Bengkel kereta dan CallMan menipu dan terlepas dengan penipuan – Part 10

KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU MACAM MANA BENGKEL2 DAN LONGKAI (CALLMAN) BOLEH MENIPU KORANG DAN TERLEPAS DENGAN PENIPUAN DIORANG – Baca ni.
Kisah Benar Bahagian 10 – BERGELUT DENGAN UNDANG-UNDANG & UDANG-UDANG.
ISHHHHH…. Aku sabarkan diri. Bukan salah lawyer ni, dia bukan tau berapa part aku nak tulis dan berapa part aku dah tulis. Aku muhasabah diri sekelip-dua, aku tak patut MALAS dalam menjalankan amanah dan nak semua usaha aku ikut JALAN MUDAH. Kalau dak, samalah aku dengan penjawat & pegawai awam yang aku nak ubah ni. Kerana marhen bersikap macam ni lah keluarnya pegawai dan anggota agensi kerajaan; nak cari jalan senang dan kalau tak dak jalan senang, diorang marah atau cari jalan nak Tai Chi sana sini..
Aku muhasabah diri dan istiqomah, siapkan pen ditangan dan bagi perhatian sepenuhnya pada perbualan.
JM; MESSRS D******* . Sounds familiar.
(Tetuan D********, macam pernah dengar.)
Lawyer; “Yes. Your Facebook posting on IDEAL AUTO.”
(Yalah, posting awak di Mukabuku pasal IDEAL AUTO)
JM; “Uhuh.”
(k)
Aku menjawab pendek. Tarikh nafas dalam-dalam, persediakan kekuda dalam hati dan jiwa bersedia dengan sebarang serangan atau acahan atau umpanan mental dan emosi. Lepas nafas pelan pelan-pelan, minum kopi… Lawyer pun sambung;
Lawyer; “Ok. Uhhh. I had been doing cases for this bengkel, but your case has never come to me. And I have sent them message that I’m not going to do the file in view of what have transpired between you and him. Or the workshop. I’m very concerned when I saw your Facebook message that was forwarded to me by one of my friends.”
[Ok.. saya ada la buat kes-kes untuk bengkel ni, tapi kes (tuntutan kemalangan) awak tak pernah dapat kat saya. Saya dah hantar mesej kat diorang yang SAYA TAK AKAN BUAT kes awak memandangkan apa yang dah terjadi antara awak dengan dia.. Atau dengan Bengkel. Saya risau bila saya nampak mesej Facebook (facebook post aku) yang di foward kat saya oleh salah seorang kawan saya.]
JM; “Uhuh.”
(k)
Aku minum kopi lagi sambil buat muka serius, ala-ala Pengarah Eksekutif Megah Holdings dalam drama melayu pukul 7. Tengah fikir… Apa dia ni nak ni sebenarnya ni. Awal-awal lagi dia dah bagi pemanis kata dan pemudah cara.. UMPAN nak sedapkan hati aku. JARUM dan MATA KAILnya belum nampak. Ada UDANG disebalik batew itew.
Lawyer; “Uh ok. So just to clarify. Firstly, your file has not come to us at all. And I’m not aware of what has transpired between you and the repairer, or the callman, or the IO.”
(OK.. pertama sekali saya nak jelaskan, fail awak tak datang langsung kat kitaorang. Saya tak tahu menahu apa yang berlaku antara awak dengan bengkel pembaikan, atau longkai atau IO.)
JM; “I see.”
(k)
Lawyer; “So normally what will happen, the accident, the owners will tow the car, will send the car to his place, they will repair then release the car and submit 3rd party claim on behalf of the..submit the 3rd party claim for the repair cost. We normally don’t meet the owners at all.”
(Selalunya apa yang akan berlaku, kemalangan tu, pemilik kereta akan tunda kereta, pergi bengkel dia, diorang repair, kemudian lepaskan kereta dan hantar tuntutan 3rd party untuk dapatkan balik kos membaiki. Kitaorang biasanya tak jumpa pemilik kereta pun.)
Hurmmm.. Ada satu falsafah dalam bertarung di gelanggang Muay yang aku belajar lama dulu dan boleh pakai dalam hampir semua keadaan…. IF YOURE NOT ATTACKED, WHY DEFEND? He’s defending without me attacking… Mencurigakan ni… Jadi aku ‘jab & teep’ dia sikit.
JM; “One… One question.”
(Satu soalan ye..)
Lawyer; “Ok. Go ahead.”
(Baiklah, dipersilakan.)
JM; “If you never receive my file, how did you get my number?”
(Kalau awak tak penah dapat fail saya mana awak dapat nombor saya?)
Lawyer; “Ok. I’ve called the repairer after seeing your Facebook posting, to verify.”
(Ok. Saya dah call bengkel pembaikan lepas nampak facebook post. Nak sahkan.)
JM; I see.
(k)
Lawyer; “So I’m quite concerned because it involved my firm and I don’t want to get involve in such matters.”
(Saya agak bimbang sebab perkara ni melibatkan firma saya dan saya taknak terlibat benda ni semua.)
JM; “I see. But doesn’t he use the same modus operandi to all the other customers?”
(K… Tapi tak ke dia pakai Modus Operandi [cara kerja] sama dengan semua pelanggan? )
Lawyer; “Uhhhh…. I’ve not come across this before. Prior to this, doing this file, have not happen that issue because when he sent the files to us, what he normally do is he takes the photo, when the owners sign the Warrant to Act and all that because that is my condition. To make sure that, to confirm that owner has nicely signed all the necessary document.”
(Uh… Tak pernah jumpa lagi setakat ni. Sebelum ni buat fail ni, tak jadi isu ni sebab bila dia hantar fail kat kitaorang, apa dia biasa buat ialah dia ambik gambar, bila pemilik kereta dah tandatangan Warrant to Act [Surat Kuasa Peguam untuk ambil tindakan] dan semuanya sebab tu syarat saya. Nak pastikan pemilik kereta dah cantik-cantik tandatangan semua dokumen… )
Kat situ dengan keraguan dia dengan ayat dia sendiri yang agak meleret-leret, aku rasa agak suspicous. Too cautious to not be suspicous. Not a determined defense at all. Aku nak tengok apa demand dia… Kalau dia tak dak lagi demand, nak bagitau tu saja maka ini adalah courtesy call sebab dia nak tunjuk niat sucihati dia memang tak tau apa-apa… Kalau sparring dengan anak murid atau anak muay aku dan depa buat sikap undecidedly defensive dengan aku macam ni dalam gelanggang, biasanya aku bagi roundhouse kick sedas tang tengah – diikuti dengan sedas lowkick. So, alang-alang aku berbicara pun macam aku bertomoi, aku pun bertanya tajam sikit, slowly attack.
Aku bagi sedas roundhouse kick, belah rusuk;
JM; “Do you know that your Warrant to Act conditions before taking the car is considered as berat sebelah in (opinion of) some of the lawyers that I’ve met?”
(Awak tahu tak yang syarat-syarat Surat Serah Kuasa Peguam awak sebelum ambil kereta tu dianggap berat sebelah oleh sebilangan peguam yang saya jumpa?)
Lawyer; “It is a standard form which we put up for, on behalf of the repairer.”
(Itu cuma borang standard yang kita buat untuk repairer..)
Blocking yang tak memuaskan, teragak-agak, sumbang dan kuda-kuda lemah. Aku bubuh lagi sedas low kick, keras sikit.
JM; “Meaning (it’s) unnecessarily weighted on the repairer, and on the lawyer firm.”
(Maksud saya, ia terlalu berat sebelah kearah bengkel dan firma guaman.)
Lawyer; “Ok [Jungle Man], if you were not. I mean… for me, If i were to advice, if you’re not agreeable you can always dispute it. Some owners have not agreed to some conditions. For instance most of them, they said “oh you submit 3rd party claim, if claim not payable, I don’t want to be responsible”. So owners has cancelled then they signed off. So they’ve call me to explain, and I enquire, I’ve said no problem, if you’re not agreeable, cancel, inform the repairer. It’s for the repairer to decide that how you want to go about. We just prepare the standard form, a short and give them. To protect them, their interest at that point of time.”
(Ok.. Jungle Man, kalau awak tak.. Maksud saya.. bagi saya.. kalau saya yang bagi nasihat la, kalau awak tak setuju awak boleh pertikai syarat tu. Sesetengah pemilik kereta pun tak setuju dengan sesetengah syarat. Macam contoh, kebanyakan diorang kata ‘oh awak hantar tuntutan 3rd party , kalau pihak insurans 3rd party tak bayar, saya tak mahu bayar ’ Jadi pemilik kereta ada batalkan dan ‘sign off’. Jadi diorang pun call saya bagitahu, dan saya tanya, saya cakap takde masalah, kalau awak tak setuju, batalkan, bagitahu bengkel pembaikan. Terpulang pada bengkel korang nak teruskan macam mana. Kami cuma siapkan borang yang standard, pendek dan bagi diorang. Nak lindungi diorang, kepentingan diorang pada masa tu.)
JM; “I see.”
(k)
Kena asak sikit, dia keluarlah segala buah-buah yang dia belajar. Pendek jawabnya, kalau tak setuju dengan syarat, batalkan agreement tu dan bagi tau bengkel, tanya sekarang macam mana nak ambik kereta? Hurmmm… Macam mana lagi? Bengkel hantam la pemilik kereta kaw-kaw. So kalau pemilik kereta tak nak sign, lawyer tak boleh claim insurans 3rd party dan kemudian owner jugak kena bayar kos bengkel melambung-lambung. Perjanjian lindungi hak lawyer dan hak bengkel TAPI TAK LINDUNGI PEMILIK KERETA LANGSUNG? Perjanjian dia, kalau tak dapat claim, dapat tak cukup untuk cover keuntungan lwyer dan bengkel, PEMILIK ADALAH YANG PERTAMA KENA MENANGGUNG RISIKO PENUH, walaupun tak dapat claim atas kesilapan lawyer atau bengkel? Macam ni rupanya bisnes bengkel dan lawyer 3rd party. Bila pemilik kereta sign Warrant To Act dan lain-lain surat mati, Lawyer bengkel memang tak perlu langsungkah nak jaga kepentingan pemilik kereta? Cuma jaga kepentingan bengkel dan diri Lawyer sendiri?? ADAKAH SEMUA BENGKEL DAN LAWYER 3rd PARTY BUAT SURAT MATI MACAM NI?
Aku rasa ada dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 mengenai kontrak berat sebelah ni. Korang kena cari sendiri lah seksyen dia tu. Takkan cikgu nak kena suap jugak kaaaann. Homework sikit.
Dia masih belum nyatakan tujuan sebenar.
Lawyer; “Before signing, I suppose owners can always go and get second opinion.”
(Sebelum tandatangan, saya rasa pemilik kereta bolehlah pergi minta pendapat kedua.)
Hurmmmm.. Aku nak paksa dia jugak dedahkan apa tujuan dia call. Aku banyak kena menulis ni, aku tak suka orang berlapik-lapik-lapik, beating around the bush lama-lama dan aku tak ada masa nak bersparring macam ni. Sampai part 10 nak kena tulis dah ni.
JM; “Mr. [Lawyer]. Can I give you, can I ask you another direct question?”
(Boleh saya bagi… boleh saya tanya satu soalan terus?)
Lawyer; “Uhummm?”
JM; “What is your intention of calling me this morning?”
(Apa tujuan sebenar awak call saya pagi ni?)
Lawyer; “No, I just want to call you and let you know that we have not taken and we are not involve in this matter at all.”
(Takdelah.. saya hanya nak call awak dan bagi tahu awak yang kami tak ambil kes dan tak terlibat dalam hal ni langsung)
Okay, aku dah dengar nada menipu. Aku dah hafal untuk calibratekan penipuan seterusnya.. Ini bukan niat sebenar dia ni.
{DIPOTONG UNTUK MEMENDEKKAN CERITA DAN/ATAU MENJAGA P&C DAN/ATAU SEBAB TIADA MAKLUMAT YANG PENTING BAGI MARHAEN}
Setelah diasak beberapa kali, tolak dan tarik, dia pun terpaksa juga akhirnya tunjukkan niat sebenar.
Lawyer; “Ok. Lastly, would appreciate if you could just take out my firm’s name from there even (this part,) D******* would be good.”
(Akhir sekali, saya amat HARGAI JIKA AWAK KELUARKAN nama firma saya dari sana, walau bahagian D****** pun dah bagus..)
Jeng jengg jenggggg… Inilah dia, UDANG DISEBALIK BATUUUUU. Aku tersenyum. Now i have heard your tone of truth. Aku dah dengar nada dia menipu, aku dah dengar nada dia berkata benar dan aku dah komit dalam ingatan. Sekarang spontan aku pulak menepis.
JM; Legally, I did not put your firm’s name in that article.
(Secara sahnya dari segi undang-undang, saya tak letak pun nama firma awak dalam artikel.)
Lawyer; Fair enough. But I’m.. just would prefer if you just don’t put the firm’s name even partially.
(Betullah tu.. Tapi saya… cuma akan lebih suka kalau awak tak letak nama firma saya walaupun sebahagian…)
Ada nada baru dalam suara dia, nada TERDESAK. Yang peliknya, kenapa? Tak ada aku bangkitkan sangat pun keburukan lawyer bengkel penipu tu. Kenapa kau nak jadi muchos desperados, muy hermanos?
Apa-apa pun jangan commit awal. Beli masa untuk fikir dulu. Tapi bukan taktik aku nak delay-delay ni. Aku tak suka bagi harapan palsu. Aku bukan ahli politaik. Aku putuskan untuk tolak terus, melainkan dia bagi sebab yang kukuh dan ada kena mengena dengan kepentingan awam dan kepentingan keadilan. Aku nak tengok alasan apa dia bagi.
JM; Ok. You made your request and I have stated my denial. Because I state again, legally speaking, practically speaking, I did not put your firm’s legal name over there. I did not identify your firm’s name.
(Ok. Awak dah buat satu permintaan dan saya dah menyatakan penolakan saya. Sebab saya ulang lagi; secara praktikal, secara legal, saya tak letak pun nama firma awak dalam sana. Saya tak kenalpasti pun nama firma awak [kepada pembaca] )
Lawyer; I’m aware. But uh appreciate if you can take out to make it easier for us both. Because I don’t want to get entangle in this matter at all.
(Saya sedar.. Tapi saya hargai kalau awak boleh keluarkan untuk memudahkan kita berdua. Sebab saya tak nak terlibat dalam hal ni langsung..)
Ewahhh ewahhh… sekarang tak nak terlibat, sebab risiko ada tapi duit tak ada. Reward without risk? Yang kau bikin agreement bagi bengkel suruh aku sign tu, apa risk dengan reward yang aku dapat kalau aku sign? Mana keadilan untuk orang yang kekurangan dan marhaen dalam hal ni? Hish, membara pulak hati perut aku. Semua pakat jaga perut boroi sendiri saja. Aku lawan baliklah.
JM; : “It won’t make it anything easier for me and it doesn’t make anything harder for you. Because I’m already in a very difficult situation. Right now I’m just trying to educate the public, and I do not believe that the public will actually search for you or blame you or anything.”
(Ini takkan memudahkan saya dan takkan menyusahkan awak. Sebab saya sendiri percaya yang orang awam (pembaca aku – marhaen) akan betul cari awak atau salahkan awak atau apa-apa ke.. )
Lawyer; “I hope so hahahaha. I hope not.”
(Saya harap tak juga. Hahahaha. Harapnya tak.)
JM; “Ok. I did not identify you. If somebody identified you, I will not confirm it at least in public.”
(Ok. Saya tak pernah mengenalpasti awak [kepada pembaca saya]. Kalau ada orang kenalpasti awak pun, saya takkan bagi pengesahan sekurang-kurangnya dalam khalayak awam)
Ok aku bagi dia kompromi kecil. Takkan sahkan identiti dia dan firma dia kepada umum. Itu saja yang dia berhak setakat ni. Aku dah bagi hint bahawa aku buat semua karangan ni untuk kebaikan marhaem… Kalaulah… kalau lah… dia ambik hint tu, mengaku takkan buat bisnes lagi dengan bengkel penipu ni dan akan maklumkan kepada BAR supaya mengeluarkan satu pekeliling bagi lawyer-lawyer bengkel third party, supaya menjaga hak-hak Pemilik kereta daripada tipuhelah bengkel penipu; aku akan sanjung dia. Aku akan cium tangan dia bila aku jumpa. Aku akan puji dia sebagai orang yang menegakkan keadilan dan turut sepenuhnya permintaan dia untuk padam sepenuhnya. Itu yang aku sedia untuk bagi kalau dia tunjukkan keikhlasan dia dan iman dia kepada keadilanlah. Tapi semua tu tak keluar dari mulut dia…
{DIPOTONG UNTUK MEMENDEKKAN CERITA DAN/ATAU MENJAGA P&C DAN/ATAU SEBAB TIADA MAKLUMAT YANG PENTING BAGI MARHAEN}
Dia masih tak berhenti memujuk… Aku dah dismissive mode.
Lawyer; “Ok [Jungle Man]. Uhh. You can actually still edit. I would appreciate if you edit. I will write to you officially. Just take out the firm’s name. You can put, change to Lawyer Messrs whatever. But don’t put any name at all, that will be good for both of us.”
(Ok Jungle Man. Uhh.. Awak masih boleh edit [nama firma dia]. Saya hargai kalau awak edit.Saya akan tulis kepada awak secara rasmi [Surat rasmi untuk tutup nama dia], cuma tutup nama depan je. Awak boleh letak, tukar kepada PEGUAM TETUAN apa-apa lah. Tapi jangan letak nama apa-apa terus, itu bagus untuk kita berdua. )
JM; I don’t think it make any difference for me, good or bad. You can’t sue me because of that. Even if you sue me, I’m quite ready to go bankrupt for it. To be honest. At this point, I have considered your request and my answer is no.
(Saya tak rasa ia akan bawak apa-apa perubahan pada saya, baik atau buruk. Awak boleh saman saya sebab ni. Kalau awak saman pun, saya bersedia untuk bengkrap kerana ini. Jujurnya, saya dah mempertimbangkan permohonan awak dan jawapan saya ialah tidak.)
Lawyer; Ok. Noted. Duly noted.
(Ok. Faham. Saya faham.)
JM; “If its going to be changed in the future, there’s uh, I might change it without notice la.”
(Kalau ia akan diubah dimasa depan ni, ada… saya mungkin ubah tanpa sebarang notis la)
Sengaja aku bantai ayat cliche legal yang lawyer selalu pakai dalam ayat-ayat agreement diantara client diorang dan marhaen. Hahahaha
Lawyer; Will be good la. Will be good. Anyway, this is my number [Jungle Man] . Anything, you can always call me.
(Bagus la… bagus la.. Camanna pun ini lah nombor saya Jungle Man, Apa-apa hal awak boleh call saya.)
Dia give up. Aku agak dia mesti pikir aku keras kepala nak mampus. Dan aku agak dia tengah fikir nak pakai leverage apa untuk aku tutup nama dia supaya bisnes dia tak terganggu.
JM; Ok, thank you very much
(k. Makaceh.)
Mr. [Lawyer]. Bye bye.
………………………………………………………………………………………………………..
Hadeilah mak aii…… aku letih. Sangat letih. Aku dah tak kenal siang malam pagi petang dan aku dah turun berat hampir 3 kilo sepanjang menulis bahagian-bahagian sampai 10 ni saja. Tapi marhaen yang korup, marhaen yang malas berfikir, yang nak keja senang je dan marhaen yang pemalas tak layak mendapat pemerintah dan penguasa yang baik. Yer, LAWYER NI DAH MENAMBAH KERJA AKU… tapi aku kena ambik jalan yang aku lalui ni sampai habis. Aku bukan marhaen korup, marhaen murahan dengan janji penyedap kata pemanis mulut. Jadi aku kerahkan juga otak dan hati aku bertahan dan berfikir. Berfikir tentang permintaan lawyer tu.
Dan soalan pokok dia adalah PERLUKAH AKU IKUT PERMINTAAN DIA?
Maka untuk menjawab soalan pokok itu, keluarlah soalan, KENAPA dia nak buang nama dia?
– Mungkinkah dia takut bengkel 3rd party lain dah tak nak bagi business kat dia?
– Adakah takut kerugian duit motifnya?
– Adakah besar betul untung dapat buat business lawyer bengkel third party?
– Berapa ribu setiap satu kes kemalangan claim tu dia dapat?
– Bukankah KOS LAWYER ITU DITANGGUNG JUGA OLEH JUMLAH INSURANS yang dituntut itu?
– Bukankah pulak duit yang lawyer tu ambil sepatutnya boleh diguna untuk baiki kereta marhaen elok-elok?
– Jadi berapa kos pembaikan sebenar workmanship dan alatganti yang dilaburkan oleh bengkel third party kepada kereta kemalangan?
– Duit insurans tolak duit towing longkai, tolak duit pembaikan bengkel, tolak duit untung bengkel, tolak duit KOMISEN AIO POLIS, tolak duit PEGUAM dan AKHIRNYA BERAPA YANG DIGUNAKAN UNTUK REPAIR KERETA?
Hurmmmm… tak ada jawapan sebab tak telus langsung sistem ni. Hanya orang orang yang berkepentingan dalam industri insurans saja tahu benda ni… Dan menurut pengalaman aku, kalau SISTEM INDUSTRI INSURANS NI TAK TELUS, ada la yang tak kena tu. Sistem dan proses apa pun macam tu. Kalau TAK TELUS ADA YANG TAK KENA. Soalan-soalan ni aku KIV dulu dan aku siasat kemudian hari. Aku perlu cari pulak pihak yang betul untuk menjawab persoalan tu.
Persoalan lain pulak aku selusuri…
– Mungkinkah dia benar-benar jujur nak bantu aku tapi terikat dengan client-attorney priviledge dengan bengkel?
– Mungkinkah dia nak elakkan praktis dia dicerca oleh BAR dan rakan-rakan lawyer lain?
– Mungkinkah dia tak nak dikenali sebagai lawyer yang buat agreement surat mati membunuh marhaen?
– Adakah BAR (Badan Peguam) membenarkan lawyer-lawyer bengkel membuat praktis membunuh kehidupan marhaen macam kes ni?
– Bukan ke BAR ni selalu canang dirinya sebagai PEMBELA KEADILAN MARHAEN?
– Jadi kalau praktis lawyer dibawah kuasanya membuat agreement surat bunuh diri macam ni adalah salah, kenapa BAR tak kekang atau ambil tindakan BUANG LESEN LAWYER bengkel third party ni?
Adeeeeeh… Orang-orang dalam badan BAR ni pun geng-geng kayangan jugak ni. Kebanyakannya nak kata marhaen pun bukan dan aku tak tahu nak bertemuramah teddy bear siapa untuk jawapan ni…. dah la aku dah pernah kena taichi keras dah kat BAR hari tu, takkan aku nak pi sana tanya lagi kot? Hurmmmm. Harap-harap orang dalam BAR boleh jelaskan setelah baca post ni.
Proses perniagaan dia sebagai lawyer adalah.. dia dibayar duit oleh bengkel, untuk membuat perjanjian yang melindungi kepentingan dia dan melindungi kepentingan bengkel yang membayar duit kepada lawyer tu… Kemudian dia membuat tuntutan third party keatas syarikat insurans BAGI PIHAK PEMILIK KERETA KE BAGI PIHAK BENGKEL?
– Kepentingan pemilik kereta siapa yang jaga?
– Keselamatan dan kualiti pembaikan kereta siapa yang jaga?
– Kalau bengkel guna alatganti murahan dari TaoBao atau Aliexpress siapa yang kena periksa dan kesan?
– Adakah sebarang cop atau tanda jelas atau pengesahan kat alatganti yang dipasang kat kereta tu menunjukkan ia tulen ke tiruan?
– Adakah semua pemilik kereta kena pandai cek sendiri tulen ke tidak, pembaikan elok selamat ke tidak?
– Kalau wajib pemilik kena check sendiri mana guideline dan kenapa tak wajib diajar dekat Sekolah Memandu?
– Kalau dikesan bengkel guna alatganti palsu sedangkan insurans bayar harga alatganti tulen, marhaen nak report kat sapa?
Yang ni aku tahu jawapannya, report kat KPDNH…. “urp!!!!!…..” aku mengemam, tersedak.. Sikit lagi nak termuntah. Aku berlari ke jamban. Cilaka betul, asal sampai part tu je aku nak termuntah. Balik-balik patah balik ke KPDNHEP jugak.
Haih… Dah macam orang MENGANDUNG 9 minggu dah aku ni. Tapi aku lelaki, bukan perempuan. Aku tak pernah sedar pulak, walaupun lelaki tak boleh mengandung tapi kalau dah kena gangf*ck sampai macam ni boleh menimbulkan simptom mengandung. Patutla aku selalu emosi, sikit-sikit sebak, sikitsikit sebak! Berat rupanya menanggung kandungan ni ye, Puan Puan… Esok lusa sajalah aku pergi ultrasound. Sebelum tu aku nak kena check dulu, ketermengandungan ku ini SIAPA KENA BERTANGGUNGJAWAB?.
Aku stress.. Semua soalan-soalan tak boleh dijawab. Aku termenung sekejap. Patutkah aku buang atau dedah terus nama lawyer ni. Aku muhasabah diri dulu sebentar.. Aku check semula transkrip yang aku ambik masa perbualan tadi. Sakit hati juga sebab VOICE CALL RECORDING APP tu tak boleh digunakan di Malaysia. Ini entah mana punya agensi punya pasal dan entah atas undang-undang mana,VOICE CALL RECORDING APP yang boleh membuktikan banyak benda pincang dengan agensi negara ni semuanya dah tak boleh record suara pemanggil.
Hampeh betul, membantu ketidaktelusan.
Setelah berbincang dan bermusyawarah secara maya dengan 6 jahanam, kami sepakat dengan keputusan berikut;
1. Dia memang dia call aku sebagai courtesy. Dia tak perlu buat macam tu tapi dia call juga. Ok satu point positif…
2. Dia call dengan kapasiti sebagai bisnesman, bukan sebagai lawyer. Untuk melindungi kepentingan perniagaan dia, menjarakkan diri dia dari isu ni dan elakkan dari ambik tanggungjawab apa-apa dalam kes ni.. hurmmm satu point negatif.
3. Dia ada bagi aku beberapa maklumat penting yang aku boleh gunakan dimahkamah (ini P&C) dalam kes-kes yang akan aku buka. Satu point positif untuk dia.
4. Dia tau dia tak ada leverage (kelebihan untuk mengugut) ke atas aku. Surat-surat mati tu semua telah aku masukkan dalam argument aku sebagai bahan bukti, dalam satu kes Tribunal yang dah BERAKHIR. Dan sebagai prosiding terbuka, bahan bukti yang dikeluarkan dalam tribunal juga adalah terbuka untuk umum. Tak ada isu dokumen bukti tertutup atau pun isu sub-judice… Aku boleh je siarkan nama dia atas alasan sama. Tindakan aku tutup sebahagian nama dia sampai public tak boleh cari tu adalah courtesy jugak sebab dia bukan musuh aku. Peranan dia sebagai lawyer cuma salah satu necessary evil dalam process tuntut insurance third party ni. Dia tahu aku berhak tunjuk bahan bukti aku kepada public, sebab bukti tu tak bertaraf confidential pun. Tapi bila aku tolak permintaan dia, dia tak ugut aku pun… dia minta dengan sopan dan elok-elok.. ini aku bagi satu point positive..
5. Dia ada peluang untuk menegakkan keadilan bila terlibat dalam ketidak-adilan ni tapi dia tak bangun untuk membetulkan keadaan bila tak sengaja terlibat dengan urusan salah. Dia jugak tidak menyatakan akan menghentikan praktis yang menyeksa marhaen ni kepada Pemilik kenderaan 3rd party lain.. Satu point negatif…
Total dia dapat 2 point positive.
Baiklah.. Aku decide untuk compromise dengan dia. Aku akan tutup sebahagian besar nama dia. Aku bagi lagi dua huruf kat dia, tinggallah MESSRS D**********.
AKU MINTA PEMBACA-PEMBACA AKU TAKDELAH PERGI KOREK-KOREK SIAPA LAWYER NI. Dah cukuplah kot tekanan yang dia terima, sesuai dengan tahap keterlibatan dia setakat ni. Aku niat nak mendidik para marhaen, bukan nak menghukum sesiapa diluar undang-undang. Aku cikgu! Bukan pembuli!
Tapi aku juga harap lawyer ni ingat.. yang dia sendiri kata owner kereta biasanya sign dokumen tu semua di Bengkel third party depan kerani bengkel, bukan depan dia..
Jadi kerani tu Comissioner of Oath ka? Sebab salah satu Surat Mati tu adalah Statutory Declaration (Akuan Bersumpah) yang memerlukan ia ditandatangani oleh pemilik kereta DEPAN PESURUHJAYA SUMPAH. Aku tak tau lah kalau pemilik kereta tu pi tandatangan akuan bersumpah tu kat belakang ka, bawah ka atau mana-mana selain dihadapan Pesuruhjaya Sumpah ni masih sah… Yang aku pasti aku DIPAKSA tandatangan benda ni depan Tokey bengkel dengan tebusannya kereta buruk yang aku sayang. Ni dah berapa kali salah daaaaa….
Aku dengar Tetuan Al-Google kata ini SALAH BESAR bawah Perkara 11(2)a dan Perkara 11(2)b Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018?
Jadi kalau lawyer ni tau benda ni TIDAK DITANDATANGANI DIDEPAN PESURUHJAYA SUMPAH, adakah Akuan Bersumpah tu valid? Adakah Pesuruhjaya Sumpah tu melakukan kesalahan jika ia tidak valid dan sah dan betul?
But really… I dont know la.. sebab you yang belajar undang-undang. Bukan aku.
Encik lawyer pun dah tau Bengkel 3rd Party ni business model dia macam mana. Aku dah terangkan cukup-cukup kat sini dan dia dah tahu. Lepas ni harapnya dia bertaubatlah dari membantu penyangak-penyangak mana pun dengan alasan “saya tak tahu…” dan “saya tak perlu tahu…”. Ramai orang yang buat buat-buat tak tahu untuk elakkan bertanggungjawab dan elakkan terima liabiliti. Nak terima duit je.
Next person who become Jungle Man after Im imprisoned or walloped for speaking these truths, may not be as courteous to lawyers like you. Just have a good think what legacy u want to leave. I have no animosity with you. I just want to educate the public and fight my 2 fights here.
So please don’t try to HAKUNA MY TATAs.
Drop mic.
Bersambung Bahagian 11-

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*