan diri dan sambung mengarang. Aku NEKAD!
10 MEI 2021
Aku rancang dan karang setiap bahagian satu persatu. Aku persetankan semua notifications dan ting-tong-ting-tong daripada app facebook aku buat masa ini.
Kadang-kadang aku terbaca juga komen-komen yang masuk dan setiap kali aku ternampak doa pembaca-pembaca hati aku sebak. Emosi aku memang drained and downed tapi banyak kata-kata semangat yang membantu aku pada masa ni, terutama sekali bila ada yang komen “Betul cikgu, saya pun pernah kena…”. Mangsa-mangsa lain ini juga semua adalah individu-individu marhaen..
Sempatlah juga aku reply beberapa facebook Messenger yang masuk. Whatsapp mesej daripada rakan-rakan dan kenalan jangan cakap lah. Aku fokus. Aku NEKAD. AKU MARHAEN dan aku ada kerja nak dibuat.
Aku berhempas pulas menaip-naip. Kadang kadang gatal teremosi dan stress semula. Terutama sekali bila sampai part-part yang agensi kerajaan nampak jelas seolah melindungi industri dan kepentingan pihak-pihak yang aku tentang ni. Bila saja aku tertekan dan emosi aku baca komen-komen yang makin menimbun di Facebook post aku. Semangat aku kembali sikit sebanyak dengan doa-doa marhaen yang ikhlas dan tulus.
Petang kemudian ketika waktu berbuka, aku Post bahagian 4 di Facebook. Nampak gayanya kisah pengalaman aku mula mendapat perhatian netizan. Hand of God… Ini kehendak Dia.
Aku baru rasa lapar. Terlepas masa nak masak jadi aku ambil luang masa makan sekejap apa yang ada. Tengah makanlah aku terasa ada air mata mengalir.
Sesiapa yang kenal aku tahu, aku bukanlah emosi orangnya. Aku ni keras jugaklah hati. Jarang sekali aku mengamuk. Lembut hati dengan bab-bab tertentu saja yang menyentuh nurani aku. Tapi kali ni aku lemah. Aku tak malu mengaku, Dr psikiatri tu bagitau aku yang aku trauma dengan cabang eksekutif kerajaan ni. Trauma jenis ni berlaku disebabkan kita mengalami satu pengalaman yang sangat memberi kesan kepada emosi dan jiwa kita TAPI otak kita tak dapat nak paham dan tak dapat nak proses pengalaman tu sebab bagi kita tak munasabah.
Bagi aku, hakikat yang agensi-agensi kerajaan ni sanggup main tai chi sehingga tahap ni dengan marhaen memang sesuatu yang tak munasabah dan tak munasarawak. Tak masuk akal langsung yang diorang berani buat macam ni. Selagi otak kita tak boleh proses dan hadam pengalaman tu, selagi itulah pengalaman tu kekal dalam memori jangka pendek dan tak boleh disimpan sebagai kenangan pahit semata-mata. Jadi pengalaman-pengalaman tu kekal dalam memori jangka pendek dan asyik dimainkan berulang-ulang sampailah kita blow out. The only way to help this issue it is to understand my experience from a new perspective.
Malam tu juga aku teruskan menaip dan habiskan kronologi dan karang penuh bahagian 5, kemudian sambung draf bahagian 6 hingga bahagian 9. Akhirnya aku sampai ke draf bahagian 9 iaitu bahagian ini, aku berhenti sekejap..
dah pagi.. dah 24 jam tak tidur. Kali terakhir aku aku bangun dari tidur, pagi kelmarin … Aku letih tapi aku masih banyak nak dibuat. Aku post Bahagian 5…. dan mmbaca komen komen marhaen sebentar…
11hb Mei 2021.. SIRI BERCAKAP DENGAN TEDDY – JELMAAN PERSPEKTIF BARU
Untuk menulis bahagian 9 ni, aku kena temuramah Teddy kesayangan aku. Jadi aku pun serulah dia dan buat kan dia secawan kopi untuk mulakan sesi temuramah. Teddy boleh membantu aku melihat dari perspektif lain – dari perspektif Polis, dari perspektif Bengkel dan Longkai. Memahami antagonis-antagonis dalam pengalaman aku – kenapa mereka buat apa yang mereka buat. Teddy dah melengkapkan siasatan untuk membantu aku melawan depresi aku serta mencari kebenaran disebalik segala liku-liku ini untuk menjadi tauladan marhaen.
Aku decide nak main kasar.. hahaha. Zapppppp! aku tala lampu meja kemuka Teddy sambil pegang getah paip. Teddy bear menghirup kopi buat tak tau dengan perangai aku yang macam bebudak.
JM; Apakah memang betul ada hubungan Polis Trafik dengan industri Longkai (callman)? Boleh tolong jelaskan adakah ini kartel?
TB; Ya memang diketahui ada.. Kebanyakan Balai Polis Trafik ada isu ni. Longkai tu memang akan deal dengan AIO atau IO sendiri untuk dapatkan nombor atau hubungan pemilik kenderaan kemalangan. Bagi setiap kes yang dapat kepada longkai, akan ada imbuhan tunai kepada anggota yang terlibat. Ada pihak yang kata ini kartel, ada pihak kata bukan. Kartel yang IGP dulu maksudkan tu beroperasi lebih tinggi daripada ni. Biasanya libat pegawai kanan. Yang kartel begitu imbuhan selalunya dari atas turun kebawah, iaitu Pegawai atasan dapat imbuhan dan dia lah yang akan bahagi-bahagi duit kat anggota-anggota yang terlibat, mengikut kepentingan masing-masing. Kes kartel longkai ni pulak, imbuhan dapat dari bawah naik ke atas. Macam dalam MLM la. Seorang AIO dapat imbuhan, dia ambik separuh dan pass kat atas. Yang atas tu kadang-kadang ambik separuh lagi kemudian bakinya tu kongsi-kongsi dengan anggota lain yang terlibat dalam ni semua. Atas distinction tu, ada yang kata longkai-Trafik ni adalah kartel, ada yang tak.
JM; Memang setiap balai trafik akan ada ke macam ni? Adakah dalam PDRM sendiri dah terima situasi ni?
TB; Hampir setiap Balai Trafik ada benda macam ni. Bagi kebanyakan anggota dan pegawai yang amalkan benda ni, ini bukan rasuah. Tapi referral comission untuk buat claims kereta kemalangan. Sebab kalau AIO tu terima atau tak terima imbuhan pun, komisen tu dah tentu akan keluar jugak sebab ini sebahagian dari kos yang boleh claim dari insurans. Rasuah salah, komisen tak salah. Jadi ramai la mufti-mufti celup dalam PDRM sendiri yang kata ini tak berdosa kalau terima pun. INI REZEKI HALAL. Bagi kebanyakan anggota, ini grey area, ikut suka nak ambik ke tak. Kalau ada anggota yang tak bersetuju bahawa ini halal pun, hampir semuanya senyapkan saja pasal tak mahu cari masalah dengan senior atau pegawai.
JM; Ada tak cubaan serius untuk menghentikan amalan menerima imbuhan dari longkai ni?
TB; Setakat ni, adalah.. tapi bukan bagi aktiviti grey area tu. Aktiviti yang jelas salah saja. Contohnya ada ANGGOTA YANG PAKSA MANGSA KEMALANGAN bagi kenderaan kemalangan kepada bengkel-bengkel spesifik. Macam-macam cara lah dia buat, ada yang marah, ada yang tipu lah, ada yang PERAM LAPORAN SIASATAN KEMALANGAN, ada yang UGUT NAK SAMAN… semuanya supaya mangsa kemalangan ambil perkhidmatan longkai yang bersekongkol dengan dia tu. Kalau tak diambil longkai tu, AIO tu akan kenakan mangsa kemalangan. Itu memang jelaslah salah. Kadang-kadang ini berlaku pasal ada banyak syarikat longkai dan bengkel bersekongkol dengan anggota di balai tu. Jadi anggota terlibat kenalah adakan sistem giliran untuk agihkan kereta kemalangan kepada longkai-longkai. Yang itu jelaslah RED AREA, sebab terus mengainiaya mangsa kemalangan. Yang tu akan diambil tindakan, kalau dilaporkan dan kalau ada bukti lah.
JM; OooooOOoOoO… Kalau diambil tindakan macam mana tu?
TB; Kalau diambil tindakan pun, anggota atau pegawai berkenaan akan disiasat oleh Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS). Pegawai JIPS akan buka Fail Tindakan Minit Terkecil (FTMT) dan mula siasat.. Lepas 4 bulan disiasat bawah FTMT, kalau ada bukti kukuh dan keterangan, Pegawai JIPS akan buka siasatan bawah Kertas Siasatan Tatatertib (KST) pulak ke atas anggota atau pegawai berkenaan. Kalau tak ada bukti atau apa-apa yang kukuh, No Further Action (NFA). Semasa siasatan dibawah KST berlangsung, anggota atau pegawai tu tidak boleh naik pangkat, bonus dan anugerah apa-apa.. Dia akan disiasat lagi selama 2 bulan dibawah KST dan dibawak lah ke prosiding tatatertib. Total Minimum 6 bulan. Lepas ke prosiding tatatertib, Pegawai JIPS akan recommend kepada Pihak Berkuasa Tatatertib apa tindakan yang perlu diambil.
JM; Kalau macam kes aku ni, SJN AIO tu akan kena tindakan macam mana?
TB; Tak pasti lah sangat. Terpulang kepada berapa kes dah ada atas dia juga dan bukti yang dia ada untuk defend diri dari tuduhan. Tapi kalau salah, paling kurang pun akan dapat Surat Amaran, atau tangguh kenaikan gaji selama 3 bulan ke, 6 bulan ke.. Ada yang kena denda, RM300 atau RM500. Kalau kes yang sangat berat, turun pangkat atau gaji, paling jarang sekali buang kerja. Yang buang ni biasanya kes dadah la.
JM; Adeiiii kesian aku kat Puan Pegawai JIPS kes AIO aku ni.. 6 bulan punya siasat sampai habis kalau SJN AIO tu kena 500 je, tak ke letih nak kerja dia rasa?
TB; Hahahaha.. Jangan tanya soalan bodoh boleh tak. Lain kali buat laporan ke SIAP (Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa).
JM; Macam mana anggota-anggota polis ni mula dijangkiti dengan budaya rasuah?
TB; Semuanya bermula dengan tempat kerja. Ada yang terdedah pada kesalahan ni dari On Job Training lagi. Ada yang belum confirm kerja, masih Konstabel lagi dah terlibat. Kau ingat ada ke polis yang isi borang pengambilan polis dengan niat nak mengambil rasuah? Kebanyakan yang baru masuk polis ni masih sucihati dengan amanah masing-masing. Benda ni tak diajar di Depot. Bagi sesetengah anggota atau pegawai dia masuk saja posting kerja satu-satu bahagian yang “panas” dengan imbuhan luar, barulah dia didedahkan dengan benda ni. Dan cara dia tu didedahkan, adalah dengan lembut dengan belanja senior. Sampailah dia biasa makan belanja, barulah dibawa masuk dalam inner circle. Polis-polis senior ni tunggu dia biasa dulu keadaan tu barulah dia di “ajar” cara-cara nak hidup dalam bahagian tu. Kalau anggota baru tu protes sebab dia jujur dan tak mau makan rasuah, terima hadiah, masaklah dia.. Salah gaya dia melawan, kerjaya dia akan tersungkur atau berakhir macam tu saja. Sebab itu ramai anggota yang terpaksa ikut. Tradisi pasukan beruniform ni, orang baru sentiasa banyak bergantung kepada tauladan senior, jadi tak boleh jadi kera sumbang. Dalam jabatan-jabatan panas ni, kalau straight macam pembaris, memang akan kena pulau dan jadi mangsa orang-orang lama. Ramai yang bagus, boleh buat kerja dan beriman kuat jadi mangsa, akhirnya pindah ke jabatan ‘cold storage’ nak jaga iman masing-masing untuk sara anak isteri. Yang jujur tapi tak tahan pula, berhenti kerja terus, ada yang depresi dan ada yang bercerai berai sebab hal ni…..
Aku senyap.. Terbayang anggota-anggota polis baru yang masuk polis, dengan latihan berat dia. Cita-cita dia nak jadi polis mungkin dari sekolah rendah. Atau ayah dia polis dan dia bangga dengan ayah dia, kemudian dia pun masuk polis. Kalau cemerlang dia boleh jadi detektif. Tahu-tahu duduk dalam jabatan panas dengan senior yang mengganas. Apa perasaan polis Anak Kepada polis ini tadi? Adakah dia terpaksa gadaikan kerjaya dia untuk jaga iman dia? Atau adakah dia akan gadaikan iman dia untuk jaga kerjaya dia?
Aduiiiiiiiiii … aku tumpang sebak. Kerjaya yang jadi satu ibadah dan jalan ke syurga dah jadi jalan ke neraka. Cuma pilih je, kalau nak neraka dunia, jaga iman kau. Nak neraka akhirat, jaga kerjaya kau, walaupun terpaksa makan duit haram. Maafkan aku abang-abang kakak polis yang baik sekalian. Aku berdehem beberapa kali nak cover line. Orang jantan tak bleh emosi!
JM; IGP takkan tak ambil tahu pasal ni? Anggota-anggota yang bersih, masih tak terlibat rasuah kenapa dia biarkan anggota dan pegawai-pegawai baru ni terdedah dengan risiko dijangkiti barah rasuah ni?
TB; Itu IGP kena jawablah. Dia tahu hal ni. Tapi dia cuma seorang saja. Sebagai IGP dia kalut nak kena jaga semua pihak dari ahli politik sampai lah kat orang awam. Memang dia tak menang tangan. Kalau dia buang dan tebas habis semua sekaligus yang pernah korup ini untuk mulakan tradisi dan akar umbi baru, mungkin PDRM tak boleh berfungsi dengan baik sebab tak cukup anggota dan pegawai. Nak tebas mana-mana pegawai kanan pun kena ada bukti semua, kena ikut undang-undang, kena dapat perhatian IGP dan kena masuk dalam tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP). Makan tahun nak buang sekor pun. Dah lah menteri cuma meeting SPP ntah berapa bulan sekali menurut kata IGP lepas. IGP seorang saja, macam mana dia nak pantau semua orang dia. Isu dia pemantauan yang rapat sepanjang masa tu mustahil. Senior yang korup pulak sepanjang masa berdamping dengan junior yang baru nak belajar kerja. Susah nak selesaikan.. Senior akan lebih banyak mempengaruhi junior daripada polisi IGP. Kena ada tindakan dan revolusi yang agresif untuk pulihkan integriti Polis. Tapi kalau agresif sangat, usaha tu tak dapat sokongan dari akar umbi maka tak jadi juga. Ini cerita chicken and egg juga jadinya nanti. Yang pasti, ketelusan prosedur kepada rakyat dan pemantauan sepanjang masa kerja tu wajib jadi sebahagian revolusi integriti. Itu belum lagi tangan-tangan ghaib menghindar usaha mengubah keadaan. Macam-macam lah libat pulak nanti.
JM; Tangan-tangan ghaib macam mana tu?
TB; Tangan yang ada kuasa politik, tangan kartel pegawai-pegawai kanan Polis dalamnya… Sentiasa ada pihak nak menggagalkan usaha mengubah persepsi integriti. Yang saling cover-mengcover sesama sendiri dan yang tak mahukan perubahan. Ahli politik nak ada “orang dalam” polis yang berkuasa. Orang orang dalam Polis ni bernilai tinggi kepada orang-orang kayangan yang berkawan dengan ahli politik tersebut. Boleh dapat kekebalan dari tindakan polis kalau kena caranya. Inilah jerung-jerung yang dimaksudkan anggota-anggota bawah. Anggota bawah berkawan dengan longkai tapi longkai tu kerja halal. Pegawai-pegawai atasan ni, tak main lah ratus-ratus. Puluh-puluh ribu sebulan nak suap anak buahnya. Yang bagi tu memang dah tentu bukan dari bisnes bengkel atau bisnes yang sah. Bisnes besar-besar juta-juta yang tak halal saja nakkan pengaruh Polis ni. Bisnes halal tak payah nak berkawan dengan pegawai-pegawai kanan polis pun.
Aku terfikir… So kalau aku Latok Seli Nicky Liow, aku berkawanlah dengan ahli politik dan boleh perkenalkan aku kat Polis-Polis berpangkat besar? supaya aktiviti haram aku tidak diganggu?? Dan lepas tu aku boleh pulak campur tangan dalam urusan operasi atau perlaksanaan polisi dalaman polis??? Aku berhenti sekejap bertemuramah dengan Teddy. Aku nak muntah. Kepala aku berdenyut-denyut lah. Aku stress dan aku dah mula faham benda ni takkan ada penyelesaian langsung.
Benda ni kalau satu projek aku, dah sampai ketahap ni, aku hancurkan saja dan aku buat semula. Tak semudah itu dengan korupsi dalam sistem ni. Dah lah tu… aku dah tak nak dengar pasal korupsi dalam PDRM ni. Nak tuding jari kat siapa? Aku lap mulut. Teruskan amanah aku. Biarlah orang-orang lain pula yang mengetahui, tokok tambah dalam komen.
JM; Okey.. Pasal longkai pulak. Tadi Teddy dah interview longkai dua orang.. aku cuma nak tahu kenapa diorang pantang sangat dengan Third Party insurance ni. Diorang nak kalau boleh satu Malaya ambik 1st party ni kenapa?
TB; Menurut seorang claim adjuster….
KRRRIIIIINGGGGG!!!!!! Telefon aku berdering… Eh? Jam menunjukkan pukul 10.56 pagi… Siapa pulak call aku ni?
Aku angkat call.. tekan speaker.
“Ya.. ya?” Aku bercakap sambil menaip.
“Hello? Is it convenient to talk?” Suara disebelah sana bertanya.
(Hello? Ada masa tak nak bercakap?)
“Yes… I am…” Ntah apa apa aku jawab sebab tengah fokus dengan menaip…
“Ok. My name is G****** . I am actually calling from MESSRS D**********. I saw your Facebook posting that was forwarded to me.”
(Ok. Nama saya G******. Saya sebenarnya buat panggilan dari Tetuan D**********. Saya ada ternampak posting Mukabuku awak yang di hantar pada saya..)
Dia terangkan. Aku berenti menaip.. Ah, sudah…… Aku salah dengar ke?
“You are from where again, sir?” Aku mula memberi perhatian.
(Encik daripada mana tadi encik?)
“I’m from MESSRS D**********. Legal firm.”
(Saya daripada Tetuan D**********, firma guaman)
Confirm. ini LAWYER IDEAL GLOBE AUTO, aku fikir dalam kepala..
Dalam hati aku pulak, YIHHHHHHH!!! JADAHNYA DIA NI DATANG TAMBAH DRAMA??? Aku ingat boleh habiskan cerita sampai Bahagian 9 je. SEKARANG KAU TAMBAH CERITA AKU NAK KENA TULIS BAHAGIAN 10 PULAKK…
Bersambung Bahagian 10
LINK BHGN 10 : https://www.speedvending.com.my/?p=2054
Leave a Reply